Isyraf Nazran hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Kedua belah tapak tangannya mula terasa seram sejuk kerana sebentar lagi dia akan menamatkan titlenya sebagai bujang terlajak laris. Degup jantung mula terasa semakin kuat debarannya seperti dipalu dengan cemeti. Dia sedang gemuruh tika ini.

Saat tangannya mula berjabat dengan tok kadi, segala jenis perasaan mula bercampur aduk. Selepas ini, dia akan ada satu tanggungjawab yang sungguh besar dalam memimpin sebuah keluarga. Walaupun keluarga yang belum lengkap tanpa anak, eh anak? Nampak benar tidak menyabar seorang Isyraf Nazran ini, namun dia perlu untuk menjadi contoh yang baik. Contoh ketua keluarga seperti Rasulullah yang menjadi pendoman pada generasi anak-anaknya pula.

Fai'za azamta fatawakkal'alallah .
Setelah kamu berazam maka bertawakallah .

"Isyraf Nazran bin Tan Sri Syamreez."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan puteri bongsuku Ilya Nasuha binti Muhammad Imran dengan mas khawinnya RM3000 tunai."

Tangan digoncang.

"Aku terima nikahnya Ilya Nasuha binti Muhammad Imran dengan mas kahwinnya RM3000 tunai." Dengan sekali lafaz dia bertutur. Dan setelah selesai sahaja akad nikah darinya, dia terasa seperti hendak berjoget lambak apabila semuanya berjalan dengan sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi, dia tidak gagap langsung sebentar tadi.

"Sah?"

"Sah!!"

"Alhamdulillah."

Air mata kegembiraan terus menitis jatuh ke pipi saat ayat keramat itu terucap indah oleh sang suami. Kini, dengan sekali lafaz Ilya Nasuha telah menjadi isteri kepada Isyraf Nazran. Cinta pertama dan terakhirnya itu.

Acara pembatalan wudhuk dilakukan dengan acara menyarung cincin pada pasangan pengantin perempuan. Saat cincin berlian itu tersarung ke jari manis Ilya Nasuha, pantas sahaja Isyraf Nazran merapatkan bibirnya ke telinga gadis itu sebelum berbisik lembut.

"Sayang nak tahu tak kenapa cincin dipakaikan kat jari manis ni? Sebab dekat jari manis ni ada satu urat yang terus menyambung ke jantung."

"Jadi jantung sayang akan berdegup kencang bila dengan abang, bukan? Jadi sayang lah milik abang selamanya." 

Ilya Nasuha tergamam tatkala mendengarkan hujah suaminya itu. Panggilan mereka berdua juga telah ditukarkan oleh lelaki itu dengan panggilan abang dan sayang. Wajahnya serta-merta berona merah namun hujah suaminya itu sebentar tadi sempat dibalasnya dengan senyuman manis sebelum dirinya tertunduk malu.

Tiba masa dimana dahi pengantin perempuan dikucup lama namun mahu ditarik kucupannya, makin ramai yang menyuruh supaya berlama. Silauan cahaya kamera tepat ke arah mereka berdua dan semakin membahang wajah keduanya ketika ada yang menyakat sesama sendiri.

Akhirnya cinta remaja mereka, berakhir dengan pernikahan jua.

"Congrats for both of you, Ilya and Isy! Isya doakan perkahwinan you guys kekal hingga akhir hayat." Ucap Risya Rinna pada kedua pasangan mempelai.

Senyuman hanya diberikan pada Isyraf Nazran, sepupunya itu sebelum dia berlalu pergi bagi menjamu selera. Akhirnya, tiada lagi adengan bagi merebut sepupunya itu. Perasaan suka pada sepupunya itu juga lenyap seperti lenyapnya zaman remaja mereka.

"Tahniah keping."

"Kahwin jugak akhirnya kau dengan Ilya."

"Kalau kau kahwin dengan orang lain, elok kau one by one dengan kitaorang semua ni! Kitaorang takkan restu dengan perkahwinan kau tu!"

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now