Satu tape lama yang bertulis "RAIN" menarik perhatian salah seorang ahli kpop group terkenal , Bangtan Boys.
Keputusan untuk membuatkan lagu itu sebagai comeback mereka bukan keputusan yang betul. mereka bahkan diancam kematian.
Pagi pagi lagi Jhope sudah mengejut member yang lain dari lena yang panjang . dia sebenarnya tak sabar nak tunjukkan lagu yang didengarinya semalam kepada mereka .
" bangun lah cepat! " Jhope menampar nampar punggung Suga namun mukanya pula yang ditampar selepas itu .
" Kookie ah, bangun . nah baju kau . aish tidur shirtless . tak sejuk ke hah? " Jhope membebel lalu mencampak sehelai baju ke arah Jungkook yang masih kelihatan mamai .
Seokjin, Rapmon, V dan Jimin sudah bangun dan sudah mula pergi membersihkan diri . Jungkook pun dah nampak sedar sikit dari mamainya . yang tinggal hanyalah Suga yang sememangnya susah nak bangun pagi .
walaupun Jhope kelihatan takut takut untuk menggerakkan lelaki itu , namun Jhope tiada pilihan lain melainkan terus menggoyangkan tubuh Suga .
" Suga hyung.. aish! " Jhope sudah nampak putus asa .
tiba tiba datang pula makhluk yang sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala . Jhope memandang lelaki itu dan dia dapat idea .
" Jimin ah, kau kejutkan Suga hyung. " arah Jhope. dia tak mau ditampar lagi .
Jimin hanya mengangguk dan mula mendekati Suga yang tidur terlentang .
" Hyung ~ "
Jimin baring di sebelah dan terus memeluk pinggang Suga dengan agak mesra . Mata Jhope berapi melihat adegan itu tambahan lagi apabila Suga membalas pelukan di bahu Jimin .
" Bangun !!"
Jhope mencapai teddybear pemberian fans kepada Suga yang besar lalu melibasnya di kaki Suga . dan akhirnya bangunlah makhluk liat itu .
" Letak balik teddybear tu atau semua baju kau, aku bakar malam ni . infires! "
Jhope terus meletakkan semula teddybear itu di tempat asalnya apabila Suga mengeluarkan amaran. tak pasal pasal .
" Guys, lekas. Manager hyung dah tunggu dalam kereta ."
terdengar suara Seokjin dari arah yang kurang pasti . Jhope memandang Suga yang masih atas katilnya memeluk kaki Jimin .
" Dah kenapa korang berdua ni? buang tebiat? cepatlah, hyung! manager dah tunggu tu! " Jhope menarik Suga dari katilnya dan menolak lelaki itu ke dalam bilik mandi . senang cerita .
" Tunggulah kau, kuda. " terdengar suara Suga dari dalam bilik mandi .
Jimin pun sudah mula bersiap atas arahan Jhope .
" Jhope hyung, nak pinjam cap boleh tak? "
Jhope memandang empunya suara. Muka V yang penuh pengharapan dipandang .
" Ha yelah, ambiklah mana kau suka. "
" Gomawo hyung. "
Jimin melangkah masuk ke dalam bilik Jungkook yang berkongsi bersama Rapmon . dilihatnya Jungkook sedang menyapu minyak rambut pada rambutnya.