#20: Kedai Nasi Kangkang

Start from the beginning
                                    

"Strategi untuk tarik pelanggan. Bagus!" komen Hayun.

Kami pun masuk ke dalam kedai makan yang silap eja nama kedai itu dan memesan makanan. Seperti nama kedainya, menu istimewanya sudah tentulah makanan berasaskan kangkung. Aku memesan kangkung goreng tepung dan nasi goreng biasa serta air teh.

Kedai itu dekat saja dengan markas, jadi kami boleh makan, sambil-sambil itu kami boleh mengushar markas kami. Nampaknya, pintu depan markas telah diletakkan tali perintang berwarna kuning yang diperbuat daripada kain. Jadi, sesiapapun tidak boleh masuk ke dalam kecuali atas arahan istana.

Sambil menggaul kerabu sayur di dalam mangkuknya, Kayu bersuara, "Macamana dengan misi kita nak hapuskan lanun tu?"

Setakat yang kami dapat, hanyalah bukti kukuh yang berkaitan di antara Sultan dengan pihak Abyss atas kewujudan makhluk polong yang kami jumpa semalam, selain daripada keadaan Sultan dan Bendahara yang berlainan daripada perwatakan asal mereka. Tentang Lanun Majapahit pula, aku tidak tahu apa yang berlaku memandangkan Hadi M. Sulaiman sudah katakan yang dia meletakkan tugasan itu kepada geng mafia yang lain.

"Kau tak risau ke kat geng yang tolong kita tu?" tambah Kayu.

"Kita tak tahu apa yang jadi kat diorang lagi." Badrol menyuapkan seketul bebola daging ke dalam mulutnya.

Hayun menghabiskan kunyahannya sebelum bersuara, "Kita buat apa yang kita boleh buat jela."

"Betul! Lagipun, haritu kau tak jual apa-apa roh kat Lazarus, kan?" Melati bertanya, kemudian dia merenung tepat ke wajah Hayun, atau lebih tepat sekali, ke dalam mata Hayun. "Kan?!" Dia menekankan suaranya. Seperti menggertak Hayun.

"Kau ni paranoid sangat la." Dia meneguk minumannya. "Takde masa aku nak terima syarat macam tu."

"Kalau macam tu, okey la. Kita cakap haritu nak kasi setel lanun tu je, kan." Aku menyambung makanku.

Kalau diikutkan, memang kami tak bersetuju untuk menjual roh kami kepada Lazarus tempohari. Tapi tempoh masa untuk kami selesaikan misi Lazarus itu semakin suntuk. Aku pun dah lupa tinggal berapa minggu untuk kami tumpaskan Lanun Majapahit. Aku harap sempatlah kami berbuat demikian memandangkan aku tak percaya pada Lazarus itu. Aku yakin, mereka juga tidak percaya pada setan itu.

Dalam senyap kami menjamu selera, Melati berbisik, "Aku terdengar orang kat belakang aku ni cakap yang orang markas semua kena angkut ke istana."

"Habis tu, macamana ni?" Kayu kalut.

"Kita jumpa Latif nak?" cadang Badrol.

"Buat apa?"

"Mana tau dia ada info pasal hal ni."

Kami bersetuju dan terus menghabiskan makanan kami sebelum bergerak untuk mencari Latif di tempat yang kami selalu berjanji untuk berjumpa sebelum ini. Harap dia ada di sekitar.

*    *    *

Hampir setengah jam kami berada di belakang lorong ini. Aku dah mula bosan menunggu. Aku mula mengutip batu-batu kecil dan melambung-lambung batu itu ke udara dan jatuh semula ke tanganku. Mumu yang membelitku nampaknya selesa bergayut di tubuhku. Mungkin aku dah mula suka akan kehadiran ular ini. Biarlah dia.

"Wei~ korang rindu aku ke~" usik Latif yang sedang duduk di atas bumbung salah sebuah bangunan setingkat. Kemudian, dia berdiri dan melompat turun satu persatu melalui kotak-kotak yang tersusun di situ dan mendarat di hadapan kami.

Hayun mengelus rambut depan Latif yang serabai. "Perasan lebih la kau ni."

Latif tertawa kecil.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now