CHAPTER 10:ERRR..APA DIA BUAT??

5.1K 310 10
                                    

"Ermmm..............jimin awak tak payah la tolong saya,saya larat lagi ni nak ke bilik kesihatan,saya tak nak awak ketinggalan subjek yang diajar oleh cikgu"ucapku cuba memujuk jimin supaya masuk ke kelas.

Lagipun aku malas nak susahkan orang lain,biar la aku seorang ja yang pergi ke sana,tentang sakit ni kejap lagi lega la ni,cuma kena telan panadol ja.

"Ani!!saya tetap akan tolong awak"jawab jimin tegas sambil memapahku berjalan.

"Aish!!degil la awak ni,saya kata masuk kelas,masuk kelas la!!"kataku separuh marah,geram jugak dengan sikap keras kepala jimin ni.

Aku berhenti berjalan diikuti oleh jimin,aku melihat rahangnya bergerak mungkin sedang mengawal kemarahan,dan bibirnya diketap geram.

Dia mula menghembus nafas,mungkin cuba bertenang dengan sikap degilku ini.

"Awak kan sakit,nak jalan pun tak boleh,saya bantu awak eh?"ucap jimin cuba memujuk ku,suaranya bertukar menjadi lembut.membuatkan sedikit lagi aku termakan pujukkannya.

Jimin cuba berjalan kembali,membuatkan aku cepat² sedar dari lamunan,"tak boleh jadi ni,kau kena tegas sikit heying"ucap hatiku memberikan sedikit semangat kepadaku.

"Tak apa...saya boleh jalan ni cuba tengok"kataku menarik tanganku dari atas bahu jimin dan dengan tenaga yang masih ada aku cuba berjalan sendiri.

Tapi aku rasa langkahku macam lelong,seperti orang mabuk,sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

Dapat ku dengar tawa jimin meletus kuat,apabila melihat cara ku berjalan terhuyung-hayang macam orang tak cukup tenaga.

Membuatkan dia berlari mendapatkan aku dan seterusnya terus memeluk pinggangku.Dengan tawanya yang belum reda.

"Apa awak buat ni jimin,lepas la nanti orang tengok"ucapku cuba menepis tangan jimin,tapi apakah daya,aku sekarang ni kan tak larat,nak tepis tangan jimin tu,terasa macam tepis batu besar pulak.

Apa aku merepek ni,aish!!ni mesti demam ni,aku kalau demam suka hati aku ja nak cakap benda merepek.

"Hehehe biarlah orang tengok pun,awak kan milik saya"ucap jimin memandang muka ku membuatkan muka ku berona merah.

"Aish!dia goda aku ke?panas pulak muka ni"ucap hatiku membuatkan aku menarik nafas dan menghembus,seterusnya terus bercakap dengan jimin.

"Lepaslah~~biarlah saya pergi seorang"ucapku separuh merenggek apabila merasa badanku terlalu panas membuatkan aku berasa tidak selesa.

Tapi kan...satu je yang aku pelik,asal muka jimin pucat dan tangan dia sejuk macam ais eh?tak silap aku musim salji lambat lagi.

Tapi kenapa........argh!!biarlah sekarang ni aku nampak katil je,nak katil~~

Aku mula menolak jimin sekuat hati,membuatkan badannya terdorong ke belakang sikit,aku mula melangkah dengan laju tanpa menoleh belakang lagi.

Walaupun aku tahu jimin memanggil ku,aku abaikan sahaja suaranya,langkahku aku sudah tidak hiraukan,biarlah macam orang mabuk pun,janji cepat sampai bilik kesihatan.

Sedang aku asyik berjalan,tiba-tiba aku dapat rasakan tubuhku melayang,macam terbang pun ya,aku cuba melihat apa yang terjadi.

Rupanya jimin mengangkat ku dengan gaya bride style membuatkan aku menjerit menyuruhnya turunkan aku,aku takut tinggi,gayat siot.

"Yak!!jangan banyak bergerak la,nanti kita berdua jatuh,awak jugak yang sakit"kata jimin membuatkan aku takut,dan dengan perlahan-lahan aku memeluk lehernya.

Aku mula menilik mukanya,baru aku tahu dia ni mempunyai mata sepet sikit,dan mempunyai bibir yang mengoda,dan muka yang handsome.

Sedang aku menilik mukanya,tiba-tiba jimin toleh mukanya melihat mukaku,aduh!dia tahu aku pandang muka dia ka?

HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]Where stories live. Discover now