Setelah menghabiskan masa kira-kira 2 jam melongo dan melihat orang berlalu-lalang, Bhranta Bima beredar. Kepalanya ligat berfikir cara yang terbaik untuk mendekati gadis pramusaji kedai kopi. Sambil memulas penganjak motorsikal, kepalanya melayang memikirkan gadis yang dilihatnya tadi.
Puisi? Tidak, tidak. Gadis sepertinya seperti tidak akan jatuh hati pada pemuisi.
Bunga? Coklat? Kepala Bhranta Bima pusing memikirkan cara yang terbaik.
Mungkin aku perlu mengupah orang dan mengacau si gadis. Kemudian aku akan datang dan melindungi dirinya. Ya, seperti filem hindustan. Ketika detik itu juga Bhranta Bima dapat merasakan ada mentol yang menyala di atas kepalanya.
"Baik. Sekarang aku harus cari orang yang sudi diupah untuk berlakon."
Bhranta Bima melakukan brek kecemasan. Ditekan brek kaki dan diikuti brek tangan dengan serta-merta. Tayar motorsikal yang ditunggangnya terseret setengah meter dan meninggalkan kesan hitam di atas aspal.
Phiuuuuussssshhhh. Bunyi geseran tayar yang terbakar apabila putarannya terhenti.
Adegan itu diperhatikan oleh makcik yang berniaga nangka di tepi jalan. Terbit rasa bangga apabila ada anak bangsanya yang mampu melakukan brek kecemasan tanpa menggelabah. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menepuk tangan dan bersiul ke arah pemuda yang cekap mengendalikan motorsikal tersebut.
"Macam Max Biaggi." makcik itu bercakap seorang diri.
STAI LEGGENDO
Mahukah kau sarapan bersama untuk kali terakhir?
AdventureBerdasarkan kisah benar yang berlaku lama sebelum Krakatau Purba memisahkan Samudera dan Jawa.