Dia mengambil sebuah kotak yang kemas berbalut yang diletakkan Syikin diatas mejanya. Digoncang-goncangnya kotak itu ditelinganya.

"Tak payah goncang. Saya dah letak padat dah. Saya tahu Encik Amran mesti nak goncang-goncang. Macam tak boleh terus buka." Kata Syikin.

Amran ketawa.

"Saya saja nak buat teka-teki. Kalau betul, double happiness. Kalau salah..." Kata Amran terputus disitu.

"Kalau salah, rasa kecewa tapi tetap berterima kasih. Bagi Encik Amran hadiah. Saya tahu apa Encik Amran nak cakap." Kata Syikin.

Dia ketawa lepas.

Amran hanya ketawa halus. Dia sudah membuka hadiah yang diberikan Syikin itu. Dia tahu, Syikin suka melihat pemberiannya dibuka dihadapannya. Syikin sendiri pernah katakana kepadanya. Katanya, dia suka tengok reaksi si penerima. Kalau tak memberangsangkan, lain kali dia tahu. Hadiah jenis begitu bukan untuk si penerima.

Syikin sabar menunggu bila Amran membuka satu persatu kertas pembalut hadiah. Dah sememangnya Amran cermat orangnya. Dia akan buka dengan berhati-hati. Sama seperti dokumen yang diberikan untuk ditandatangan. Walaupun berpuluh helai pun, dia akan baca satu persatu. Walaupun dia gesa untuk cepat pun, Amran tetap tak akan langgar prinsipnya yang satu itu.

'Dia mahu tahu semuanya. Detail.'

Bekerja dibawah Amran tak susah. Amran tak cerewet macam Faizal. Amran senang. Buat apa saja yang dia suruh. Jangan membantah tapi masih boleh berdiplomasi. Cara Amran memberi arahan juga sangat lain dengan Faizal. Faizal mengarah sedangkan Amran meminta. Sebab tu dia seboleh mungkin hendak bekerjasama semula dengan Amran bila dapat tahu Amran kembali semula ke sini.

Siap buat pakatan dengan Shila.

Mujur dapat. Kalau tidak, pasti dia akan iri hati dengan setiausaha baru Amran yang seronok bekerja dibawah Amran. Mana tak seronok. Amran tu sudahlah sejuk mata memandang, baik dan sopan. Buat salah pun, tak kena tengking. Dengan Faizal dulu, salah sikit saja, kena tengking.

"Apalah merepek sangat hadiah birthday yang awak bagi saya ni, Syikin." Amran ketawa sambil mengangkat kotak yang berisi botol susu bayi.

"Nak ingatkan bos. Awak tu dah makin meningkat setahun. Cepat-cepatlah dapat anak." Jawab Syikin.

Syikin senyum.

Sebenarnya dia teringin sangat nak beli botol susu itu tapi suaminya tak izinkan. Katanya, dia sudah beli 4 set botol susu untuk anak mereka yang bakal lahir nanti. Jadi, dia kata pada suaminya yang dia mahu beli dan hadiahkan pada Amran. Barulah suaminya izinkan.

"Apa pun, terima kasih, Syikin. Insya Allah, ada rezeki saya tu. Awak doakan saya dan Ain dikurniakan anak secepat mungkin." Kata Amran.

"Aamiin." Balas Syikin sambil menyapu mukanya dengan kedua tapak tangannya.

"Kejap. Kenapa esok awak tak ikut saya?" Tanya Amran.

Tiba-tiba teringat. Bukankah Syikin selalu akan ikut dia. Kenapa bagi hadiah hari ni dan tak esok. Hanya kerana dia tak masuk ke pejabat.

"Nanti kalau Ain mengandung, saya ni memang kena jadi organizer bergerak Encik Amran. Esok kan saya ada check up. Pagi. Lepas lunch baru saya masuk. Kan saya dah inform Encik Amran dari hari Isnin hari tu lagi." Kata Syikin.

Amran sengih menyedari kekhilafannya.

"Sebab itu saya perlukan setiausaha. Untuk selalu ingatkan saya." Balas Amran.

"Pandailah Encik Amran." Cebik Syikin.

Amran ketawa dan bersambutan dengan Syikin.

"Layan Encik Amran ni. Sampai kesudah tak balik. Saya nak balik ni. Encik Amran ada apa-apa pesanan tak sebelum saya balik?" Tanya Syikin.

"Ada." Amran angguk untuk pertanyaan Syikin itu.

"Apa dia?" Soal Syikin kembali.

"Jangan bagitau Ain esok birthday saya. Saya rasa dia lupa." Pesan Amran.

Syikin ketawa.

"Encik Amran mengarutlah tu. Ain yang kelola party esok atas arahan Tuan Hashim dan Tuan Firdaus. Dia dah jemput semua ke HQ esok, waktu makan tengahari. Esok meeting akan rest, time lunch. dan akan sambung balik lepas tu." Kata Syikin.

Amran senyum.

Walaupun dia tahu yang sebenarnya Ain tak tahu pun bila hari lahirnya, tapi dia bangga kerana Ain sudi untuk mengelolakan majlis hari lahirnya esok. Dia pasti, tentu saja Tuan Hashim dan Tuan Firdaus yang mengingatkannya.

'Ain. Mana mungkin dia tahu apa-apa berkenaan aku kalau bukan aku yang beritahunya.'


Ain NadiraRead this story for FREE!