13 -part 2

7.5K 229 6
                                    

Maria terjaga apabila dia merasakan matanya pedih dek silau matahari. Dia memandang jam di dinding, sudah pukul 12 tenghari. Perutnya terasa lapar pula. Pulang awal pagi tak memungkinkan dia bangun awal, paling awal memang pada waktu -waktu begini sahaja dia bangun.

Maria ke dapur mencari apa makanan yang boleh di makan. Peti ais di buka, dia mengambil jus oren lalu dituangnya ke dalam gelas. Rakus dia meneguk air. Muffin di atas meja dia capai, dia duduk diruang tamu. Dia mencari remote tv, entah di mana pula dia letak. Lecehnya!

Maria ke dapur sekali lagi dia membuka kabinet mencari stock magie jika masih ada. Malas mahu turun ke bawah melepak di cafe. Terbongkok-bongkok dia menyelongkar sayangnya tiada apa yang boleh di makan. Maria termenung di hadapan kabinet yang terbuka.
"Malasnya nak turun."Maria bersungut sendirian.
Sewaktu tangannya mahu menutup kabinet dia dapat merasakan di atas jari jemarinya ada sesuatu yang sejuk memegang. Dia menoleh tertayang di hadapan matanya wajah seorang perempuan yang hodoh menyeringai memandangnya. Rambut panjang mencangkung sama seperti dia yang sedang mencangkung. Maria terduduk di atas lantai. Wajah itu hilang sekelip mata.

Maria mengurut dadanya. Apa benda tu?Hantu pun ada di siang hari? Ishh...tak boleh jadi ni, sejak kebelakang ini bayangan wanita berwajah hodoh itu sentiasa mengekori dia. Tidak kira siang atau malam.

Lena nya juga seringkali terganggu dengan mimpi aneh. Mimpi seorang wanita cantik memberi dia seutas gelang yang agak unik bentuknya. Wanita itu duduk di atas buaian di bawah pokok ara. Bajunya seperti wanita istana zaman silam. Setiap kali wanita itu mahu memberinya gelang berukiran seperti ular melilit itu setiap kali itu juga lah tangannya di pukul sesuatu yang tidak kelihatan seolah-olah menghalang dia dari mengambil gelang tersebut.

"Kembali sayangggg....." Suara halus bergemersik berbisik lembut ditelinganya. Angin sejuk tiba-tiba menyapa pipinya. Telinganya bagai di tiup seseorang. Berdiri bulu roma Maria. Bergegas dia ke bilik air, mandi dan bersiap. Dia mahu ke rumah Mary,lagi lama dia di rumah lagi dia merasa seram. Apartmen dia berhantu agaknya!

Bergegas Maria turun ke bawah, tiba-tiba dia terlanggar sesusuk tubuh ketika mahu keluar dari lift. Seorang lelaki memakai topi berbadan sasa meminta maaf dengan nya. Maria hanya tersenyum mengangguk.

"Maaf dik saya hendak bertanya alamat ni boleh?"Lelaki itu bertanya. Maria mengangguk, dia mengambil kertas yang di pegang lelaki itu.
"Eh ini alamat rumah dia, nombor 13, tingkat 13 A" Suara Maria hanya bergema di dalam hatinya sahaja.
"Maaf saya tak tinggal disini, hanya datang ke rumah kawan sahaja."Kata Maria.
Lelaki itu merenungnya tajam, seolah - olah tahu Maria berbohong kepadanya.
Ketika dia berpaling mahu pergi, sekali lagi wajah perempuan berambut panjang berwajah mengerikan itu terpampang dihadapan matanya. Terjerit Maria ketakutan, dia terundur kebelakang dan melanggar lelaki itu sekali lagi.

"Kau tahu kan?"Tanya lelaki itu.
"Ta..ta..hu apa?"Tanya Maria,bergetar suaranya.
"Kau tahu alamat ni kan...ini rumah kau. Kau nampak kan? Kau nampak perempuan itu kan?"Bertalu-talu lelaki itu bertanya.
Maria tidak mampu menjawab, bagaimana lelaki ini tahu mana dia tinggal dan bagaimana lelaki itu boleh tahu perempuan yang tiba-tiba muncul menakutkan dia.

"Kau nak perempuan itu menakutkan kau seumur hidup kau?Kau harus ambil , kau harus mewarisi baru kau tidak akan di ganggu." Kata lelaki itu.
"Waris apa, ambil apa? Aku tak faham apa kau cakap."Maria menarik tangannya. Dia melepaskan diri dari lelaki itu. Berlari dia mendapatkan keretanya. Mujur lelaki misteri itu tidak mengekori dia.

Dadanya berdegup kencang, Maria hairan siapa lelaki itu?




13Where stories live. Discover now