1

111 5 0
                                    

Orang yang lalu-lalang di hadapan kedai kopi tidak langsung menarik perhatian Bhranta Bima. Beliau lebih senang mengintip gerak-geri pramusaji yang sibuk melayan pelanggan. Kadangkala gadis pramusaji itu mampir menawarkan sesuatu yang begitu enak didengari halwa telinganya.

"Mahu tambah kopi?" Lunak dan manis suaranya, memang tuhan melebihkan sedikit masa untuk menciptakan dirimu, fikir Bhranta Bima.

Bhranta Bima menggeleng dan membalas dengan senyuman.

"Aku tidak mahu kopi, aku mahu kamu." Balas Bhranta Bima di dalam hati.

Gadis itu berlalu pergi selepas melemparkan senyuman manis bersulam lesung pipit.

Bhranta Bima kembali melemparkan pandangan ke luar kedai. Ramai sekali orang yang melewati. Terletak di persimpangan jalan, rata-rata yang berlalu di hadapan kedai kopi itu adalah pelancong. Kebanyakan yang datang tertarik dengan suasana nyaman dan seni budaya yang wujud di sini. Bhranta Bima tidak terkecuali, beliau juga berfikir ini adalah tempat yang baik untuk beristirehat.

Rehatnya terggangu bila seorang pengamen datang dan menawarkan untuk menyanyi. Belum sempat Bhranta Bima kata tidak perlu, pengamen sudah memetik gitar. Mahu tidak mahu, terpaksa juga beliau hulurkan sedikit wang nanti.

Redza, pengamen yang memetik gitar itu menyanyi dengan bersahaja dan memainkan lagu yang mudah. Tidak sampai 2 minit beliau sudah berhenti menyanyi. Redza kemudian tersenyum simpul dan menghulurkan tangan kepada Bhranta Bima sebelum matanya tertangkap sekujur tubuh yang menjadi perhatian Bhranta Bima sebentar tadi.

Dengan serta-merta Redza menarik kembali tangan yang dihulurkan kepada Bhranta Bima dan berdiri tegak. Beliau lantas memetik gitar dengan penuh bersemangat. Begitu deras petikan gitar Redza kali ini. Lagu yang dibawakannya pula bukan calang-calang. Lagu yang pernah menggondol anugerah juara lagu kategori rock dan persembahan terbaik.

Andainya aku bertanyaaaaa,
Padamuuuu tentang bahagiaaa,
Di mana nilai setia,
Di manakah puncak cintaaa.

Mahukah kau sarapan bersama untuk kali terakhir?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora