13 part 6

5.3K 197 3
                                    

Di satu kampung 200km dari Kuala Lumpur seorang wanita berusi 65 tahun kelihatan sedang nazak.
"Maria......"Dia asyik menyebut nama itu berulang kali.
Di sisinya yang tidak kelihatan dek mata kasar seorang wanita diduduk disebelahnya.Memegang tangannya dengan wajah yang cukup hodoh. Tulang pipinya tersembul, dahinya berkedut seribu, matanya putih terbelalak.
"Aku mahu waris...."Bisiknya perlahan.
"Di mahukan waris untuk menjaganya seperti mana tuannya sekarang menjaganya.
"Maria...."Dia menjerit sekian kalinya. Mana Maria!dia mahu Maria, dia tidak sanggup terseksa lagi.

"Macam mana ni abang Leh, Firhad tak ada khabar berita pun."Syukran risau. Sudah dua minggu kakaknya asyik meracau memanggil Maria. Dia memang sudah sedia maklum situasi kakaknya. Kakak sepatutnya telah lam mati tetapi saka itu perlukan pewaris, pewarisnya hanya anak perempuan sahaja tetapi anak perempuan kakaknya telah hilang begitu sahaja.

"Kena lah kita bersabar. Atau kita minta bantuan Ustaz Mufid"Cadang Salleh.
"Memang lah boleh bang minta bantuan ustaz Mufid tu tapi saya bimbang benda tu datang balik. Abang ingat tak kisah arwah mak dulu. Macam tu lah..dah di buang dia datang semula."

"Kesian kakak kau tu Syukran."Salleh memandang isterinya yang terbujur kaku. Nampak sahaja dia sakit tetapi apabila waktu makan berselera betul isterinya makan, bertambah-tambah pula. Apa yang tidak kelihatan , wanita hodoh itu turut makan bersama isterinya.

"Maria sahaja yang boleh membantu emaknya."
"Firhad tak jumpa Maria lagi ke bang?"Tanya Syukran sekali lagi.
"Dah jumpa katanya tapi tak dapat nak berbual sebab Maria sibuk bekerja. Entah apa kerja Maria tu."Salleh menunduk. Anak gadisnya lari dari rumah kerana menghalang hasratnya mahu bertunang dengan Firhad. Dahulu lelaki itu bukan sebaik sekarang, tahu sangat dia mualihat Firhad. Kadang-kadang terfikir juga dia Maria melakukan sesuatu yang tidak baik.

"Maria....mana kau Maria..." Isterinya menjerit lagi.Bergegas dia naik ke atas melihat isterinya yang sudah duduk tegak dengan rambut kusut masai dan mata terbelalak merah seperti darah. Dia terkejut, keadaan semakin parah.

13Where stories live. Discover now