Entri 2 - Bibir

47.2K 532 91


Entri 2

Tanpa menunggu lama, Ella tolak dada Aazad agar suaminya menjauhkan diri. Aazad yang telah menduga tindakan Ella itu pantas merentap kedua-dua tangan Ella. Ketawa halus bergema sama. Ella cuba menggagahi kekuatannya. Biar tidak terjejas pada pandangan mata Aazad.

"Lepaskan aku!"

Ella tarik tangan. Aazad pegang kejap. Dia geleng kepala dan tarik tangan Ella kuat. Memaksa tubuh Ella melekat di dadanya. Selaju mungkin, dia rangkul tubuh Ella di belakang. Tekan ke dadanya. Memercikkan nafsu yang memberahi pada sinaran mata Aazad. Jelas tertera dan Ella kecut tiba-tiba.

"Lepaskan aku, Aazad." Ella merendahkan suara. Kini lebih merayu.

Aazad tertawa nakal. "Dah takut? Mana serigala yang memekak tadi, ha? Mana keberanian kau tadi? Kau kata tak ada beza, kan?" Pipi Ella dicapai lidahnya, sebelum dijilat nakal.

Ella paling muka. Dia tetap memberontak dalam pelukan Aazad. Tapi, kudratnya tidak setanding Aazad. Semakin dia mennggelut, semakin kejap pelukan Aazad. Semakin tak tentu letak pula tangan Aazad mendarat di badannya.

Kain baju kurung itu nasiblah telah membungkus seluruh tubuhnya. Sehingga sukar untuk Aazad merayap tangan ke dalam kulitnya. Seperti kebiasaan suaminya itu. Akibatnya, muka dan lehernya jadi sasaran. Kucupan Aazad bertali arus. Ditepis kanan, ke kiri pula bibir suaminya mendarat. Dipaling ke kiri, leher Ella jadi sasaran.

"Aazad..." niatnya mahu merayu tapi nadanya kendur. Suara berbalut helaan nafas yang diserang nikmat seperti selalu.

"Sebut lagi..." bibir mengucup cuping telinga Ella.

Badan Ella menjadi lemah. Bukan kerana pergelutannya itu. Tetapi kerana aura nikmat yang menyusup ke dalam jiwanya dek sentuhan ghairah Aazad di leher, telinga dan pipinya. Akhirnya, Ella berpaut pada leher Aazad ketika dia rasakan tubuhnya mahu tumbang. Rasa nikmat yang membuai-buai jiwanya, tidak cukup lagi. Dia mahukan lebih dan lebih.

"Sebut sayang. Sebut namaku," pinta Aazad dengan nada merayu.

"Aazaddd," ulang Ella bersama helaan nafas yang sungguh indah pada pendengaran Aazad.

Aazad tiba-tiba menjarakkan wajah, menatap sepasang mata Ella yang terpejam erat. Pipi Ella dielus lembut. Ella buka mata. Bertembung dengan panahan mata Aazad yang sentiasa dahaga. Sinar mata itulah yang menjadi kebanggaan Ella. Sejak usia perkahwinan mereka yang sudah menghampiri titik penamat dua tahun, pandangan itulah yang membuatnya terus bertahan.

Bagai mengerti keinginan nafsu Aazad saat itu, Ella benamkan bibirnya di bibir Aazad. Lalu, merancaklah tarian bibir mereka. Lidah bertarung dengan lidah. Bibir bertemu dengan bibir. Air liur bercampur-gaul. Semuanya bersatu. Sedang nafsu pula kian membuak-buak. Tidak terbendung lagi.

Ella mengintai wajah Aazad dengan mata kuyu diamuk nikmatnya nafsu. Kilauan mata itu berbicara lagi. Aazad, seperti selalunya, sentiasa kalah dengan kucupan Ella. Sekali badan menggesel, benih-benih nafsu bercambah-cambah. Ini kan pula, setelah bibirnya dijamah rakus oleh isterinya itu. Satu yang paling digemarinya, Ella mungkin menantu paling sopan, keluarga paling bersantun, tapi Ella juga isteri yang buas di ranjang ketika bersamanya. Ya, tentu sahaja Aazad tak pernah tewas.

Seperti diharapkan,Ella lepaskan pautan bibir mereka. Masing-masing menghela nafas garang. Aazadsempat pula mengherot senyuman nakalnya seperti selalu, sebelum tunduk sedikit,mencapai hujung baju kurung Ella. Ella angkat tangan ke atas, dan sekerlipan sahaja,baju kurung melurut dari badan. 

******

Kita tunggu komen baru kita sambung ya. Harap2 korang suka.     

CINTA OH CINTARead this story for FREE!