P R O L O G U E

82.7K 3.5K 447
                                                  

Aku menatap pantulan diriku di cermin panjang yang terdapat pada walk-in-wardrobe aku.

Sekejap aku pusing ke kiri, sekejap aku pusing ke kanan. Sempat aku mengenyit mata beberapa kali pada biasan diriku. Terasa sangat cantik harini.

Cakap pasal hari ni. Tak lain tak bukan, hari pertama aku ke sekolah baru. Eh jap-jap jangan tekan button back lagi. Aku tahu korang dah baca berpuluh buku pasal protagonis yang masuk sekolah baru. Tapi cerita baru nak bermula. Sekejap eh? Tunggu dulu.

Anyway,

Aku mungkin agak ketinggalan kerana sudah hampir masuk bulan Febuari, namun perkara tersebut tidak dapat menghalang aku daripada terus rasa teruja. Mana taknya, sepanjang tingkatan empat, aku belajar di rumah. Home-schooling dengan guru peribadi yang dibayar mahal oleh Papa. Sumpah aku tak tahan dengan dia.

Mulut puaka satu. Salah sikit mulalah cakap aku ni tak belajar apalah, pemalaslah, lepastu bila dia bercakap asyik tersembur je. Penat jugalah aku cover buku aku daripada lencun kena air liur dia.

Eh

Astaghfirullahalazim. Termengumpat pulak.

Ter okay.

TER.

Aku menggeleng sendiri lalu mencapai beg galas hijau tua milikku dan menuruni tangga, menuju ke dapur.

Seperti hari-hari biasa, aku menyarungkan apron pada badan sebelum mula menyediakan sarapan pagi. Aku termangu seketika, memikirkan apa yang mahu dimasak hari ini. Asyik pancake, cereal, pancake, cereal, bosan juga.

Sejak arwah mama pergi tinggalkan aku pada tahun lepas, aku mula rajin memasak bagi menampung perut aku dan papa. Mama cantik orangnya. Aku mewarisi kulitnya yang mulus, cerah dan bebas dari sebarang jerawat.

Tak adalah bebas sangat. Timbul jugaklah dua tiga jerawat dekat pipi.

Mama meninggal disebabkan ketumbuhan di otak. Sekurang-kurangnya arwah mama meninggal dalam tidur dan aku dapat menemaninya hingga hembusan terakhir.

Kenapa tak amik maid?

Sebab papa tak suka ada orang asing dalam rumah. Cuma kalau hujung minggu tu akan ada maid yang datang untuk kemas dan bersihkan rumah. Jadi aku betul-betul tak dapat hadam kenapa papa beli rumah tiga tingkat sedangkan papa dan mama hanya dikurniakan anak tunggal.

Ya, akulah tu.

Aku mencampak bawang merah, bawang putih dan cili yang sudah dipotong ke dalam lesung batu. Dengan lafas basmallah, aku mula menumbuk-numbuk bahan tumis itu sehingga hancur. Aih payah betul bila blender rosak.

"Papaaa belilah blender baru cepaaat" Rungutku manja sebaik sahaja ternampak kelibat papa yang baru turun dari tangga.

"Dah tahu blender rosak sibuk nak masak nasi goreng. Dahlah hari ni hari first dekat sekolah baru. You will be late dear" Papa mengingatkan aku.

"Alah kalau orang tak masak nanti papa pergi breakfast kat McDonalds lagi. Tak eloklah pa asyik Mcd je" Aku mula kedengaran seperti guru kesihatan.

"Mushroom soup semalam ada lagi?" Pantas papa menukar topik.

Aku memeriksa mushroom soup yang aku hasilkan semalam. Yakin keadaanya masih elok, aku menghidupkan api untuk memanaskannya. Itulah papa. Walaupun aku dah sediakan nasi goreng, dia tak pernah nak makan. Bukan sebab aku masak tak sedap okay?

Sebenarnya sebab lidah papa tak biasa makan makanan Melayu. Orang besarlah katakan. Sikit-sikit pergi oversea. Papa pemilik sebuah syarikat besar. Tak, tak, syarikat papa tak ada berpuluh cawangan dekat Malaysia. Tapi cukup besar untuk kaut untung yang lumayan.

Nasi goreng aku akhirnya siap digoreng. Hm hambarnya ayat. Seperti keluarga bahagia di akhir muka surat sebuah novel, aku dan papa menikmati permulaan pagi dengan bertukar-tukar cerita sambil mulut penuh dengan makanan.

"Papa. Hani gerak dulu eh." Aku bangun dari kerusi sebaik sahaja mendapati jarum jam menunjukkan pukul 7.34 pagi. Lambat? Tak, sekolah aku mula pukul 8.00. Aku tahu sekolah korang 7.30 dah dikira lambat bukan? Tabah wahai kawan.

Aku mencium tangan kasar dan sejuk milik Papa sambil menerima nasihat pendeknya. Keluar dari rumah, aku menyarungkan kasut wedges setebal 4 inchi milikku kemudianmenghidupkan enjin kereta audi hitam kepunyaanku dan bertolak ke sekolah.

Apa? Salah ke budak sekolah menengah bawak kereta sendiri pergi sekolah? Sekolah baru aku tu semua student drive. Kalau tak pun, driver hantar. Kalau ada yang naik bas tu, memang rare habislah.

Lesen? Ha ye aku tak ada lesen. Belum lagi. Tapi dalam masa beberapa minggu lagi umur aku akan genap 17 tahun dan aku akan layak mengambil ujian memandu. Jadi aku cuma perlu berdoa tak ada polis tahan aku sehinggalah hari lahir aku tiba.

Sebelum aku lupa, aku Hani. Hani Binti Iskandar. Sweet seventeen. Dengan berat 45kg dan tinggi 156 cm, aku seorang yang baik dan comel.

Okay gurau gurau.

Apa apa pun ini adalah kisah hidup aku. Clichè bukan ayat? Tapi nak buat macam mana, ianya memang kisah hidup aku.

Silver High: HaniWhere stories live. Discover now