We Were in Love // T-ara

6.3K 457 76
                                    

Nama aku Lee Ji Na. Panggil Ji Na. Aku seorang gadis yang biasa. Bila aku cakap 'biasa' maksudnya memang aku seorang yang BIASA! Low profile. Loser. Aku bukan gadis yang cantik seperti kamu semua. Tubuh aku gempal dan ketinggian aku hanya 154Cm. Pendekkan? Aku berkulit cerah tapi mata aku dihias dengan cermin mata bulat besar. Rambut aku hitam pekat lurus dan sentiasa di ikat dua ke bawah. Disebabkan rupa aku sebegini aku jadi seorang yang pendiam dan benci dengan lelaki yang tampan. Tipikal seorang lelaki yang tampan, suka pandang rendah dengan orang seperti aku.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Na membetulkan kaca matanya dihadapan cermin. Matanya bulat anak mata berwarna coklat. Bibirnya berwarna merah jambu tanpa perlu memakai lip balm. Bulu matanya melentik. Kulitnya juga cerah. Cuma satu sahaja kekurangan Ji Na. Tubuhnya gempal. Pipinya bulat. Untuk seketika Ji Na mengeluh.

Bukannya dia tidak bersyukur. Cuma adakalanya dia terasa ingin jadi cantik seperti gadis lain. Memang Ji Na dilahirkan gempal. Penampilannya juga tidaklah meletup macam yang lain. Hanya Tshirt lengan panjang dan skirt labuh jadi kebanggaan. Disikat rambut lalu mengapai kunci dan beg. Bersiap hendak ke perpustakaan.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Kenapa?" Soal Kim Tae Hyung. Matanya merenung Sakura. Sakura mengeluh berat. Dia dah tak tahan dengan semua ini. Dia harus tamatkan sekarang juga.

"Saya akan pulang ke Jepun Tae Hyung. Tolong lepaskan saya. Saya dah ada penganti awak" luah Sakura perlahan. Nah! Umpama pisau yang tajam sedang menghiris hati Tae Hyung apabila Sakura mengaku begitu.

"Please sakura. Think it back. I really love you.. kenapa dengan semudah itu je awak ada penganti?" Ya. Tae Hyung benar benar sukakan Sakura. Wajah Jepun asli milik Sakura boleh membuat setiap malamnya terigau. Tubuhnya yang tinggi dan ramping membuatkan Tae Hyung tidak jemu memandang. Rambutnya perang dan ikal mayang. Sakura memang seorang gadis yang sangat cantik! Takkan semudah itu Tea Hyung lepaskan?

"Mianhae.." Sakura mengundur. Dia dah bosan dengan sikap Tae Hyung sekarang. Bagi dia tiada apa yang menarik lagi tentang Tae Hyung.

"Tak Sakura! Please!" Tae Hyung memaut tangan Sakura. Langkah Sakura terhenti. "Let me go.." perlahan Sakura bersuara.

"Why Sakura why? Saya sayang awak dan saya perlukan awak. Please jangan buat saya macam ni.." Rayu Tae Hyung.

"Enough Tae Hyung!" Sakura menarik tangannya. Lalu melangkah jauh dari situ. Tinggalkan Tae Hyung seorang diri.

Tae Hyung terduduk. Kenapa mesti jadi macam ni? Otaknya berserabut. Hatinya kacau bilau. Air mata lelaki hampir keluar. Lantas dia membuka telefonnya. Nama Ji Min dicari dalam senarai pemanggil.

"Ji Min.. aku nak jumpa kau.."

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Tae Hyung meluahkan segalanya. Dia tahu Ji Min seorang yang boleh memahami. Sebagai seorang sahabat Ji Min tekun mendengar segala luahan hati Tae Hyung.

"Sabarlah V, kau kena ingat ramai lagi nakkan kau. Setakat perempuan macam Sakura petik jari je 10 yang sama datang kat kau" nasihat Ji Min. Ji Min

"Tapi dia lain Ji Min.." Suara Tae Hyung terketar-ketar.

"Lain? Sebab dia cantik? Hot? Pergi sana sini orang mesti puji dia tu cantik sangat! Padahal bersepah je aku tengok perempuan macam dia" sindir Ji Min. Tae Hyung hanya mengerling.

"Aku tau kau sayang nak lepaskan dia sebab dia cantik.. tapi ni realiti V, Cantik tu akan mengendur memakan waktu. Dari awal lagi aku dah cakap, Kalau kau cintakan dia hanya kerana dia cantik, percayalah hubungan korang tak akan bahagia!" Sekali lagi Ji Min menasihati Tae Hyung. Tae Hyung mengeluh. Ada benar juga kata sahabatnya itu.

Dia termenung seketika. Patut ke aku ubah cara pemandangan aku terhadap wanita?

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Na membaca buku di perpustakaan Kolejnya sambil telinganya memakai earphone. Leka mendengar lagu kegemarannya sambil ditemani buku.
Memang ini rutin harian Ji Na ketika cuti semester. Dia tidak punya ramai kawan. Hanya buku jadi peneman setia. Ji Na obses dengan buku. Buku Novel, fantasi, khayalan yang direka indah indah belaka. Ji Na berharap akan ada sebuah kisah dongeng dalam hidupnya.

Ji Na bangun. Dia hendak mengambil kopi baru yang Memang disediakan di dalam perpustakaan ini.

Ji Na hilang imbangan ketika bangun dari kerusi dia tidak perasan Mi Cha berada di belakang kerusinya. Tangannya yang memegang cawan berisi suku kopi tertumpah pada baju Mi Cha.

"Ouch Shit!" Marah Mi Cha. Rosak baju aku! Mi Cha merenung gadis dihadapannya.

"Baju aku ni lagi mahal dari spec kau tau tak?!" Tengking Mi Cha. Tangannya menunjal dahi Ji Na.

"Maafkan saya.. maafkan saya.." tertunduk tunduk Ji Na meminta maaf. Dia memang dah biasa kena macam ni.

Mi Cha panas! Dia memang pantang orang yang hanya tahu minta maaf tapi tak nak bertanggungjawab.

"KAU IKUT AKU!" Arah Mi Cha. Kelam kabut Ji Na mengemas barangnya lalu mengikut Mi Cha. Dalam hati Ji Na berdoa tiada yang buruk terjadi.

Bersambung...

_____________________________________

Superman | kthWhere stories live. Discover now