CDD | 1

138K 3.4K 64
                                    

Awina asyik menukar siaran sedari tadi. Hujung minggu begini langsung tiada siaran yang menarik. Dia menukar siaran lagi.

"Hoi! Macam nak terbelah remote TV tu aku tengok!" sergah Syafina. Lucu melihat gelagat kawannya, Wina atau Nur Awina Aleeya

"Bosanlah!" jerit Awina.

"Kan best kalau rumah ni ada kawan-kawan kita." sambungnya lagi. Muncung sedikit mulutnya.

Hanya dia dan Syafina saja yang duduk di rumah sewa itu. Sebelum ini, ada tiga orang kakak senior yang menetap di rumah itu juga tapi mereka sudah keluar sebulan yang lalu kerana telah tamat belajar.

"Wina!" jerit Fina hampir meluruhkan jantung Awina.

"Apa kau! Sukalah main sergah-sergah." marah Awina.

"Aku ada benda nak bagitahu kau,"

"Kalau ye pun jangan macam tu. Terkejut aku. Apa dia?" balas Awina.

Baru sahaja Fina mahu membuka mulut, pintu rumah mereka kedengaran diketuk.

"Assalamualaikum..." salam diberi serentak dari arah luar rumah.

"Baru nak cakap dah sampai.." Fina tersenyum. Awina pelik.

Fina bangun untuk membuka pintu. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Tiba-tiba tangan Fina ditarik dan membuatkan dia hampir saja terjatuh.

"Weh, kau nak pergi mana?" soal Awina.

"Buka pintulah.."

Fina membuka langkah semula namun tangannya ditarik lagi oleh Awina. Pintu masih lagi diketuk.

"Kau gila ke apa? Kalau tu perompak ke perogol ke? Macam mana?" Awina serkap jarang.

"Wina! Mana ada perompak bagi salam. Lagipun suara perempuankan?" Fina cuba meyakinkan rakannya. Dia melangkah ke pintu. Sebaik pintu dibuka, semua menjerit.

"Wina!" nama Wina dipanggil serentak.

Awina seakan kenal dengan suara itu lantas dia menoleh.

"Oh my God!" Wina menjerit.

Mereka juga turut menjerit. Wina bangun dari sofa dan berlari ke arah mereka kemudian saling berpelukkan.

"Kenapa tak cakap nak datang sini?" soal Wina.

"Saja kitaorang nak bagi suprise dekat kau. Inilah benda yang aku nak bagitahu kau tadi." balas Fina.

Fina dan Wina menjemput mereka semua masuk dan duduk di sofa. Beg bagasi masing-masing dibiarkan di tepi pintu.

"Satu lagi suprise, kitaorang akan study dekat sini. Sama dengan korang," ujar Ikha seraya dengan senyuman dan suara comelnya.

"Seriously? Woww.. bestnya!" Wina bertepuk tangan. Terasa seperti mimpi pula bila kawan-kawan satu sekolah menengah dulu akan bersama-sama sambung pengajian di tempat yang sama.

Tak sedar hampir setengah jam mereka berborak melepaskan rindu dengan cerita-cerita yang seronok didengar. Habis itu, Wina menunjukkan bilik mereka.

Senyuman masih lagi lebar. Tak adalah lepas ini dia bosan sangat lepas ini. Asyik tengok muka Fina hari-hari boleh muak. Tapi tak adalah sampai macam tu sekali, tak kesah sesiapa pun duduk berdua dengannya asalkan kepala sama-sama masuk air. Tapi kalau lagi ramai, kan lebih meriah. Ye dok?

***


Haiqal memandu kereta Mercedes Benz dengan tenang. Matanya fokus pada jalan raya. Telefon berdering dan Haiqal segera menyumbat earpod pada sebelah telinganya.

[C] Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now