Bab 1

10.1K 71 5

Tak tahulah untuk kali keberapa aku menjulingkan mata ke atas masuk kali ni. Kalau aku jadi Sam, memang dah lama aku hempuk minah tu dengan fail! Baru puas hati aku.

"So, have you made your decision miss?"

Dari nada suara Sam itu, tahulah aku kesabarannya sudah berada di tahap maksima.

"Ermmm..not yet..."

Aku terus memfokuskan pandangan ke arah perempuan seksi di hadapan sana.

Aik, tak buat keputusan lagi? Dah dua jam kut! Aku dah sempat makan, keluar ke pejabat pos, jumpa client dan solat tapi dia ni belum buat keputusan lagi? Memang weng!

Dari tadi, aku hanya memasang telinga aje mendengar perbualan dorang sambil memasukkan kamera ke dalam beg sandang belakang. Topi di kepala kutarik ke depan gara-gara tidak mahu mereka perasan aku mencuri dengar perbualan mereka. Mata kini melekat pada perempuan yang sedang duduk di hadapan Sam itu.

Rambutnya dipintal-pintal saat ini. Nada suara ketika bercakap, bukan gedik kuasa dua lagi, tetapi gedik kuasa juta-juta! Naik geli geleman aku tengok gayanya itu. Bilalah agaknya dia nak berambus dari sini? Dia ni memang nak bikin aku panas agaknya! Mata kujulingkan ke atas. Dasar bimbo!

Pertanyaan demi pertanyaan telah Sam jawab dengan senyuman walaupun ada soalan yang bertaraf budak tadika ditanya kepada pekerjaku itu. Fail yang berisi penerangan tentang pakej-pakej yang ditawarkan pula sudah diselak wanita yang bersubang besar itu berjuta-juta kali. Agaknya nak tunggu lunyai dulu fail tersebut baru dia hendak buat keputusan kot. Pelanggan macam ni lah yang akan menyebabkan darah aku naik. Nasib baiklah Sam tu sangat penyabar orangnya. Kalau aku, tak tahulah!

Sam dah tunjukkan beberapa pakej fotografi yang Klik! tawarkan untuk majlis perkahwinan tetapi entah kenapa dia hendak juga menyelak pakej-pakej lain. Lihatlah tu, matanya sekarang sibuk meneliti fail berisi pakej majlis hari jadi pulak. Dia ni nak berkahwin ke nak sambut hari jadi bapak dia?! Aduh, boleh jadi gila aku.

Puas memaki hamun perempuan itu di dalam hati, mataku melirik ke arah si lelaki yang sedang duduk bersila panggung di atas sofa, di hujung sana. Amboi, amboi! Gaya duduk macam tuan besar! Pasangannya tu pun satu hal jugak. Aku tengok semenjak lelaki itu melabuhkan punggung di situ 2 jam yang lepas, matanya hanya pada telefon bimbit. Entah-entah tengah sedap main games. Aku agak je la. Jangankan dia nak ambil tahu, jeling pun tidak pakej-pakej tu. Semua yang perempuan tu tanya, dijawab dengan ayat yang sama.

"Okay.."

Hanya perkataan tu aje agaknya yang dia tahu. Okay, okay, okay! Hee geram betul aku jadinya. Selalunya pasangan yang datang ke sini akan berbincang sesama sendiri tetapi mereka ni lain benar aku tengok.

Ya Allah, betul ke mereka ni nak berkahwin?Telefon bimbit yang menjerit menyebabkan aku mengalihkan pandangan daripada wajah dua orang manusia pelik ini. Tangan kanan pantas menyeluk ke dalam poket seluar jeans lusuhku dan mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Melissa rupanya yang tertera di atas skrin. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik persalinan yang ada di dalam studio ini untuk menjawab panggilan.

"Hello Mel. Kau kat mana?"

"Aku baru habis outdoor photography session dengan Norita Dato' Rahimi. Ya Rabbi, perempuan itu cerewet bukan main tetapi mengenangkan bayaran yang kita perolehi masyuk, aku pekakkan je telinga ni. Akhirnya, berjaya juga aku ambil gambar keluarga diorang seperti yang dimahukan."

Ujar Mel dengan panjang lebar. Seronoklah tu, kerjanya dah habis.

"Oh..kau selamatlah babe. Sam yang belum lagi nak selamat. Dah 2 jam perempuan tu membelek pakej-pakej fotografi tu tapi tak jugak buat keputusan. Kau boleh tak datang sini untuk assist Sam?"

Pengantin Musim SaljuRead this story for FREE!