13 part 10

3K 128 3

Ketika sampai di rumah bomoh tersebut jam sudah menunjukan angka 12 malam. Sudah lah jauh ke dalam rumahnya, suasana juga cukup sunyi, ternampak pula signboard tanah perkuburan. Maria yang sememangnya sudah ketakutan bertambah seram dengan suasana yang begitu menyeramkan.Mary dan Zeck pula hanya selamba sahaja.Mungkin sudah biasa dengan situasi seram ini.

"Jom lah turun."Mary memandang Maria yang kelihatan gelisah sahaja di belakang.
"Aku takut lah Mary...tu..."Panjang muncung Maria menunjukan sesuatu yang tidak kelihatan berhampiran pokok buah naga yang tersusun di pagar rumah Tok Mat.
"Buah naga aje lah..."Kata Mary.
"Bukan buah naga tu Mary, kau tak nampak ke ada mahluk dekat situ mencangkung macam tengah meratah sesuatu."Maria memberitahu Mary apa yang kelihatan di matanya.
"Mnagarut kau ni, jom naik cepat dah tengah malam sangat ni, lagi lama dekat luar ni lagi banyak menantang tu."

Mahu tak mahu terpaksa juga Maria turun dari kereta,dia merapatkan dirinya ke sisi Mary, seolah-olah ingin menyorok dari sesuatu.

"Apa hal kawan kau tu?"Maria mendengar suara seorang lelaki bertanya kepada Zeck.
"Takut hantu tok."Jawab Zeck.
"Naik cepat jangan di layan benda macam tu."Kata lelaki itu lagi.

Maria cepat-cepat naik, dia duduk di atas kerusi dihadapan seorang lelaki yang agak berumur dalam lingkungan 60an umurnya.
"Kenapa kau nak takut."Tanyanya kepada Maria.
"Kau dah naik rumah tu benda tu tak boleh ikut kau naik."Kata orang tua bernama Tok Mat itu kepada Maria.

"Tolong kawan saya ni Tok. Dah berapa lama dia hidup dalam ketakutan."Mary menyampuk.
"Ada orang ikut kau kan.?Perempuan?Selalu kau mimpi dia suruh ambik barang kan?"Tanya Tok Mat lagi.
Maria terkejut, belum bercerita orang tua tu sudah tahu.

"Ada dia ikut kau di bawah tu.Dia memang akan ikut kau selagi kau tidak ambil dia."
"Apa maksudnya tok."Tanya Maria, sungguh dia tidak faham.
"Maksudnya dia mahu engkau ambil dia, warisi dia. Emak kau sedang sakit, sudah sampai masa tetapi selagi dia tidak lepas kan barangnya kepada engkau sampai bila-bila dia akan tunggu engkau dan emak kau pun akan tinggal rangka bernyawa tetapi tidak ada upaya."

Maria telan air liur.Kesat!

"Engkau bukan tak tahu apa yang emak kau buat, tapi sengaja kau tidak mahu kisah. Kau kena lepaskan emak engkau. Engkau kena ambil dia, kena diturunkan. Bersaka engkau ni. Tu sebab dia ganggu engkau selagi engkau tak ambil dia."

"Tak boleh ke kalau saya tak mahu tok."

"Tak boleh, engkau keturunan yang ke 13 memegang amanah tok moyang engkau. Tak boleh di buang sesuka hati, dia akan kembali malah lebih dasyat menganggu. Pilihan yang kau ada hanya bela dia sahaja.Bukan susah mana, mandi bunga sahaja setiap malam 7 purnama."

"Kalau boleh saya tak mahu tok."

"Tidak boleh lah aku menolong kau lagi. Dia hak kau, hak yang harus kau terima. Tiada dolak dalik. Aku hanya mampu tolong kau supaya dia tidak menganggu tetapi selama mana aku tidak ada jaminan."

Maria pandang Mary dan Zeck.

"Kalau aku jadi kau aku selamatkan emak aku dahulu dari saka keturunan ini, baru aman hidup!"

13Read this story for FREE!