Bab 11

7.8K 295 4
                                    


Aku duduk termenung sambil menanti ketibaan Nazmi. 

Aku yang mengajak dia untuk berjumpa hari ini. Nasib baik jugalah dia tidak membantah.

Lamunan panjangku terhenti apabila kerusi dihadapanku ditarik seseorang. 

Apabila aku mendongak, kelihatan Nazmi dengan senyuman menawan dia itu.

Segak sungguh dia hari walaupun hanya berpakaian santai dengan topi di kepala. 

Aku memang suka tengok lelaki pakai topi. Nampak bergaya saja.

"Lama dah tunggu?" soalnya seraya melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Saya baru aje sampai." Balasku.

Rindunya dengan dia. Depan mata pun tetap rasa rindu itu tidak hilang lagi.

"Apa khabar?" soalnya lagi.

"Baik saja. Awak pula? Macam mana dengan tempat kerja baru awak tu?"

"Tak berapa nak okey sebab awak tak ada." Balasnya dengan riak selamaba.

Hesy dia ni.. Dia tak tahu ke jantung aku tengah berkompang kat dalam ni bila dia cakap macam tu. Aduhai..

"Gila!"

"Serius babe.." dalihnya.

Babe? Nama panggilan baru lagi ke? Tapi, aku suka dia panggil aku macam tu. Rasa sangat di sayangi. Nazmi sayang aku ke?

"Awak rindu saya tak?" aku tanya dia. Nak test sama ada dia ni sayang dan ingat aku atau tidak.

"Gila tak rindu. Saya sangat rindukan awak Naurah." Akuinya tanpa segan silu.

Aku tersenyum malu. Dalam hati melonjak kegembiraan. Tak sangka dia pun rindukan aku.

"Awak pulak, takkan tak rindukan saya?"

"Rindu.. saya pun sangat rindukan awak. Bosan bila awak dah tak ada. Tak ada kawan nak lepak sama." 

Jika dia tidak malu untuk berkata jujur dengan aku, mengapa aku nak malu untuk mengaku depan dia kan?

Nazmi tersenyum manis. 

Serius aku sangat sukakan senyuman itu. Sayangnya, tak dapat nak tatap selalu.

"Saya suka dengar awak cakap macam tu. Thank you babe.." ucapnya. 

Aku tidak tahu dia berterima kasih untuk apa tapi aku anggukkan sajalah.

"Babe, kenapa saya rasa awak dah makin kurus ni?"

Eh? Dia perhatikan badan aku ke? Aku sendiri tidak perasan aku dah kurus. Ke.. mata dia yang ada masalah penglihatan.

"Betul ke saya dah makin kurus?" soalku sedikit takut.

Wei, aku tak naklah kurus. Selama ini aku jaga badan okey. Badan kenalah maintain.

"Taklah kurus sangat. Kenapa ni? Awak ada masalah ke? Kalau sudi, ceritalah kat saya. Saya sedia menjadi pendengar awak."

Nazmi macam tahu sahaja aku sedang dilanda masalah besar. 

Bagiku masalah yang sangat besar sebab ianya melibatkan masa depan aku.

"Awak, Tuk Ayah saya paksa saya kahwin dengan lelaki pilihan dia." Akuiku padanya. Aku lihat reaksinya dah lain macam.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now