Prolog

12.9K 229 5



Aku duduk di bangku kayu yang terukir cantik di taman mini yang terletak di sekitar halaman rumah kami.

Rumah kami.. rumah yang aku tinggal bersama suami tercinta dan juga anak-anak yang bakal menyerikan lagi rumah tangga kami suami isteri.

"Mengelamun jauh nampak.."

Suamiku muncul dengan gitar di tangan. Dimana dia dapat gitar itu pula? Sebelum ini, aku tidak pernah melihat dia bermain dengan gitar itu.

"Mana dapat gitar tu?" soalku pelik.

Dia tersenyum.

"Kalau Na nak tahu, ini gitar kesayangan abang tau." Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab olehnya. Sabar ajelah dengan suami aku seorang ini.

"Sayang nak dengar abang nyanyi tak?" soalnya tiba-tiba.

"Sedap ke suara abang? Karang tak pasal-pasal hujan turun." Aku usik dia. Saja.

Dia mencebik. "Belum dengar belum tahu. So, nak dengar ke tak ni?"

"Nak nak.." dengan girang aku menjawab. Teruja bila suami sendiri ingin menyanyikan lagu untuk isteri dia yang tercinta. Siapa lagi kalau bukan aku.

"Kata tadi tak nak.." sempat dia usik aku sebelum tangan memulakan aksi bermain gitar. Bila dengar melodinya, lagi tahap teruja aku menjadi double.

Thinking out load by Ed Sheeran!!

When your legs don't work like they used to before

And I can't sweep you off of your feet

Will your mouth still remember the taste of my love

Will your eyes still smile from your cheek

And darling I will be loving you 'til we're 70

And baby my heart could still fall as hard at 23

And I'm thinking 'bout how people fall in love in mysterious ways

Maybe just the touch of a hand

Oh me I fall in love with you every single day

And I just wanna tell you I am

So honey now

Take me into your loving arms

Kiss me under the light of a thousand stars

Place your head on my beating heart

I'm thinking out loud

Maybe we found love right where we are

When my hair's all but gone and my memory fades

And the crowds don't remember my name

When my hands don't play the strings the same way, mm

I know you will still love me the same

'Cause honey your soul can never grow old, it's evergreen

Baby your smile's forever in my mind and memory

I'm thinking 'bout how people fall in love in mysterious ways

Maybe it's all part of a plan

I'll just keep on making the same mistakes

Hoping that you'll understand

But baby now

Take me into your loving arms

Kiss me under the light of a thousand stars

Place your head on my beating heart

I'm thinking out loud

That maybe we found love right where we are, oh


Aku terkedu. Betul-betul tak sangka dia mempunyai suara yang sangat sedap untuk didengar. Patutlah aku suka dengar bila dia tertawa.. dan bila dia menyanyi lagi sedap suara dia. Ini yang buat aku tambah sayang kat dia. Hahahaha..

"Macam mana? Sedap tak abang nyanyi tadi?" soalnya lalu meletakkan gitar kesayangannya di atas meja.

Aku mengangguk kepala. Memang sedap suara dia.

"Kenapa buat muka macam tu?" soal dia padaku. Mungkin pelik dengan reaksi aku yang masih terkedu melihat persembahan nyanyiannya sebentar tadi.

"Na tak sangka suara abang sedap sangat.." pujiku untuk dia.

Dia tersenyum senget. Macam lain saja senyuman itu.

"Kalau macam tu, abang nak hadiah."

"Hah? Hadiah apa?" macam tu aje pun nak kena bagi hadiah ke? Ada-ada ajelah suami aku ni.

"Hmm.." dia berfikir dan aku menanti.

"Abang nak sayang.."

Belum sempat untuk aku proses permintaanya, tiba-tiba badanku terasa diangkat dan sekelip mata, aku sudah berada di dalam pelukannya.

Aku mula cuak.

Bila dia membawa aku ke bilik tidur, aku ketawa kecil. Aku dah dapat agak dah hadiah apa yang cik suami inginkan.

Suamiku.. Dia adalah sebahagian daripada nyawa aku. Segala pengorbanan yang dia lakukan demi aku benar-benar membuat aku begitu terhutang budi dengan dia. Aku janji aku akan berusaha untuk menjadi isteri terbaik dan solehah untuk dia.

Aku bukanlah seseorang yang sempurna dan banyak kekurangan yang aku miliki, tetapi dengan adanya dia disisi, mungkin segala kekurangan itu dapat ditutupi dengan kelebihan dia.

Apa guna suami isteri jika bukan untuk saling lengkap-melengkapi kan? Dialah pelengkap kehidupanku. Aku sangat bahagia bersama dia.

Terima kasih suamiku..


Terima Kasih Suamiku Read this story for FREE!