|| Strawberry

5.5K 516 167
                                    

Nam Joon melangkah lemah ke dapur di bilik dormnya. Dorm yang dikhaskan untuk Nam Joon dan 6 rakan sekumpulannya. Diambil gelas kaca di atas rak lalu menuang air 100plus. Rasa penat menguasai diri. Dari semalam dia masih belum tidur. Memang lazim bagi ketua kumpulan sepertinya kurang rehat dan tidur.

"Nam Joon!" Tegur Jin dari belakang. Nam Joon terkejut. Tangannya yang mengenggam gelas terlepas.

Prak!

Gelas itu pecah. Isi airnya juga merecik diserata. Jin menggeleng. Tak sah betul kalau tak pecahkan barang!

"Ouch! Hyung ni kalau nak panggil pun jangan jerit macam tu. Terkejut tau tak?!" Marah Nam Joon. Dia mengutip serpihan kaca yang berterabur.

"Hyung nak apa?" Sambung Nam Joon. Jin mendekati Nam Joon lalu menolong Nam Joon mengutip kaca.

"PD Nim nak jumpa kau. Better kau pergi sekarang. Biar aku yang bersihkan"

"PD nak jumpa?" Tangan Nam Joon terhenti mengutip kaca. Jin menganggukkan kepalanya.

"Nak buat apa?"

"Mana lah aku tau. Baik kau pergi sekarang sebelum dia mengamuk macam pakcik sihir!" Bebel Jin. Nam Joon mengerut wajahnya. Memang PD nya terkenal dengan kegarangan bak singa.

Lantas Nam Joon bangun. Membasuh tangannya. "Hyung okay buat ni seseorang?" Kesian pula lihat Jin. Dahlah aku yang tukang pecahkan.

"Erm. Dah memang tugas aku bersihkan apa yang kau selerakkan" perli Jin. Erk! Nyesal pula tanya.

"Hais! Dahlah saya pergi dulu. Thanks Hyung" segara Nam Joon beredar dari situ. Kakinya menuju ke bilik khas PDnya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon berdiri dihadapan pintu masuk. Berdebar pula. Jangan cakap ini prank! Ingat lagi suatu masa dahulu dia di usik oleh kawannya. Kononnya Nam Joon diberi pilihan sama ada jadi penyanyi Solo atau terus bernyanyi kumpulan. Waktu itu Tuhan sahaja tahu betapa celarunya fikiran dia. Nasib prank. Bertuah betul sahabatnya!

Diketuk pintu seketika lalu masuk kedalam.

"Yaa~ Mon Leader. Inilah orang yang saya tunggu dari tadi. Sila sila duduk. Jangan malu malu" PD menegur Nam Joon ceria. Hilang seketika cuak dalam hati Nam Joon. Dia tersenyum lalu duduk di hadapan PD.

"Ye Tuan. Kenapa?"

"Kau tahukan kumpulan kau bakal keluarkan album baru?" PD menyoal Nam Joon. Tangannya menyelak helaian kertas dimeja.

"Ye. Saya tahu. Kenapa Tuan?" Nam Joon bersuara serius. Memang dia mengambil berat tentang kerjanya.

"Aku cadangkan, album baru ini kita adakan di Malaysia. How?"

Malaysia? Fikiran Nam Joon terbayangkan semula percutian dia bersama rakannya di Malaysia, Sabah. Indah sungguh waktu itu. Menarik cadangan PDnya.

"Boleh juga Tuan. Saya percaya Army kami nanti pasti suka dengan berita ini!" Nam Joon menerima dengan senang hati.

PD nya tersenyum apabila Nam Joon suka dengan cadangannya. Dia mengangguk anggukkan kepalanya.

"Okay bagus. Oleh kerana kita bakal mengadakan di Malaysia aku hendak kau berganding bahu dengan seseorang dari Malaysia" PD memberi kenyataan. Senyuman Nam Joon yang sedang terbayangkan keindahan Malaysia pudar.

Berganding bahu? Kerjasama? Aik! Belum pernah dia ditugaskan bekerjasama dengan sesiapa. Betul ke dihadapannya ini PD nya?

"Ark. Tuan Ni prank eh?" Ter agak agak Nam Joon menyoal. PD memandang Nam Joon dengan mata helang.

"Apa prank?! Ini serius okay. Kau kena buat lagu bersama sama dengan dia nanti. Tiada bantahan"

Nam Joon menelan air liur. Gerun apabila PD mula menaikkan suaranya. Bila PD kata begitu makna keputusannya muktamad. Sebarang surat rayuan tak akan diterima. Nam Joon mengeluh.

"Yeoja Namja?" Soal Nam Joon kembali. PD nya sengih.

"Yeoja" balasnya pendek. Nam Joon menganggukkan kepalanya. Perempuan? Fuh! Bolehlah bolehlah! Mesti perempuan itu cantik! Berbaju seksi dan wajahnya mengodakan. Nam Joon memang suka dengan gadis macam ni. Jangan cakap Wanita Malaysia ni tak hebat.

Kadang kadang mereka lagi hebat dari perempuan Korea. Dengan kulitnya cerah berlainan bersama mata yang bulat berbeza dengan perempuan Korea yang bermata sepet.

"Okay. Bagus, nanti esok pukul 2 petang datang sini semula dan aku akan kenal dia dekat kau"

Nam Joon mengangguk tanda faham. Lalu bingkas bangun dan keluar dari bilik PDnya.

Fikirannya merewang memikirkan gadis yang bakal menjadi partner dalam album seterusnya. Alang alang boleh pancing dia sekali. Dua dalam satu. HAHAHAHA ! Tak sabar menunggu hari esok.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon menanti bakal rakan sekerjanya didalam bilik PD. Sekarang dah pukul 2:15 petang tapi kelibat gadis langsung tidak terlihat. Hais! Perempuan perempuan. Kalau lambat tu memang wajib bagi mereka! Desis Nam Joon dalam Hati.

"Dia datang ke tak Tuan?" Soal Nam Joon. Dia memang pantang dengan orang yang tidak menepati masa.

"Datang. Sabarlah. Kau ni tak reti sabar betullah" tegur PD lalu menyambung kerjanya semula. Nam Joon mengeluh bosan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik Diketuk.

"Haa! Dah sampai pun" PD bersuara. Akhirnya. Masa yang di nantikan tiba juga. Nam Joon berdebar adakah gadis itu sama seperti yang dia bayangkan?

"Tuan.. Ini Nadzirah Quratulaini yang Tuan hendak jumpa itu" Rin Na bersuara lalu mempelawa gadis itu masuk.

Najila what? Kenapa susah hendak sebut namanya? Nam Joon berpaling untuk melihat gadis itu.

WHAT?!

Bersambung...

_____________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now