Bab 7

20.8K 109 0

"Perkenalkan, ini Akasyah... My friend! Panggil aje Kasyah. Dan Kasyah, aku perkenalkan yang bertudung ni, Tiara."

"Cantik." Itu respons pertama yang dibisikkan ke telinga Danny.

"Shut up!" balas Danny turut berbisik. Namun anak matanya masih sempat memerhatikan dua gadis yang masih setia menjadi pendengar. Cepat-cepat senyuman diukir.

"Ha... Yang nampak agresif tapi malu-malu ni pula, namanya Reena. Mereka berdua akan jaga Rara untuk sementara waktu ni," ujar Danny memperkenalkan ketiga-tiganya dalam senyuman yang tak lekang di bibir.

"Nice to meet both of you," ujar Kasyah seraya menghulur tangan untuk berjabat. Danny yang melihat segera menyentuh lengan itu lalu dibawa turun ke sisi.

"Haip... Tak boleh sesuka hati bersalam dengan anak dara orang!" Tangan Kasyah ditarik turun ke bawah. Tindakannya itu menjemput senyuman senget di bibir Reena. Tiara pula sekadar mengetap bibir menahan rasa lucu melihat reaksi yang dipertontonkan. Alah, Danny sudah malu sendiri. Sebab itulah dia bertindak sedemikian. Tidak mahu Kasyah merasai perasaan serupa.

"Mana baby yang kami perlu jaga tu? Tak nampak pun?" soal Tiara lebih kepada tujuan asal mereka bertemu.

"Ada... Jangan risau! Rara tengah tidur... Sekejap saya ambilkan," balas Danny, pendek. Dengan segera, dia kembali ke kereta manakala Akasyah pula mengekori langkahnya dan turut bergerak ke belakang kereta mengeluarkan barang-barang milik si kecil itu dari dalam bonet.

"Perkenalkan, my princes, Rara. Dan Rara... Your new baby-sitter. Say hai..." tutur Danny menyentuh lengan Rara sambil dilambai-lambai ke arah kedua-duanya. Rara yang baru terjaga, sekadar mengenyeh mata dan kelihatan tidak selesa seolah-olah mahu menangis.

"Saya nak dukung," pinta Tiara ditunaikan dengan segera.

"Nah, dukung elok-elok." Tiara sekadar mengangguk lalu menyambut Rara ke dalam pelukannya. Tanpa sempat mengeluarkan kata-kata, pipi gebu Rara dikucup bertalu-talu. Geram melihat kecomelan dan riak muka mahu menangis Rara. Comel yang amat sangat!

"Awak suka dengan budak-budak?"

Tiara mengangguk.

"Mestilah, budak-budak ni tak ada dosa! Tu sebab mereka comel, manja dan apa pun kelakuan mereka, kita akan tersenyum dan susah nak marah!"

"Wow, great info! Baru saya tahu. Ermmm, mulai hari ni, saya amanahkan awak berdua jaga Rara dengan sebaik mungkin. Saya harapkan jasa dan kebaikan awak untuk jaga kebajikan Rara. Apa pun yang berlaku, jangan lupa maklumkan kepada saya. Tentang duit, dan keperluan Rara yang tak mencukupi, beritahu sahaja. Saya akan usahakan." Panjang lebar Danny menerangkan kesediaannya untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk si kecil yang tidak diketahui latar belakangnya itu.

"Awak jangan risau. Kami akan jaga Rara sebaik mungkin. Awak bayar gaji kami, dan kami akan lakukan tugas kami sebaik mungkin," sampuk Reena memberi jaminan. Dari ekor mata, sempat lagi anak matanya melirik ke arah Kasyah yang sedang menapak mendekati mereka berempat.

"Kasyah, ada lagi yang tertinggal?" Danny yang berpaling, segera menyoal rakannya itu.

"Dah habis. Ini aje yang ada!" Beg galas berisi pakaian Rara, aksesori mainan dan juga susu si kecil itu tersusun kemas di dalam raga yang bertutup rapat.

"Beri pada saya," pinta Reena daripada Kasyah.

"Tak mengapalah, Cik Reena. Biar saya tolong awak. Rumah awak di tingkat berapa? Kalau awak tak kesah, saya hantarkan sampai ke depan pintu." Kasyah tersengih membuatkan Reena tersenyum lebar.

Mamat ni nak tunjuk gentleman! Tahulah nasib kau, desisnya mahu mengenakan Akasyah.

"Ha, saya memang tak kesah. Kebetulan rumah saya di tingkat lima."

"Tingkat lima?" ulang Kasyah dengan nada terkejut.

"Ya, tingkat lima! Tinggi tu. Apa pun, terima kasih sudi meringankan beban saya," ucap Reena sudah tergelak-gelak. Biar Kasyah tahu, rumahnya bukan di tingkat satu, atau dua, tetapi di tingkat paling atas. Tingkat lima! Dan pastinya lelaki itu menyesal dengan tawaran yang dibuat.

"Sama-sama kasih! Jomlah tunjukkan rumah awak, boleh saya tengok dan usyar-usyar," balas Kasyah cuba menutup rasa terkejut yang jelas dipertontonkan sekejap tadi.

"Eh, awak ni ada niat lain ke apa? Nak usyar-usyar rumah orang pula."

"Tak ada... Saya bergurau aje, awak. Awak ni, takut sangat."

"Manalah nak tahu... Lelaki zaman sekarang tak boleh dipercayai. Suka mengambil kesempatan dalam kesempitan."

"Yalah... Yalah... Suka hati awaklah! Jom naik, lenguh tangan saya pegang semua ni."

"Ha, kalau macam tu jomlah!" Sebelum berlalu, sempat lagi Reena memaklumkan kepada rakan serumahnya itu.

"Tiara, aku naik dulu tau."

"Okey, take care! Hati-hati naik tangga tu."

"Yalah, jangan risau. Abang sado ada di sebelah," balas Reena sambil mengenyit mata ke arah Kasyah yang sudah tayang wajah cemberut menahan beban memikul barang-barang Rara.

"Jom, saya tunjukkan rumah saya," gumam Reena disambut anggukan Kasyah. Mereka beriringan menuju ke arah tangga sebelum hilang di sebalik dinding konkrit yang menjadi pemisah di antara tangga dan juga ruang legar.

Setelah kedua-duanya lenyap dari pandangan mata, Danny kembali memerhatikan wajah gadis yang bakal menjadi tempat Rara menumpang kasih.

"Tiara, saya harap awak boleh jaga dan sayangkan Rara seikhlas hati."

Permintaan Danny membuatkan lamunan Tiara terhenti.

"Maksud awak?"

"Awak pun tahu yang ibu Rara masih koma. Jadi, sebagai budak kecil yang tak tahu apa-apa, dia tetap perlukan kasih sayang seorang ibu. Saya berharap awak dapat curahkan sedikit rasa sayang awak kepada dia."

Tiara yang faham dengan kehendak Danny, sekadar mengangguk perlahan.

"Insya-Allah! Saya akan cuba," tutur Tiara bersama anggukan kecil. 

Pujaan Hati KandaRead this story for FREE!