NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

002: 18

45 3 0

"Abah janji dahkan?" Pura-pura kecewa.

"..."

"Fine - adik acah je." Kali ini aku ketawa kecil.

"..."

"Adik bukannya 18 lagi -"

"..." Dicantas.

"Adik balik terus lepas ni. Dont worry okay?" Telefon pintar aku kalih ke telinga kanan pula.

"..."

"Yeeeeee, abah. Makan malam. Noted. Assalammualaikum." Telefon dimatikan. Jadi lepas tu, mengembaralah aku ditengah shopping mall yang dahlama tak aku kunjung. Janji nak-dating dengan Abah tapi dia ada kerja lain pula. Aku pula payah nakcari masa - sibuk memanjang.

Satu persatu butik aku masuk. Dress labuh, selendang, tudung, kasut hinggalah ke barangan kosmetik - semua aku terjah. Tapi ditangan tiada yang terbeli pun lagi.

"Adik ni banyak sangat fikir - bukan cerewet."

Teringat kata-kata yang dilontar tatkala abang sulungnya mengkritik sikapnya yang konon cerewet. Dia takrasa begitu pun. Itu yang penting.

Sedang kaki melangkah - dia berhenti dihadapan kedai buku. Yang ni tahap apa sekalipun memang takmampu nak resist tarikan magnet.

Dia bergerak dari satu sudut ke sudut lain. Radar mata meng-scan setiap judul buku atas rak. Dia berjalan ke rak yang menempatkan buku fiksyen bahasa inggeris pula.

Dan tatkala itulah mulut laju menegur apa yang mata nampak.

"Naim?"

Saat dia berpaling terasa semacam satu angin menampar muka - de javu.

"Afiqah?"

Tak.

Angin memori.

- - - - - -

"Been like a really long time kan?" Aku mula bicara sambil menanti pelayan datang ke meja.

Dia angguk. "Semua senyap lepas masuk U."

Kekok.

Janggal.

Entah apa yang aku fikir dengan mengajak manusia ni minum petang sekali. Malah apa yang takkena dengannya yang menyambut elok pelawaan aku.

Tsk.

Kalau dulu mahu aku melompat.

Eh. Over.

Mujur sahaja pelayan datang mengambil order tatkala itu. Mahu mati dek rasa janggal yang teramat.

"White chocolate macademian for me." Takfikir panjang - lagipun bukannya selalu dia makan benda manis begini.

"Saya nak oreo cheesecake." Dia pandang aku tiba-tiba. Tersedar.

"This sure bawak semula memori lama kan?" Aku kata lepas pelayan pergi dari meja dengan pesanan.

Dia senyum lebar. Matanya yang takberapa luas jadi makin sepet dek senyumannya.

"Saya taksangka awak akan tegur saya semula. After what I did."

"Kenapa tak?" Aku. Dia senyum. Takpasal dengan aku berjangkit.

Benar mungkin apa yang orang kata - ketawa mampu buat orang lain berjangkit. Sama je kot dengan senyuman.

"Apa yang awak cakap waktu tu - nak kata saya takterkesan tu memang tipulah."

"Itu buat saya banyak berfikir." Aku senyum ikhlas.

"Saya berterima kasih sangat." Apa yang aku nak kata.

- - - - -
20140316

Aku jujur tentang perasaan yang dahlama aku simpan. Membuak.

Beberapa bulan selepas keputusan SPM keluar, aku dapat keberanian itu. Namun jawapan yang aku terima -

"Metaphore dia macam oreo cheesecake. Memang sedap, tapi rasa tu akan berganti dengan muak kalau selalu makan. There's nothing special bout it anymore. Bila muak - you would stop kan? Takkiralah its your favourite pun. Maka, apa akan jadi lepas tu."

"Satu pembaziran."

"Sebab tu saya hanya makan this bila saya betul-betul nak. Bila teringin sangat. Waktu tu saya akan lebih enjoy. Tahap makan satu biji oreo cheesecake pun boleh dan masih takrasa muak."

Bibirnya merekah senyum.

"Sama kan bila bercinta? Saya taknak ia wasted bila makan pada kala rasa takbegitu kuat. Lagipun pada usia muda macam ni. Ini mungkin hanya perasaan yang bersifat sementara."

- - - - - -

Dan aku takpernah jumpa dia lepas tu. Namun kata-katanya memang melekat terus dalam kepala.

"Buat apa sekarang?" Dia soal.

"Lecture. Dekat UiTM."

Tipikal lah bila dahlama takbertemu, sesi catch-up pasti berlaku.

"Woah. Taksangka." Dia ketawa kecil. Aku sengih.

"Kan? Saya pun taksangka saya akan jadi cikgu budak besar."

Nampak sangat imej aku waktu sekolah menengah dulu masih bagi kesan pada orang sekarang. Heh.

Takpe - tu bahagian yang aku boleh cerita dekat anak-anak aku nanti bila dahkahwin. Ha ha ha.

"Eh kata orang, awak sekarang?"

"Sama."

"Eh apa yang sama?" Kosong mendadak. Eh.

Dia gelak. "Tak ubah." Tiba-tiba.

"Lecture jugak di UiTM."

"Tapi saya dekat Arau. Awak di Shah Alam kan?" Sambungnya lagi.

Pelik.

"Saya pernah nampak awak once waktu saya turun Shah Alam haritu."

"Kira dahtahu lah." Aku buat muka. Tangan bermain dengan penyedut minuman. Jus tembikai beradu dengan ais yang makin mencair

"Maybe?" Naim angkat bahu. Ketawa lagi.

"Duh. Penat saya jawab gini."

"Lama takmakan oreo cheese-cake." Dia kata bila melihat pinggan putih dengan kek favourite-nya.

"You save it bila crave in tahap gila dah kan?" Spontan.

Dia angguk. Garfu bertemu manisan tersebut sebelum dibawa ke mulut.

"Been like 10 years since the last one I had." Naim. Khusyuk benar dia dengan dessert - lansung takpandang kiri kanan dah.

"Tipu -"

"Takkanlah last waktu 18 dulu..." Kepala dahmula kucar-kacir. Sama dengan ais dalam jus yang tinggal separuh.

"The one you gave me, to be exactly." Tanpa sebarang tapis. Senyum.

Aku kelu.

Dia ni memang minat main metafora dengan aku.

Ah! Abah nakdapat menantu bongsu akhirnya.

---End---


To You: A Collection of Short StoriesRead this story for FREE!