CDD | 11

58.3K 2.4K 111
                                    

"SAH!" Sekali lafaz. Bacaan doa dimulai. Suasana di dalam masjid itu hanya bergema suara bacaan ayat-ayat suci. Ada yang tunduk melihat tadahan tangan. Ada yang pejam mata. Seketika Awina termenung. Sekarang baru selesai lafaz akad, belum nak sarung cincin lagi. Selagi itu dadanya berdebar. Otaknya teringat ada sesi cium dahi nanti.

Awina pejam mata. Tak nak... Malu!

Mata dicelik semula dan cuba bertenang. Dia pandang Haiqal dengan persalinan lengkap baju melayu cekak musang berwarna putih. Terlintas di fikiran kali pertama dia bertemu lelaki itu sewaktu di jalan sehala. Dari rupa pakcik pada yang sekarang. Sungguh dia terasa jantungnya berhenti sekejap bila lihat wajah Haiqal yang bersih.

Awina perasan yang Haiqal juga merenungnya dari jauh sana. Sempat lelaki itu kenyit.

Ish mamat ni! Tak malu ke kalau orang nampak? gerutu Awina.

Usai itu, Haiqal bangun dan pergi ke bahagian depan masjid untuk lakukan solat sunat selepas nikah.

Awina tukar posisi duduk bersimpuhnya dari kiri pergi ke kanan pula. Dia tidak cukup ayu untuk duduk begitu dalam masa yang lama. Belum lagi perlu senyum setiap masa sebab jurugambar nak tangkap gambar.

Tidak sampai lima belas minit, Haiqal sudah siap. Awina hanya perhati saja dari jauh. Lelaki itu sedang membetulkan rambutnya sambil berjalan ke tempat akad tadi.

Kacaknya. Laki siapa la ni... monolog hati Awina. Fangirling kejap.

Upacara pembatalan air sembahyang dimulai dengan penyerahan mas kahwin yang disimpan dalam bingkai kecil dan bersusun. Awina berdebar sejak Haiqal sudah di depan. Jadi gila detak jantung Awina sampai nak angkat tangan untuk sarung cincin pun tak ada daya. Puan Hasmah yang tolong dan Haiqal pula tampung dari bawah.

Awina segan nak pandang Haiqal. Tangannya terasa diusap oleh lelaki.

"Tenang," bisik Haiqal seraya ambil cincin dari tangan Datin Mariam. Dia sarung ke jari manis Awina. Tangan itu terasa sejuk dan menggeletar.

Mendengar bisikkan itu. Debarannya berkurang. Ada perasaan hangat menjalar dalam dadanya. Awina sembunyi senyum.

Selesai. Dia salam Haiqal dan terpaksa berlama atas permintaan jurugambar.

Majlis selesai. Awina lega. Tinggal nak bergambar saja sekejap lagi. Nasib baik tiada momen cium dahi bagai kerana permintaan Haiqal sendiri untuk jaga privasi.

Awina menoleh bila terasa tangannya dipegang. Haiqal sudah tegak di sebelah dan mencabut songkoknya.

"Jom,"

"Nak pergi mana?" tanya Awina.

"Ikut photographer tu. Dia jumpa tempat best nak ambil gambar dalam kawasan masjid ni." Haiqal mendahului langkah dan menarik Awina sekali.

"Kenapa awak tak nak cium dahi tadi?" soal Awina.

"Nak ke?" Haiqal mengacah untuk cium dahi Awina tapi wanita itu menjauh.

"Malu la!" Awina menampar lengan Haiqal.

"Tahu pun. Benda macam tu tak payah tunjuk kat umum. Antara awak dan saya je," jelas Haiqal

Awina mengangguk faham. Bila Haiqal pandang ke depan semula, Awina senyum simpul sambil melihat tangannya yang dalam genggaman Haiqal.

Argh!

***

MALAM ITU hanya majlis malam berinai. Kerja-kerja melayan tetamu yang datang makan adalah tugas kedua pihak keluarga termasuk Haiqal. Awina hanya terperuk di dalam bilik hotel untuk pakai inai ditemani oleh Yani dan Anis. Sambil teman itu, nak menyelit sekali pakai inai.

Cinta Dalam Diam [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now