Sayang Papa Saya, Tak? 20

Start from the beginning

Raisya menjeling marah.

"Dah, tak payahlah nak tolong carikan idea untuk aku. Kau cari idea macam-mana nak jadi budak pandai je. Menyibuk je,"

Fathiya mencemik sambil jemarinya laju menggerakkan tetikus. Mencari tanda pangkah di sudut kanan komputer riba. Kemudian dia turut bangkit. Bersila di sebelah Raisya.

"Apa kau rasa sekarang?,"soalnya tiba-tiba. Hilang tawanya. Kini matanya diam di wajah Raisya. Dia benar-benar mahu tahu perasaan Raisya. Gembirakah temannya itu? Atau tertekan? Atau mungkin sedih?

Raisya mengangkat kening. Tidak dapat menangkap maksud soalan itu.

"Sejak dah kahwin ni lah. Kalau rasa macam ada masalah, kau jangan pula diam aje. Share lah dengan aku,"

Raisya menggeleng.

"Tak ada. Setakat ni aku rasa macam boleh lalui semua ni. Farish tu...memanglah agak ketat sikit muka dia. Tapi, setakat ni tak adalah kejam sangat dengan aku. Aku happy. Aku boleh buat apa aku suka. Dia tak larang aku buat benda yang aku suka buat,"

"Apa benda yang kau suka buat?,"

Raisya tersengih.

"Apa?,"

"Jaga Qalishlah. Sambil-sambil tu belajar masak. Cari resepi, tengok video memasak kat internet. Lepas tu habiskan duit dia buat beli bahan-bahan untuk aku bereksperimen,"

Fathiya kerutkan kening.

"Jiwa isteri era sebelum merdeka betul kau ni, Sya,"

"Kau!,"

Fathiya tergelak.

"Tapi kan... apa kata kau buka akaun Facebook. Boleh kita berhubung kat situ je. Sekarang ni semua orang ada Facebook tau. Aku tolong buatkan. Nak?,"

"Eh, mana boleh,"

Fathiya bercekak pinggang.

"Dah kenapa pula? Kata suami bagi buat apa saja,"

"Betullah tu. Tapi, sebagai isteri yang baik lagi solehah wannabe... aku kenalah minta izin dengan suami aku dulu. Betul tak?,"

Fathiya mencemik.

"Cepatlah pergi minta izin,"

"Sekarang ke?,"

"Yalah. Sekaranglah. Sementara aku ada ni. Kalau tunggu kau buat, aku rasa memang taklah. Kau bukannya rajin nak buat email segala ni. Cepat. Aku tengah rajin sangat ni,"

"Malaslah. Dah malam ni. Tak nak kacau dialah,"

"Baru sembilan setengah. Tengah malam apa pula. Pergilah...,"

Raisya keraskan badan. Melihat Raisya yang tidak berganjak, Fathiya menolak tubuh itu.

"Tak mahulah. Esok-esoklah cakap,"

"Alah... pergi ajelah.

Raisya mengeluh lemah. Permintaan Fathiya bukan boleh dia buat tidak dengar. Cukup lama mengenali Fathiya, dia tahu dia mungkin tidak dapat tidur malam ini andai arahan itu diingkari.

"Yalah...yalah... Malas betullah aku nak keluar,"

"Rajinkan diri tu,"

Tanpa membalas kata-kata Fathiya, dia merangkak lemah turun dari katil.

"Tengokkan Qalish ya,"

Fathiya mengangguk.

Dengan malas dia melangkah keluar dari bilik. Melangkah santai sambil mata melilau mencari kelibat Farish. Kebelakangan ini lelaki itu sukar dijangka. Kalau dulu memang Farish sentiasa berkurung di bilik. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, lelaki itu mula pandai seimbangkan masa untuk berkurung dan menayangkan muka ketatnya di ruang tamu. Farish tiada di ruang tamu. Mungkin sudah masuk ke bilik. Pandangannya dibawa ke meja santai tempat Farish sentiasa menghabiskan masa untuk membaca. Meja berlaci yang menjadi tempat dia simpan duitnya. Sejak Farish menggunakan taktik kotor untuk cuba kitar semula duit yang diberi kepadanya, laci itu tidak lagi menjadi tempat simpanan duitnya.

Ada sebuah buku yang diletakkan terlangkup dengan muka surat masih terbuka. Kalau begitu letak duduknya, bermakna pasti Farish tidak benar-benar meninggalkan meja itu.

"Belum masuk bilik lagi tu...,"bisiknya perlahan.

"Kenapa? Nak try dengan baju spongebob sampai lutut kamu ni pulak ke?,"

Raisya tersentak. Spontan berpaling. Farish tercegat di belakangnya bersama mug di tangan. Ada aroma Nescafe.

"Try apa pulak?,"

Farish mengangkat kening. Tidak menjawab tetapi melalui wajah Farish, dia yakin, isu yang membawa kepada insiden cekik leher tetap Farish cuba timbulkan semula. Farish berlalu terus tanpa ada niat untuk menjawab. Mug diletakkan ke meja dan dia kembali melabuhkan punggung ke kerusi jati untuk menyambung bacaannya yang terhenti.

Raisya mengerutkan kening sambil melangkah mengekori langkah suaminya.

Baru sahaja mahu membuka buku yang ditinggalkan tadi, Farish terganggu dengan kewujudan Raisya di hadapannya.

"Kenapa?,"

Raisya tersenyum.

"Saya nak buka akaun Facebook. Boleh kan?,"

Farish terkebil-kebil. Memandang wajah Raisya tanpa jawapan.

"Boleh ke tidak?,"

"Kenapa tanya saya?,"

Raisya mengeluh perlahan.

"Dah nama pun isteri. Nak buat apa-apa kenalah minta izin suami. Isteri solehah kan?,"

Farish menjeling sinis.

"Siapa ajar kamu, isteri solehah boleh cekik suami sampai nak mati?,"

Raisya tersengih.

"Kan dah minta maaf. Siap bagi diskaun lagi kan? Tolak lima puluh ringgit hari tu,"

Farish membuka buku. Mula menyambung bacaan yang terhenti.

"Boleh ke tidak ni?,"

"Suka hati,"

Raisya tersenyum lebar.

"Okay. Terima kasih. Pagi esok, nasi goreng cina atas meja. Untuk sarapan. Okay?"

"Nak masak, sebab rasa tanggungjawab bukan sebab nak rasuah,"

"Tanda terima kasih, sayang,"tingkahnya laju selaju langkahnya meninggalkan Farish yang ternganga seketika.

Kelibat Raisya hilang dari pandangannya. Namun, tanpa sedar ada senyum nipis terukir di bibirnya. Tingkah Raisya yang tidak matang, kadang-kadang mengundang rasa lucu. Perlahan dia menggeleng. Diam seketika sebelum kembali tunduk menghadap buku di tangan. Belum habis satu muka surat dibaca, perlahan dia mencapai mug di meja. Meneguk Nescafe agar hilang rasa mengantuknya. Mug diletak semula ke meja. Mahu kembali fokus pada bacaan, fikirannya mula terganggu dek wajah Raisya. Semakin hari rasanya semakin kurang rasa sebalnya pada gadis itu. Sedikit sebanyak, ragam gadis itu tetap mencuit hati. Tolak perangai mata duitan yang tidak bertempat, rasanya gadis itu tidak banyak masalah. Tetapi, itu tidak bermakna dia sudah mampu melupakan Kasih.



Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!