BAB 1: Airport

107K 2.6K 352
                                    

SEORANG gadis bertudung keluar dari teksi setelah membayar tambang teksi itu. Dia membetulkan baju kurung dan kain tudung agak nampak lebih kemas. Kemudian, dia melangkah menuju ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri mengadap tasik yang tenang itu. Tetapi lain pula yang dia rasa saat itu, rasa berdebar membuatkan hatinya gelisah. Seingatnya mereka jarang keluar berjumpa pada hari minggu. Dia berdiri di belakang lelaki itu.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Seingat saya kita tak pernah jumpa pada hari macam ni," tanya gadis itu.

"Kita putus!"

Gadis bertudung itu tergamam. "Apa awak cakap ni? Saya tak faham." Suara gadis itu kedengaran sebak.

"Kita putus!" ulang lelaki itu tadi.

"Tapi kenapa?" tanya gadis itu. Air mata sudah bergenang ditubir matanya. Dia tidak dapat menerima berita yang baru didengar tadi.

"Saya dah tawar hati dengan awak." Kata-kata lelaki itu bagai orang tiada perasaan kerana tanpa sedikit pun dia tidak memandang ke arah gadis bertudung yang sudah menangis.

"Sampai hati awak buat saya macam ni." Gadis itu sudah teresak-esak menangis.

"Tidak ada apa yang hendak ditangiskan jodoh kita tak ada. Lagipun saya sukakan orang lain. I'm comfortable with her."Ketika ini seorang gadis seksi datang menghampiri mereka dan memaut lengan lelaki itu tanpa segan silu.

"Sayang, jom temankan I shopping," kata gadis itu dengan manja. Mereka berjalan beriringan tanpa menghiraukan gadis bertudung yang sudah lecun dengan air mata.

Gadis bertudung itu melangkah pergi meninggalkan taman yang menjadi saksi perpisahan hubungan cintanya. Dia terus menahan teksi untuk pulang ke rumah. Setelah masuk ke dalam teksi, dia menangis sepuas-puasnya tanpa mempedulikan pemandu teksi yang memandangnya pelik. Teksi berhenti di kawasan perumahan banglo, dia membayar tambang teksi dan terus meluru masuk ke dalam rumahnya tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya.

"Apa kena dengan dia tu?" tanya Syaqila apabila melihat sahabatnya yang masuk ke dalam rumah dan terus naik ke dalam bilik tanpa memberi salam.

"Alah, macam la kau tak biasa tengok dia macam tu," jawab Aira bersahaja kerana sudah lali dengan keadaan itu. Matanya tetap fokus pada skrin televisyen.

"Tak habis-habis dengan masalah cinta dia," rungut Syaqila sambil mengambil tempat di sebelah Aira.

"Yang kau setegheh dengan masalah cinta dia tu apahal pulak."

"Ye tak ye jugak."

"Woi! Kau mengumpat pasal aku ke?" tanya Arina yang berdiri di belakang sofa yang diduduk oleh sahabat-sahabatnya.

"Haah." Jujur Syaqila memberitahu Arina dengan muka tak bersalah. Tanpa disedari pinggangnya dicuit oleh Arina membuatkannya terjerit kecil. Sekali lagi dia menjerit kegelian apabila dicuit oleh Arina dengan bertubi-tubi. Dia berlari menyelamatkan diri tetapi dikejar oleh Arina di sekeliling ruang tamu.

"Korang nak main Kuch Kuch Hota Hai ke Dil To Pagal Hai ke pergi main jauh-jauh. Jangan duk berlari depan tv sebab aku nak tengok tv dengan aman dan damai. Serabut butir mata aku tengok korang yang dah tua bangka berlari mengalahkan kanak-kanak Ribena," kata Aira dengan tenang membuatkan Syaqila dan Arina berhenti berlari. Mereka duduk di atas sofa dengan keadaan Aira dihimpit oleh sahabat-sahabatnya.

"Ira, aku sedih," adu Arina.

Tetapi mata Aira tetap fokus pada kaca televisyen sambil mengunyah Mister Potato begitu juga dengan Syaqila. Mereka sudah tahu apa yang Arina akan ceritakan pada mereka. Jadi mereka terpaksalah menyedekahkan telinga mendengar jeritan hati Arina yang sudah lali mereka mendengar cerita yang sama.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now