CHAPTER 7:SAPA TU?

5.2K 386 4
                                    

"Oppa cepat la sikit ying dah lambat ni"runggut heying apabila merasakan oppanya membawa kereta serupa macam siput.

"Alah kejap la,orang depan ni hah!!lambat"ucap kris tenang.

"Oppa~potong je la~cepat la nanti ying kena denda~"renggek heying macam budak kecik,tangannya mengoncang bahu kris.

Membuatkan tumpuan kris terganggu..

"Yak!!!jangan kacau oppa nak memandu la,nanti kemalangan!"kata kris separuh menjerit.

Manakala chanyeol menampar tangan adiknya..

"Ish!!apa tampar-tampar ni?tumbuk kang!!"marah heying menunjukkan penumbuk dihadapan muka chanyeol.

"Penumbuk pun kecik ada hati nak tumbuk orang??fikir balik saeng"perli chanyeol dan senyum sinis.

"Jangan pandang rendah pada penumbuk kecik ini wahai telinga capang!,kecik bukan sebarang kecik,tapi kecik inilah berbisa"ucap heying ala-ala zaman dulu-dulu.

"Datang dah otak tak betul dia"gumam chanyeol perlahan,tapi dapat didengar oleh heying.

Heying menarik telinga chanyeol sekuat hati dan chanyeol menjerit meminta simpati kepada kris.

Kris hanya membuat tidak tahu,dan membuat isyarat"sapa suruh kau cari pasal dengan budak singa ni"dan chanyeol hanya membalas isyarat kris dengan jelingan.

"Ouh ya sebelum oppa lupa,oppa tak dapat ambik saeng tau?sebab oppa ada mesyuarat,nah ambik alamat ni,lepas habis waktu sekolah,saeng pergi kat alamat ni,pasal barang saeng,saeng jangan risau sebab pagi ni barang kita dah dipindahkan kat rumah baru"ucap kris panjang lebar dan menghulurkan sekeping kertas kepada heying.

Heying melepaskan telinga chanyeol dan mengambil kertas itu dari kris,manakala chanyeol mengosok telinganya yang terasa sakit ditarik oleh heying.

"Aduh!!lagi bertambah capang telinga aku"ucap hati chanyeol tangannya masih mengosok telinganya.

Chanyeol hanya mendengar saeng dan hyungnya berbual,hendak ditanya bukan ada soalan pun.

"Oppa saeng balik lambat tau,sebab saeng ada kelas tambahan,mungkin pukul 11:00 nanti baru balik"ucap heying memandang muka kris dari arah tepi.

"Lamanya saeng balik?tak balik makan dan mandi dulu ke?"tanya chanyeol pelik.

"Tak kut,cikgu kata pasal makanan tak payah risau,pihak sekolah sediakan,dan yang pasal mandi tu,kat sekolah dah ada bilik mandi,dan saeng ada bawak baju"kata heying.

"Saeng kena duduk kat sekolah lama tu,balik sekolah pukul 2:30 tapi kelas tambahan habis kul 11:00??"tanya kris hairan.

"Lepas habis waktu sekolah,saeng nak kena pergi latihan rumah sukan,dah alang-alang ada kat sekolah,duduk je la sampai kelas tambahan"jawab heying.

"Latihan rumah suka mula pukul berapa?latihan habis pukul berapa?kelas tambahan mula pukul berapa?habistu?saeng berani la balik malam-malam?saeng tahu tak rumah kita tu jauh dari sekolah saeng?"tanya kris bertubi-tubi gaya macam polis pencen sahaja lagaknya.

"Erk...satu-satu la tanya,Pening saeng nak jawab yang mana satu"ucap heying mengaru kepalanya yang tak gatal.

"Macam ni...latihan rumah sukan mula pukul 4:00 macam saeng cakap tadi,dah ada kat sekolah duduk je la,sementara tu jimat masa,tak ada la saeng kalut nak lari sana lari sini"jawab heying menarik nafas,dan menyambung percakapan yang tergantung tadi.

"Latihan rumah sukan habis pukul 6:00 dan kelas tambahan mula pukul 8:00 anda faham?"jawab heying,hampir semput dirinya menjawab soalan oppanya yang bertubi-tubi itu.

"Ouh macam tu"terangguk-angguk kepala chanyeol dan kris mendengar penjelasan heying.

"Tapi kenapa buat serentak?tak rasa letih ke?dah la nak kena duduk kat sekolah sampai kul 11:00"ucap chanyeol.

"Entah la"ucap heying mengangkat bahu tanda dia jugak keliru.

FLACBACK~

"Ok murid-murid di sini cikgu nak cakap sikit tentang.....nak cakap pasal apa cikgu?cikgu nak kahwin eh?"tanya v memotong percakapan cikgu lee kwang soo.Membuatkan seisi kelas mula ketawa.

