Bab 25

8.9K 394 11

Elina berjalan sendirian di komplek membeli-belah. Dia ingin membeli beberapa helai pakaian yang baru. Biasalah, gaji baru masuk dan nafsu perempuannya menginginkan dia berada disini untuk menghabiskan duit.

Bukannya beli banyak barang pun. Cuma sepasang kasut air max Adidas, pakaian dalam di Victoria Secret , minyak wangi dan set penjagaan kulit di Elianto, beg tangan Bonita dan barang keperluan harian wanitanya di Watson. Alah, tak sampai seribu pun.

Memanglah tak sampai seribu, tapi dalam RM 600 juga habisnya dalam sehari. Elina tersenyum kerang busuk. Beg-beg kertas dijinjingnya masuk ke sebuah restoran. Dah belajan sakan, perut pun nak makan.

Dia menulis pesanannya di dalam kertas pesanan kemudian mengangkat tangan. Seorang pelayan lelaki datang menghampirinya. "Cik dah buat pesan...."

Elina tergamam. Dia berdiri dan mengamati wajah didepannya itu betul-betul. Ya, memang dia tidak silap lagi. Airmatanya mula merembes keluar. "Abang Ekhmal..."

"Elina..." ucap lelaki itu.

Syahrul menghubungi isterinya. Sudah pukul 9 malam tetapi batang hidungnya masih belum kelihatan. Risau dan berang bercampur-baur dalam hati. Risau akan keselamatan isterinya dan berang dengan sikap Elina yang tidak memberitahunya kemana gadis itu pergi.

"Damn! Tak reti nak angkat talifon ke apa?"

Elina merenung wajah abangnya yang dirindui selama 4 tahun itu. Banyak yang berubah pada wajah lelaki itu. Kulit Ekhmal yang dulunya cerah sudah kelihatan sedikit gelap. Tetapi tetap manis. Persis ayah. Desis Elina.

"Lina, lebih baik Lina balik aje. Abang masih perlu ke tempat lain ni. Abang sekarang tiada apa-apa. Abang tiada harta, tiada isteri, tiada keluarga." Ekhmal menggosok-gosok kepala adiknya.

"Abang halau Lina ke? Dulu pun abang halau Lina. Sekarang abang nak halau Lina lagi?" Elina menangis. Ekhmal menaikkan dagu adiknya. Dia menatap wajah Elina.

"Abang bukan nak halau Lina, abang nak pergi kerja ni. Kawan abang dari hotel talifon kata pihak banquet perlukan part-timer malam ini. Katanya ada event dan kaki tangan pekerja tak cukup untuk serve tetamu-tetamu yang hadir. Abang kena cari duit untuk tanggung hidup abang. Ini balasan abang, sebab buang adik dan jual tanah peninggalan ayah semata-mata mengejar cinta dunia. Abang terlupa akan amanah yang ayah serahkan pada abang hanya kerana cinta."

Terhinjut-hinjut bahu Elina menangis. Wajah abangnya diusap. "Abang, kenapa abang tak cari Lina? Puas Lina cari abang."

"Abang malu pada Lina. Abang sebenarnya dah lama jumpa Lina dan abang tahu segala-gala perkembangan tentang Lina. Cuma abang sembunyikan diri dari pengetahuan Lina. Abang tak nak Lina nampak abang dalam keadaan macam ni. Tapi, aturan Allah itu siapa kita boleh menghalangnya. Lina, pergilah balik. Dah pukul 9 ni. Nanti suami Lina kata apa pula." Syahrul menggenggam tangan adiknya.

"Lina dah kahwin kan? Abang tahu. Mesti hidup Lina bahagia, kan? Pulanglah pada suami Lina." Pujuk Ekhmal apabila Elina berdegil mahu tinggal bersamanya di rumah flat kos rendah miliknya.

"Tapi janji abang tak akan tinggalkan Lina lagi?"

"Ye, abang janji. Mari, abang hantarkan Lina."

Elina menekan kata kunci keselamatan pada pintu rumah suaminya. Dia tiada kad akses jadi dia terpaksa menekan kata kunci setiap kali ingin memasuki rumah suaminya. Leceh betul rumah orang kaya ni. Sempat Elina mengomel.

Ruang tamu sudah gelap. Mesti Syahrul sudah tidur. Fikir Elina. Dia meletakkan barang-barangan yang dibelinya di sofa. Elina menekan suis lampu kemudian dia berpaling ke belakang. Tubuhnya terloncat ke belakang kerana terkejut.

