13 part 3

3.9K 145 5

Maria memandu keretanya dengan laju. Cepat lah sampai ke rumah Mary. Sesekali dia meninjau melalui cermin pandang belakang. Kosong! Dia pandang sekali lagi.
Tercacah wajah perempuan itu di dalam cermin. Maria tekan break kecemasan. Bump! kereta di belakang nya menghentam kereta Maria. Ah! sudah satu hal pula.

"Hoi perempuan kau pandai bawa kereta ke tidak?"Pemandu kereta di belakangnya turun mendapatkan Maria yang masih berada di dalam keretanya. Sebaik sahaja dia mahu membuka pintu kereta Maria lelaki itu terkaku. Bulat matanya memandang tempat duduk belakang kereta Maria.
"Hantuuuu...."Tiba -tiba lelaki itu menjerit lalu berlari ke arah keretanya. Dengan bumper yang sudah terkopak dia meluru laju, bunyi bumper terseret di atas jalan raya membingit. Sebelum bumper tersebut tertinggal di atas jalan raya.

Maria menoleh ke belakang tempat duduknya. Bau harum bunga kemboja silih berganti dengan bau busuk meruap. Maria membuka pintu kereta. Dia muntah di aspal jalan. Bau bangkai entah dari mana datangnya. Beberapa orang pemandu berhenti mahu membantu tetapi Maria menolak. Dia segera menelefon Mary meminta wanita itu menjemputnya sahaja.

Maria duduk ditepi jalan. Dia pelik dari mana perempuan itu datang? Bau busuk itu pula kenapa tiba-tiba ada di dalam keretanya. Apa sebenarnya yang sedang dia hadapi?Syaitan? atau sihir?

"Kenapa boleh jadi macam ni Maria?"Mary bertanya sambil menghulurkan segelas air sejuk kepada Maria sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.
"Aku tak tahu Mary, tiba-tiba sahaja mahluk itu muncul. Kemudian lelaki itu. Aku tak faham lah."

"Cuba kau fikir baik-baik, ada apa-apa yang berlaku kah sejak kebelakangan ini. Macam kawan-kawan dekat club ada ke yang sakit hati dengan kau. Mana tahu ada yang cuba nak kena kan kau."

"Tak kan lah. Aku tak pernah rebut pelanggan mereka. Pelanggan aku pun biasa sahaja."Maria cuba mengingati tetapi tiada apa-apa yang pelik singgah di kotak fikirannya.

"Tak payah fikir lah Maria, baik kau tidur. Malam nak kerja lagi nanti aku teman kau balik. Tidur sini sementara kalau kau takut nak balik." Maria mengangguk. Dia hanya mahu lena sahaja ketika ini, Mary hilang ke dalam biliknya.

Maria tertidur di atas sofa.

"Kembali sayang...." Suara halus itu datang menyapanya.
Maria berpusing mencari dari manakah suara itu datang. Tetapi tiada sesiapa pun di situ. Yang ada hanya pohon ara merimbun, buaian kosong berbuai ditiup angin. Kabus memutih menghadkan pandangan matanya.
Di sebalik kabus imej seorang wanita purbakala muncul. Dia membawa kotak berukiran di tangannya lalu dihulurkan kepada Maria.

"Ambil sayang...."Katanya perlahan, merdu sungguh suaranya.
Maria cuba menghulur tangan tetapi entah dari mana datangnya sesuatu memukul tangannya, berbirat!

Maria terjaga, dia mengusap tangannya, ada kesan merah , sakit dan perit. Bermimpi kah dia atau sebenarnya dia berjaga? Maria pandang sekeliling, bau colok di dalam rumah ini menyesakkan dadanya. Di satu sudut dia melihat Mary sedang menyembah tokongnya. Mary tidak pernah lupakan tuhannya, dia? Dia sudah lama terpesong dari agamanya.

Kalau tidak kerana Firhad tentu hidupnya tidak begini. Menyesali takdir sudah lama hilang dari hidupnya. Alang-alang memalit dosa biarlah dia terus berdosa. Hati nya benar-benar telah menjadi hitam.

13Read this story for FREE!