Kedua-dua mereka terus sahaja ketawa bagai nak gila. Sempat lagi rakannya itu mengangkat bakul sendiri. Dalam beberapa minit sahaja lagi, dia bakal menamatkan status bujangnya manakala Isy pula akan menamatkan status buayanya, eh?

"Pastikan berjaya rebut cinta dia semula Isy." Bahu sasa rakannya itu ditepuk perlahan. Dia tahu, rakannya itu sungguh kuat dan tabah untuk menggapai cintanya semula.

"Panggil aku Naz, aku kena berlakon sebagai Tuan Naz lagi buat masa ni." Pantas Isyraf Nazran memperingatkan agar rakannya itu tidak alpa. Pengantin lelaki itu hanya menganggukkan kepala sambil memperbetulkan tengkolok di kepalanya yang mula hendak senget.

Mata bundar milik Ilya Nasuha dipejamkan rapat sambil bibir mungilnya itu dimuncungkan sedikit. Mujur tidak kejung sahaja wajahnya itu. Makeup sahaja sudah memakan masa lebih dari 2 jam. Habis kebas punggungnya itu duduk berlama di atas kerusi ini. Akhirnya, solekan indah mula memunculkan diri di wajah gebunya.

"Okay siap!" Ujar Qisya selaku mak andam pada hari penting ini.

Mata bundarnya yang sedari tadi ditutup erat lantas dibukanya perlahan. Ilya Nasuha terus sahaja terpaku. Dia sedikit terpegun dengan wajahnya tika ini. Hatinya mula melonjak gembira. Muka hantu kak limah sebentar tadi vavavum bertukar wajah!

"Suka tak dengan looks make-up ni?" Soal Qisya dengan senyuman yang mekar di bibir saat melihatkan gadis di hadapannya ini sudah mengangguk kepala tanda suka.

"Cantik sangat, suka!"

"Tengok tangan lah. Tangan Qisya ni memang ada magic tau. Sup sap sup sap terus naik seri siapa yang make-up dengan Qisya."

Qisya sudah kembang kempis menerima pujian. Mana taknya, dia ini adalah sebahagian dari mak andam yang sangat popular di universiti suatu tika dahulu. Dia juga telah dipilih menjadi mak andam buat beberapa orang artis ketika majlis walimatul urus mereka. Disebabkan itulah, dia sangat mahir dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

"Jangan pengapit lagi cun melecun dari pengantin sudah. Kang overshadowed pengantin pulak." Aina Manirah sudah memuncung. Ilya Nasuha dan Qisya hanya mampu ketawa akan kata-kata yang terluah dari pengantin perempuan itu.

"Kau dah siap makeup kan Suha, pergi salin baju kau tu sekarang. Aku nak makeup pulak ni." Aina Manirah terus sahaja melabuhkan punggung bagi menadah muka untuk ditatarias oleh Qisya pula.

Qisya pantas sahaja memulakan aktivitinya itu dengan tekun sekali. Dia ingin menaikkan lagi seri bakal pengantin yang sedia ada cantik ini di hari bahagianya. Jika wajah ditatarias dengan cantik sempurna, pasti si pengantin akan nampak lebih anggun dan menawan di hari persandingan.

"Baju warna gold ni ke?" Ilya Nasuha menayangkan baju yang berada di dalam plastik itu pada kedua mereka yang sedang bersiap.

Aina Manirah hanya mengangguk perlahan. Dia masih sibuk dengan solekannya sekarang ini.

"Tak macam lawa sangat ke?"

"Pakai je lah baju tu Suha, jangan nak banyak bunyi pulak." Aina Manirah marah. Sempat lagi dia berdecit sewaktu Ilya Nasuha masih mengomel sendirian akan baju itu.

Baju yang masih tergantung indah di dalam almari putih itu diambilnya jua. Amarah rakannya sebentar tadi hanya dibalasnya dengan gelak tawa. Langkah kaki dimajukan ke bilik lain bagi menukar persalinannya. Baju itu disarung pada tubuhnya dan sekali lagi dia terpegun. Ya rabbi, serupa model. Dia tidak menyangka apabila umurnya makin menginjak dewasa, tubuh badannya juga berubah langsing hingga digelar rangka oleh abangnya. Sekarang baru dia percaya apabila dirinya sudah serupa rangka bergerak.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now