Bab 8

6.1K 210 3


Suara ateh dan adik mengejutkan ku kerana mereka mahu ke sekolah. Apabila ternampak aku dan Muiz tertidur di depan tv, mula lah nak menyakat. Perangai tak ubah macam Farhana. 2 kali 5 je perangai.

"Mama!!!! Tengok angah dengan kak ngah ni!!! Diaorang tidur depan tv" jerit adik.

Mereka memanggilku kak ngah kerana aku anak kedua dan adikku, Farhana juga memanggilku kak ngah. Aku dan Muiz terjaga apabila terdengar adik menjerit mengadu pada mak lang.

"Biarlah diaorang adik. Diaorang penat tu"
"Mama mana aci! Kitaorang tak boleh pula"
"Korang sekolah!" marah mak lang.

Aku dan Muiz yang sedari tadi hanya memerhati kini hanya tergelak melihat mereka di marahi mak lang.

"Ah ingat kelakar lah tu" marah adik apabila melihat kami ketawa.

"Hahahaha padan muka" balas Muiz.

Mereka menjeling Muiz dan terus ke meja makan untuk bersarapan.

"Angah, Nadhya dah pergi mandi. Kejap lagi nak kerja kan. Haa Nadhya, mak lang dah gosok baju dengan tudung untuk Nadhya" kata mak lang selepas menyediakan sarapan.

"Eh mak lang ni susah susah je tau. Nadhya boleh gosok sendiri mak lang. Anyway, thanks mak lang" balas ku yang sedikit terkejut apabila mak lang sanggup gosokkan baju dan tudungku.

"Nadhya je ma?" celah Muiz yang sedari tadi hanya mendiamkan diri memerhati aku dan mak lang.

"Kamu gosok sendiri" balas mak lang selamba lalu meninggalkan kami di ruang tamu.

"Eee mana aci maaaaa" kata Muiz dengan gaya yang konon nya sedang merajuk.

"Padan muka you hahaha" kataku lalu melarikan diri ke dalam bilik untuk bersiap.

×××××××××××××××××××××××××××××××

"Haa dah siap pun. Cantik juga baju mak lang ni. Tapi kenapa nampak baru lagi ni? Takkan baru beli then bagi aku pula? Baju ni nampak sangat bukan size mak lang takkan lah baju lama dia kot. Gaya pun nampak up to date. Nanti lah aku tanya mak lang" kataku seorang diri di dalam bilik.

Ketika hendak menuruni tangga, aku terserempak dengan Muiz lalu dia memandang ku atas bawah atas bawah.

"You ni dah kenapa pandang i macam tu?" kataku sambil memandang pakaian yang aku pakai.

"Cantik."
"Baju mama you juga"
"No, I mean its you. Beautiful"
"Trying to make me laugh huh?"
"I'm not. You are getting prettier since you left Malaysia."
"Heh okay thanks. Jom lah turun lama pula mak lang tunggu kat bawah nanti" kataku lalu menarik tangannya untuk menuruni tangga.

Wahhh tak pernah Muiz gini kataku dengan bangga di dalam hati. Bukan apa. Muiz tu sukar nak di ramal apa yang dia fikir. Haih tak apa lah dia dah puji tu okay lah tu.

Sepupuku SuamikuRead this story for FREE!