Bab 3

23K 121 0

"Kau dah tiada pilihan lain, Danny. Hendak atau tidak, budak ni dah jadi tanggungjawab kau!"

"Semudah tu? Entah anak siapa-siapa, aku pula yang jadi mangsa! Nak jaga bagai. Huh, jangan harap!" Dengus kecil itu mengakhiri bicara. Riak tegang diraut itu sudah tidak mampu disembunyikan lagi hingga mengundang gelengan kecil Akashah yang melihat.

"Hei, Danny. Kau punya majlis akad nikah pun dah kensel tau! Kau nak buat apa lagi? Kau dah tak ada pilihan. Kau kena cari siapa mak budak ni? Dan selesaikan dengan segera. Kau kena bersihkan nama dan imej kau, bro!" anjur Kasyah memberi cadangan.

"Masalahnya aku tak kenal siapa perempuan bernama Fatimah tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni? Kepala otak aku ni langsung tak boleh nak ingat apa-apa pasal perempuan tu!" getus Danny dengan riak wajah yang cukup gelisah.

"Takkan kau langsung tak boleh nak ingat? Cubalah kerah sikit otak kau yang banyak akal tu!"

Danny menggeleng lemah. Sungguh dia tak mampu mengingati nama-nama teman skandalnya. Tambah-tambah mereka yang menggunakan nama glamor berbanding nama asal. Jadi, payahlah untuk dia kesan siapa itu Fatimah binti Asmaan.

"Memang aku tak boleh nak ingat!"

"Masalah besar ni, bro! Macam mana kau nak jaga budak ni? Kau bukannya pernah kahwin. Tak pernah ada anak? Plus kau kan tak suka budak-budak? So, apa tindakan kau lepas ni?"

"Aku nak hantar budak ni ke balai polis!" jawab Danny mudah.

"Gila? Kau ingat atuk dengan nenek kau restu?"

"Restu atau tidak, aku dah tak ada pilihan, Kashah. Otak aku ni ibarat kerak bumi yang membeku berjuta-juta tahun. Memang tak boleh nak fikir apa dah. Stres!"

"Bawa mengucap... Istighfar, bro!" tutur Kasyah cuba menenteramkan keadaan rakan baiknya yang juga merangkap ketua di unit pentadbiran tempat dia bekerja.

"Semua tu tak boleh ubah keadaan!" Nada lemah terlontar juga. Danny tekup wajah lalu diraup kasar. Masalah semakin parah dan tiada siapa yang sudi memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya selain Kasyah yang banyak mulut.

"Ya, itu aku tahu... Tapi dalam keadaan sekarang ni, budak mata bulat tu kau nak buat apa?" tanya Akashah perlahan. Sejenak dia merenung bayi kecil yang sedang tunak memerhatikan mereka. Comel, putih melepak dan yang paling penting sekecil ini sudah pandai tersenyum. Alah, sejuk hati yang tadinya panas membahang.

"Aku tak tahu..." jawab Danny, perlahan.

"Kau cari baby-sitter, bro?"

"Baik aku hantar ke nurseri. Tak payah pening-pening kepala."

"Tak boleh. Nurseri ikut office hour. Baby-sitter boleh jaga siang malam!" hambur Kasyah seraya melabuhkan punggungnya dekat dengan si kecil yang berada di dalam kereta tolak bayi.

Mendengar cadangan Kasyah, minda Danny mengakui kebenarannya.

"Idea yang bagus. So, macam mana aku nak cari baby-sitter tu? Kau ada kenal sesiapa yang sudi jadi pengasuh siang malam?"

Kasyah menggeleng namun dia punya idea untuk membantu membawa Danny keluar dari bala yang dicari oleh lelaki itu sendiri.

"Apa susahnya, iklankan dalam Internet, tawar gaji yang tinggi, pasti ada yang berminat. Lepas tu, kau boleh fokus pada perkara lain!"

"Perkara lain?"

"Yalah, perkara lain. Maksud aku, misi menjejak skandal kau satu per satu. Mesti salah seorang daripada mereka terlibat dalam konspirasi memalukan ni."

"Baiklah, aku setuju dengan cadangan kau! Bila kita boleh mula?"

"Aku rasa, lebih cepat lebih bagus! Budak ni perlukan penjagaan," balas Kasyah sambil membuat mimik muka yang pelbagai demi mengagah si kecil yang sudah pandai memberi respons.

"Okey, aku akan settlekan hal ni secepat mungkin! Kau nak ke mana lepas ni?" soal Danny pada Kasyah yang sedang sibuk melayan si kecil bernama Rara Dhiyani. Bayi perempuan yang tidak berbintikan mana-mana lelaki. Sah, si kecil ini merupakan anak tidak sah taraf hingga nama si bapa juga tidak layak dimasukkan ke dalam sijil kelahirannya. 

Pujaan Hati KandaRead this story for FREE!