"Hishh... awak ni buat saya terkejut aje." Elina mengurut dadanya. Hampir terloncat keluar jantungnya itu.

Syahrul merenung tajam anak mata isterinya. Renungannya menikam tajam hingga ke hati Elina. Haishh, kenapa dengan Syahrul ni?

"Awak ni kenapa?"

"Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya aku yang tanya kau kenapa kau balik lewat? Kau sedar tak dah pukul berapa sekarang? Pukul 10 malam tahu!" Jerkah Syahrul. Dia menghampiri Elina. Wajahnya didekatkan ke tubuh isteriya.

Terhinjut bahu Elina mendengar jerkahan suaminya. Dia menapak ke belakang. "Sa..saya jum..jum..."

"Bau lelaki. Kau jumpa jantan mana ni sampai bau dia melekat dekat kau? Kau ada affair ke kat belakang aku? Siapa jantan jahanam tu?" Ujar Syahrul meninggi.

Dia menolak tubuh Elina ke dinding. Kedua tapak tangannya dilekapkan kedinding dan tubuh Elina sudah terkepung ditengah-tengah pelukan Syahrul.

Elina memalingkan wajahnya ke tepi apabila debgusan nafas suaminya mengenai rapat di pipinya. "Sa...saya jum..jumpa...."

"Jumpa siapa? Tergamakkan kau curang belakang aku? Seronoklah weekend kau merayau dengan jantan lain sampai tak boleh nak angkat calls aku. Apa yang jantan tu buat kat kau? Peluk kau? Belai kau? Cumbu kau? Hei perempuan, kau dengar sini. Aku bukan lelaki dayus tahu! Kalau kau nakkan belaian, kau boleh minta dekat aku, bukan dekat jantan lain. Kau jangan cabar ego aku lebih-lebih Elina."

Elina menggeleng. Pedih hatinya mendengarkan tuduhan melulu suaminya itu. Air matanya tak henti-henti mengalir. Ya, salah dia kerana tak angkat panggilan suaminya. Tetapi waktu itu bateri talifonnya sudah habis. Jadi, manalah dia tahu Syahrul menalifon. Dia terlalu teruja sangat berjumpa dengan abangnya.

"Kenapa kau diam? Betulkan apa telahan aku? Kau dah terdesak sangat kan sampai melayan jantan lain? Sini aku bagi kau speacial treatment." Sebelah tangan Syahrul memegang wajah Elina. Dia mencubui rakus bibir milik isterinya. Elina memukul-mukul dada suaminya.

"Kenapa? Kenapa tak balas? Kau nak sangat kan sampai melayan jantan lain." Ucap Syahrul dengan suara yang masih meninggi.

"Ya! Memang saya jumpa jantan. Saya peluk dia. Saya cium pipi dia. Saya cakap pada dia yang saya rindukan dia.  Kenapa? Salah ke? Salah ke saya buat begitu pada abang kandung saya sendiri yang saya cari selama 4 tahun ni? Salah ke?" Jawab Elina kasar dengan suara yang sama naik. Dengan kudrat yang ada, dia menolak tubuh suaminya ke tepi lalu berlari menuju ke biliknya.

Dia mengunci pintu dan bersandar di belakang pintu. Bibirnya dikesat kasar. Kemudian dia memeluk lututnya dan menyembamkan wajahnya. Sumpah dia sangat terasa dengan hinaan dari suaminya sebentar tadi. Terasa dirinya ini sangat tidak bermaruah.

Syahrul meraup wajahnya. Dia sudah melakukan kesilapan. Dia terlalu ikutkan perasaan marah yang membuak-buak. Mulanya dia ingin menegur sikap Elina yang membelakanginya itu.

Tetapi apabila terbau haruman lelaki pada tubuh isterinya, cemburunya datang. Dan dia tidak mampu mengawal emosinya itu. Habis segala carutan disembur pada isterinya.

Dia mengetuk pintu bilik isterinya. "El, aku...."

"Pergi!!! Saya benci awak!! Saya tak nak dengar suara awak! Tak nak lihat wajah awak!"

Syahrul terpempang. Dia sudah buntu. Dia tahu bukan senang mahu memujuk Elina yang berkepala batu itu. Dia turutkan saja kata isterinya. Elina mungkin perlukan sedikit ruang untuk bersendirian dan tenangkan diri.

Jangan!Read this story for FREE!