13 part 12

2.9K 118 1

13 PART 12

Maria cuba bertabah hati, dia sememangnya harus pulang menjengah emak dan ayahnya tidak kira lah betapa besar pun kesalahan yang telah dia lakukan. Ibu tetap ibu bapa yang mempunyai hak ke atas dirinya selagi dia masih belum di miliki seorang suami.

Maria mengeluh, suami?Sesuatu yang jbapaauh dari norma kehidupannya. Dia siapa? Hanya perempuan murahan yang tersesat di lorong, tidak kembali ke pangkal jalan. Kalau bukan kerana Firhad tentu hidupnya tidak begini. Dendamnya kembali menyala-nyala. Tak kira lah engkau dah jadi alim ulama pun, dendam tetap dendam!

Bertemankan Zeck dan Mary, Maria kembali ke kampung halamannya.Berdebar rasa dadanya sebaik sahaja dia menyusuri lorong kecil menghala ke rumahnya. Sunyi sepi bertemankan pohon getah yang sudah gugur daunnya. Daun getah berterbangan hinggap di cermin kereta mereka.

"Sunyi betul kampung ni."Mary bersuara memecah kesunyian.
"Aah lah macam mana kau boleh duduk dekat sini Maria. Sekolah pun aku tak nampak. Habis ke sekolah kau?"Tanya Zeck.
"Mulut kau ada insuran ke?Suka hati kata aku tak habis sekolah. Aku duduk asrama lah.Jauh sikit dari rumah emak ayah aku ni."
"Owh patut lah."
"Malam-malam mesti sunyi nak mampus."Ujar Zeck lagi.
"Sampai jarum jatuh ke lantai pun boleh dengar Zeck."Maria berjeda.
"Nampak benar menipu nya."
"Dah kau kata sunyi nak mampus, jarum jatuh mesti lah dengar kan."Maria ketawa.

"Peliknya perempuan tu."Mary tiba-tiba bersuara. Mata nya mencerlung memandang kehadapan. Kereta mereka memitas wanita bertudung putih yang sedang berjalan membawa bakul rotan. Sempat Maria melihat isi bakul rotan tersebut, bunga!
Wanita itu juga berpakaian seperti wanita zaman 50an, dengan baju kain kapas berbunga halus.Sempat Maria menjeling rupa paras wanita tersebut, dan dia terkejut wanita itu matanya tiada, hanya ada hidung dan mulut sahaja.

"Eh..kenapa wanita itu tak ada mata?"Terburai kata-kata dari bibir Maria.
"Mana ada, perasaan kau je tu..Aku tengok sikit punya cantik tu."Zeck bersuara, matanya memandang cermin pandang belakang.
Maria terdiam, kenapa pandangannya lain.

"Aku tahu kenapa pandangan kau lain...."Zeck menyambung.
"Bukan sebab hijab kau terbuka...."
"Kau jangan nak kata aku ni kerasukan pula."Maria sudah mula mahu marah.
"Bukan ...aku pasti sekarang ni kau sedang melihat melalui mata jin yang cuba mendampingi engkau, jin yang sedang mencari warisnya.Bayangkan kalau kau terima waris ini...apa yang akan kau lihat?"
Maria telan air liur pahit.

Apa tujuannya pulang hari ini?Untuk menerima?..untuk menidakkan?Atau dia pulang kerana dendam nya.?Hati nya bagai tone warna yang tidak sekata!

13Read this story for FREE!