Bab 10

23.1K 100 4

Tiga bulan berlalu, pencariannya masih samar-samar. Namun, hubungannya bersama pengasuh Rara atau lebih tepat lagi, hubungannya dengan Tiara semakin mesra. Bahkan, panggilan formal juga sudah bertukar kepada sesuatu yang lebih sedap dan mesra didengar.

"Tiara dah makan?"

"Belum lagi."

"Good, so apa kata kita keluar makan. Abang pun tak makan lagi ni," gumam Danny sewaktu menghubungi Tiara. Di hujung telefon, suara gemeresik si gadis yang dikenali sejak tiga bulan lalu kini menjadi satu kewajipan untuk didengar saban hari.

Ada sahaja topik yang dibualkan. Jika bukan soal Rara, pasti perbualan berkisar akademik gadis itu atau paling tidak pun berkenaan isu semasa yang hangat diperkatakan di media sosial.

"Abang nak datang ke? Dah lewat ni? Esok tak kerja?"

Kata-kata Tiara buat Danny mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Dia senyum sebelum menjawab.

"Esok abang kerja, tapi hati ni dah rindu," rengek Danny macamlah dia yang jadi anak kecil.

"Rindukan Rara, ya?" tebak Tiara perlahan. Pura-pura tak faham.

"Dua-dua abang rindu!"

"Hesy, yalah tu! Ni, abang serius ke, atau abang main-main aje?" Kerusi belajar ditarik lalu punggung dilabuhkan cermat. Sesekali, anak mata melirik ke arah Rara yang sedang tekun memandang kaca televisyen. Barangkali si kecil itu tertarik dengan warna yang pelbagai dan visual yang bergerak-gerak.

"Ya, sayang... Abang nak datang," sahut Danny terlepas kata.

"Apa? Boleh ulang tak? Tiara tak dengar."

"Errr... Ehem... Betullah abang nak datang. Nak jumpa Rara yang abang sayang tu," ucap Danny mengubah apa yang dihambur seketika tadi.

"Oh, kalau macam tu Tiara siapkan Rara. Agak-agak pukul berapa abang nak datang?"

Danny hela nafas lega apabila Tiara percaya!

"Lima belas minit lagi abang datang. Reena ikut sekali ke?" Reena, perihal gadis yang agak kasar itu disoal seketika. Harap-harap, kawan baik kepada Tiara yang satu itu tidak ikut serta. Buat kacau daun aje!

"Reena tak ada! Dia ke Rawang ada program anak yatim," tukas Tiara, bersahaja.

"Lega rasanya!" Sekali lagi terlepas kata.

"Apa, bang? Tiara tak dengar. Suara abang perlahan sangat."

"Lega abang dengar apa yang Tiara cakap. Bagus betul dengan Reena tu, zaman sekarang ni susah nak jumpa remaja yang rajin buat khidmat masyarakat ni," bohong Danny yang sudah mengetap bibir menahan tawa.

"La... Ingatkan abang cakap apa tadi. So, kita jumpa kejap lagi, ya? Tiara nak siapkan Rara dulu," ujar Tiara mahu menghentikan perbualan sesudah itu barulah dirinya dapat menyiapkan Rara dan juga dirinya.

Lima belas minit berlalu, Tiara sudah menyiapkan Rara. Beg kecil berisi lampin pakai buang, romper dan juga tuala kecil digalas ke bahu. Dengan kudrat gadis berusia 23 tahun, Tiara mendukung Rara yang masih berjaga walaupun jam sudah menginjak angka sembilan malam. Tanpa berlengah lagi, kunci digapai lalu kaki diayun ke muka pintu.

Sementara itu, Danny pula sudah menunggu di bahagian tangga menghadap pemandangan I-City Shah Alam yang dilimpahi dengan lampu yang pelbagai warna. Mendengar bunyi engsel pintu, kedudukan dikalihkan dan kini dia memerhatikan rumah bernombor 504. Sah, pintu rumah itulah yang sedang dibuka dari dalam. Dengan langkah bersahaja, dia mendekati.

"Eh, abang dah sampai?" soal Tiara sedikit terkejut tatkala melihat Danny terpacul di hadapan mata.

Dengan senyuman manis, Danny tidak terus menjawab. Tangan dihulur mengisyaratkan Tiara supaya menyerahkan Rara kepadanya.

Pujaan Hati KandaRead this story for FREE!