Prolog

4.1K 112 3
                                    

" Hai... Kita nak kenal dengan awak boleh? " tegur Syed Iskandar Izzuan. Harina Park hanya memandang tanpa perasaan. Serik dan tahu sangat perangai Syed Iskandar Izzuan yang suka membulinya.

Dan kalau boleh, Harina Park tak nak tinggal di Malaysia. Dia mahu ke Korea bersama eomma nya.

Tanpa membalas apa-apa, Harina Park terus berlalu. Dia sendiri tak tahu kenapa Syed Iskandar Izzuan suka membulinya. Walaupun bukan dari segi fizikal, tapi dari segi mental! Banyak kali dia mahu tinggal di Korea bersama eommanya, tapi daddy tak benarkan. Kata daddy, eomma sibuk dengan kerja.

" Wah! Sombong cik 'taman' kita ni kan ? Cik 'taman', kitakan sekelas. Kenapa nak sombong ni? " kedengaran suara Syed Iskandar Izzuan lagi.

Langkah Harina Park terhenti. Dia menghadap Syed Iskandar Izzuan.

" Syed Iskandar Izzuan.. "

" Ya, saya. " jawab Syed Iskandar Izzuan main-main dan tersengih.

" Bila saya tak ada di Malaysia lagi, you'll be missing me damn much! And that time, don't bother to be my friend and don't disturb me. Mark my word, Syed Iskandar Izzuan!! " kata Harina Park dan terus pergi.

Fakrul hairan lagi pelik. Kenapalah Syed Iskandar Izzuan suka sangat nak usik Harina Park. Harina Park tu dahlah cantik, wajah Harina Park memang Korea terus dan langsung tak ikut wajah Tengku Hamid. Nama eomma Harina Park tak pernah mereka tahu siapa.

" Bro, kenapa kau suka sangat usik Miss Korea kita tu? Dia tu cun, tapi kau tak minat ke pada dia? " tanya Fakrul.

Syed Iskandar Izzuan ketawa kuat. " Buat apa aku nak suka dia ? Dia fikir dia tu mix Korea, banyak orang minatlah! Boleh blah! " Syed Iskandar Izzuan sengaja menguatkan suaranya supaya Harina Park yang duduk di meja paling hadapan dapat mendengar apa yang dia kata.

Harina Park hanya diam. Malas nak sibuk tentang kelas yang bising. Lagipun, semua cikgu tahu sikapnya bagaimana. Dan Harina Park tak pernah didenda atas sebab bising dalam kelas.

Mungkin sebab banyak guru yang suka pada Harina Park, ramai yang memusuhinya.

Biarlah! Asalkan mereka bahagia.

Saranghae-yo ( DISCONTINUED )Where stories live. Discover now