"Hahahha kamu ni...tak ada la,saya dari pihak cikgu jongkook hendak memberitahu kepada kamu semua tentang latihan rumah sukan,dan kelas tambahan yang akan diadakan harini"ucap lee kwang soo mengukir senyuman manis.

Mendengar ucapan yang disampaikan oleh cikgu kwang soo membuatkan hampir 99% mengeluh dan 10% gembira mendengar ucapan cikgu kwang soo.

Apa yang membuatkan mereka tidak suka ialah,semasa aktiviti latihan dijalankan,ada sahaja cikgu sado itu nak menyampuk,ini tak kena,itu tak kena,kalau sesuatu yang tidak disukai mulalah nak berleter cikgu sado tu.

"Alah cikgu kalau saya tak hadir tak boleh ke?"tanya chorong membuat muka comel.

"Walaupun kamu membuat muka comel sehingga saya tergoda pun,saya tetap mengatakan bahawa kamu kena hadir,sebab ini arahan dari cikgu sukan kamu,mianhae cikgu tak boleh tolong"ucap cikgu kwang soo sambil tunduk meminta maaf.

Mendengar apa yang dikatakan oleh cikgu itu,membuatkan seisi kelas mengeluh hampa.

"Cikgu latihan rumah sukan mula pukul berapa dan kelas tambahan mula pukul berapa?"tanya mark dengan nada yang malas.

"Latihan pukul 4:00 petang manakala kelas tambahan pukul 8:00 malam"jawab cikgu kwang soo tenang.

"Latihan habis pukul berapa dan kelas tambahan habis pukul berapa?"tanya jackson.

"Latihan habis pukul 6:00 petang dan kelas tambahan habis pukul 11:00 malam"ucap cikgu kwang soo yang dari tadi berdiri macam tiang bendera.

"Budak-budak ni tak nak bagi aku duduk ke?"soal hati kwang soo menahan sakit kaki akibat berdiri terlalu lama.

"Cikgu kenapa latihan dan kelas tambahan dijalankan serentak?"tanya heying yang sedari diam di tempat duduknya.

"Itu maaf la cikgu tak dapat nak jawab,mungkin ini arahan dari pengetua?"jawab kwang soo ragu,dia pun tak dapat nak jawab soalan yang ditanya oleh muridnya.

Terbit perasaan kesian terhadap anak muridnya,dari pagi belajar,petang pergi latihan rumah sukan,manakala malam ada kelas tambahan langsung tiada waktu nak berehat,tapi apa boleh dia buat dia hanya seorang guru biasa dan tiada hak nak membantah arahan yang pengetua suruh.

"Kenapa serentak??adoi penatlah macam ni,baru ingat balik nanti nak mandi,makan,dan buat kerja sekolah dan tidur,tapi lain pulak kena buat,apa punya nasib la terima ajelah"ucap hati heying membuatkan mata jimin mengerling ke arah heying.

"Heying...heying sempat lagi kau fikir nak tidur"ucap hati jimin dan mengeleng-geleng kan kepalanya.

END FLACBACK~

"Ok dah sampai,sorry again saeng,sebab oppa tak dapat ambik saeng nanti"ucap kris memohon maaf.

"Tak apa saeng faham"ucap heying melangkah keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam sekolah.

Hampir terlupa dirinya yang sudah lewat hendak ke sekolah,nasib dia sempat masuk ke dalam sekolah,sebelum pintu pagar di tutup.

Heying melangkah menuju ke kelasnya,keadaan di lorong yang gelap serta sunyi membuatkan bulu roma heying naik dan pada masa yang sama dia berasa pelik,kenapa sekolah ini seakan sunyi?bukan sekarang dah 7:15??.

Dan heying serta merta ingat,dia berada di sekolah mana,sekolah ini pukul 8:00 baru pagar ditutup,patutlah jumlah perlajar pada waktu ini sedikit,adoi memalukan diri betul la,heying mengeleng-geleng kepalanya dengan sikap dia yang satu ini,cepat lupa apalah nak jadi dengan dia pun tak tahu lah.

Semasa berjalan dia merasakan ada seseorang mengikut langkahnya dari belakang,heying mula membuka langkah yang besar seterusnya berlari,dia dapat mendengar orang dibelakangnya jugak berlari,membuatkan peluh heying menitik laju...

JENG...JENG...JENG....HOHO SORRY LA,CHAPTER NI BERSAMBUNG..NAK TAHU??TUNGGU CHAPTER SETERUSNYA LAH~ HEHE APA APA PUN ENJOY!!TEKAN LA BINTANG TU~

HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]Where stories live. Discover now