13 part 9

3K 126 0

"Bawa aku jumpa Zeck aku nak ajak dia ke ruman tok bomoh yang selalu korang pergi tu."Pinta Maria. Jelas kelihatan di bawah matanya garisan lebam.Tidak cukup tidur.
"Nanti aku bagitahu Zeck , kena call dulu orang tua tu takut dia ke Kelantan."

Maria hanya duduk di dalam biliknya sahaja. Dia semakin rimas,suara-suara halus itu semakin menyesakkan dirinya.Sehinggakan dia sendiri berfikir tentang berhalusinasi, gila dan wajar di rujuk ke pakar psiktri. Suara wanita itu sering singgah pada pendengaran nya.Meminta dia kembali dan mengambil hak nya. Kembali ke mana?Hak apa? Itu yang Maria tidak faham.

Malam itu, Zeck,Mary dan dia sendiri menuju ke arah Selatan jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Mereka mahu ke rumah Tok Bomoh yang selalu ditemui Zeck.
"Kau dah ready Maria?"Tanya Zeck.
"Kalau tak ready aku tak ajak kau lah..."Tukasnya,lagi mahu bertanya.

"Jauh lagi ke?"Tanya Maria, rasanya sudah agak lama mereka keluar ke lebuh raya Plus.
"Boleh tahan lagi kenapa kau mengantuk baik kau tidur je."
"Aku bukan mengantuk, aku rasa tak selesa dekat belakang ni."
"Kenapa?"Tanya Zeck pula , dia meninjau melalui cermin pandang belakang. Wajah Maria melihatan gelisah sahaja.

Maria tidak mahu menakutkan sesiapa, tidak tergamak dia mahu bercerita dengan mereka berdua. Selagi dia boleh menahan rasa seram dan ketakutan baik dia tahan sahaja.
"Kenapa dengan kau ni Maria, macam takut je aku tengok?"
Zeck bersuara lagi.
"Tak ada apa -apa,nanti dah sampai kejut aku ye. Aku nak tidur."Maria terus sahaja memejamkan matanya.
Zeck memadang Mary di sebelahnya, Mary mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Pejam mata tidak bermakna bau itu turut boleh dihindari Maria. Bau bunga kemboja berselang seli dengan bau setangi menyebabkan dadanya terasa sesak. Hairan juga dia kenapa Zeck dan Mary selamba sahaja. Tidak terbau kah mereka bau yang sangat kuat ini?Kenapa hanya dia seorang sahaja yang terbau.

"Aku nak berhenti sekejap dekat perhentian Seremban ni, Kau nak minum ke makan ke?"Maria mendengar Zeck bercakap dengan Mary.
"Boleh lah aku nak ke bilik air tapi tak mahu makan."
Maria terasa Zeck memberhentikan keretanya.
"Nak kejut Maria tak?"Tanya Zeck.
"Tak payah lah biar dia tidur dulu."
Kemudian Maria mendengar bunyi pintu di tutup.

"Tok!...Tok!...Maria dengar cermin tingkap kereta di ketuk.Dia membuka mata,tetapi tiada sesiapa di luar sana. Dia memerhati sekeliling yang gelap dan suram.Memang tiada sesiapa pun.
"Siapa yang nak main-main ni?"Rungut Maria.
Maria cuba melelapkan matanya kembali tetapi bunyi ketukan itu datang kembali.
"Tak guna...."Maria duduk tegak, ketika itu lah muncul secara mengejut bayangan wanita tua tersengih di tepi tingkap kereta. Maria terperanjat.Mengigil badannya apabila bayangan wanita itu memecahkan naik ke langit.

13Read this story for FREE!