"Kenapa tu?" Fiq bertanya. Nazrul sekadar mengangkat bahu.

"Tak payah layan sangat mak cik tu, kau bawak tak barang-barang untuk BBQ?" alih Danish dan membiarkan Qira yang sedang bercakap melalui telefon.

"Kau tak payah risau. Semua tu kami dah sediakan. Just nak minta tolong kau siapkan rempah untuk ayam," kata Nazmi tersengih menayangkan giginya yang putih bersih itu.

"Aku dah agak dah," balas Danish seraya mengeluh kecil. "Macam biasa, kita buat kat belakang," kata Danish lagi.

"Beres bos!"

DANISH menyerahkan rempah kepada Nazrul yang sedang membasuh ayam yang telah dipotong. Setelah itu, dia bergerak pula ke arah Mike yang sedang menghidupkan api.

Setelah selesai mencucuk berbagai jenis sosej dan ketam pada batang lidi. Qira kembali ke dapur dan mengambil kek coklat yang disimpannya di dalam peti. Kek itu dikeluarkan daripada peti dipotong nipis sebelum diletakkan ke atas sebuah pinggan. Dia membawa kek itu ke belakang rumah di mana mereka berkumpul. Dia kembali melabuhkan punggung di atas kerusi yang ada di situ. Mujurlah kawasan rumah itu agak besar. Sebuah pondok besar yang dibina di laman itu membolehkan mereka berBBQ di kawasan yang teduh dan damai.

Qira mula menikmati kek coklat kegemarannya itu. Dia turut mempelawa Nazrul yang sedang merendam daging dalam rempah yang telah disediakan. Nazrul mencapai sepotong kek sebelum kembali menyambung kerjanya.

"Kau ni tahu makan saja tahu," Danish menyindir Qira. Qira menjuihkan bibir.

"Biarkan saja dia makan, kami boleh handle semua ni, lagipun orang perempuan tak suka ada orang kacau dia makan, sensitif," kata Nazrul berseloroh. Qira mengerling pada Nazrul. Nazrul pantas mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda surrender.

"Hmm patutlah badan pun makin gemuk," balas Danish lagi sengaja menyindirnya.

"Suka hatilah. Tak ada kena mengena dengan awak,"Qira membidas. Dia menjelirkan lidah pada Danish.

Dia mencapai sepotong lagi kek. Serentak itu, Danish merampas pinggan yang masih berisi kek coklat itu.

"Danish Arshad! Saya tak habis makan lagi," ujar Qira separuh menjerit. Dia segera menghabiskan kek yang berada di tangannya.
Dengan selamba, Danish melarikan diri ke dapur bersama kek yang dirampas daripada Qira.

"Hei, Danish," jerit Qira lagi. Dia mendengus geram. Dia turut melangkah masuk ke dapur dengan perasaan marah. Dia perlu merebut kembali makanannya.

"Kenapa tu?," soal Fiq yang sedikit terkejut mendengar Qira menjerit marah.

"Biasalah si Danish tu, kalau tak buat Qira marah memang tak sah," jawab Nazrul.

Fiq sekadar mampu menggeleng lemah. Selalu saja bertengkar. Walaupun begitu, Fiq tetap salute dengan Qira yang mampu bertahan dengan sikap Danish itu. Pernah juga Qira membidas kata-kata Danish sehinggakan kawannya itu kehilangan kata-kata untuk membalas. Bukan senang nak tengok wajah Danish yang stress melayan kerenah seseorang.

"Sorry, aku lambat," sapa Azmi yang baru sampai bersama seorang gadis. Nazmi dan Mike berpaling kemudian mereka tersenyum melihat Azmi datang bersama seorang perempuan.

"Siapa tu?," Mike bertanya. Bibirnya dijuihkan pada perempuan itu.

"Oh, ini..."

"Fina!!" Belum sempat Azmi memperkenalkan suara Qira terlebih dahulu menyapa Fina. Mereka berdua berpelukan seketika. Qira menggamit Fina duduk bersamanya.

"Kawan Qira," sambung Azmi lagi.

"Aku ingatkan girlfriend kau," celah Nazrul pula.

"Tak adalah,"

"Thanks Azmi sebab jemput kawan saya," ujar Qira kepada Azmi.

"Small matter," Azmi mengenyitkan matanya.

SUASANA banglo besar itu meriah dengan gelak ketawa mereka yang terdiri daripada bekas pasukan Knight. Ini kali pertama Qira melihat Danish bergaul mesra dengan oranh lain. Walaupun jarang tersenyum dan ketawa, tetapi qira dapat rasakan keakraban mereka semua. Menurut Mike, Danish, Azmi dan Nazrul adalah orang yang paling rapat.

Dari satu topik hinggalah ke topik rumahtangga timbul. Di antara mereka semua Danish orang pertama yang mendirikan rumah tangga. Bila diajukan soalan bila nak kahwin, berbagai jawapan diutarakan.

"Saya bukan tak nak kahwin, cuma masih belum puas nak menikmati keseronokan hidup membujang ni," kata Fiq

"Saya serahkan semua pada my mom and my dad," jawab Mike pula.
Maknanya Mike tak kisahlah sekiranya perkahwinannya diatur.

"Tunggu masa tu sampai," itu pula jawapan Azmi.

Itulah antara jawapan yang diterima. Namun, mereka sengaja pula mengenakan Danish dan Qira yang sudah pun berkahwin. Semuanya bermula daripada Nazrul.

"Kau berdua bila pulak nak bertiga?"  Nazrul bertanya kepada Danish. Qira membulatkan matanya. Bagus punya Nazrul.

"Bertiga apa?," soal Danish kembali yang masih belum menangkap makna kata-kata Nazrul. Jelas Danish tak berpura-pura apabila wajahnya berkerut seribu.

"Nazrul , Danish mana reti bahasa kiasan," balas Nazmi pula. Dia menggeleng lemah. Apalah masalah kawan dia yang seorang ni.

"Maksud Nazrul bertiga tu..." Qira pantas menutup mulut Fina yang ingin bersuara. Qira memberi isyarat mata pada Fina supaya tidak meneruskan kata-katanya. Segan untuk  bercakap tentang topik tersebut.

Qira melepaskan Fina dan tersengih memandang mereka semua. Serentak itu, mereka berenam pecah ketawa dengan reaksi Qira yang kelam kabut itu. Hanya Danish seorang sahaja yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Danish menyembunyikan perasaan malunya dalam hati. Sebenarnya dia faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Nazrul tadi cuma dia tidak tahu untuk memberikan reaksi yang sepatutnya. Namun, dalam diam dia mengukir senyuman melihat Qira yang gelabah apabila isu itu dibangkitkan.

"Wei Qira bila kau nak bagitahu Kak Aina siapa suami kau yang sebenarnya? Dia asyik duk tanya aku macam mana suami kau tu, padahal dia memang dah kenal pun si Danish tu," kata Fina apabila mereka bersendirian di dapur mengemaskan apa yang patut.

"Bila tiba masanya nanti aku bagitahulah dekat dia, surprise sikit," jawab Qira. Keningnya dijongketkan berkali-kali.

"Mengadalah kau ni,"

Qira tersengih. Buat masa sekarang dia masih belum bersedia lagi nak bagitahu pada Kak Aina bahawa Danish Arshad adalah suaminya. Tunggu masa yang sesuai.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now