001: Chance

71 3 0

Plastik berisi barangan dapur aku letakkan dihadapan pintu gril. Gugus kunci aku keluarkan dari dalam tas tangan dalam masa yang sama sebelah tangan cuba menyeimbangkan dua buah buku teks tebal. Habis saja kelas di universiti terus aku ke pasaraya bila teringatkan barang dapur yang tinggal apa je untuk dimasak.

Depan rumah aku ada banyak kotak, orang baru pindah barangkali. Aku sendiri baru pindah ke kondominium ini bulan lepas. Kondominium baru. Itu pun ada banyak lagi kotak yang belum dibuka dek kekangan waktu. Berlonggok dalam bilik yang dijadikan stor sementara.

Pintu gril ditolak. Angkat dua buah plastik kedalam. Bukak pintu lagi satu, baru selamat masuk dalam rumah. Kunci semula. Biasalah kalau duduk seorang diri – sedikit sahaja kecuaian boleh tergadai segalanya.

"Jangan nakberani sangat. Sekuat mana sekalipun, masih takboleh langgar fitrah yang diri itu masih seorang perempuan."

Sengih. Geleng kepala.

---

"Najihah kan?" Satu suara menegur belum sempat aku masuk semula kedalam rumah selepas membuang sampah.

Aku mengecilkan mata meskipun perempuan yang mengenakan baju kurung kedah berwarna ungu dan selendang senada betul-betul dihadapan mata.

The perks bila rabun kau amat dahsyat – dan bila cermin mata tak dikenakan. Aku hulur tangan untuk bersalaman.

Hanis?

"Betul lah kau Najihah! Ni aku lah, Hanis. Takkan dahlupa?" Suaranya naik ber-oktaf tinggi.

Aku tarik senyum lantas menariknya dalam pelukan.

"Mana boleh lupa."

---

"We are who we are because of our past, and we are where we are because of it."

Sebab dalam dunia ini kita sentiasa belajar. Negatif atau positif sesuatu ilmu itu akan nampak hala baik buruknya berdasarkan perlakuan yang lahir dari ilmu itu. Kita tahu yang baik sepatutnya jadi amalan, ilmu yang kita peroleh tentang sesuatu yang buruk harus dijadikan pencegah dalam kita melakukan sesuatu. Bukannya penggalak.

Telefon pintar dari atas meja aku ambil, aku perlu clear-kan segala dalam otak supaya hati aku berada pada satu darjah ketenangan sekurangnya. Buku Biologi dengan testpad yang masih putih bersih aku tutup lalu tolak ketepi. Perbualan dengan Hanis haritu masih tinggal kesan pada diri aku meskipun ia sudah lama berlalu.

I guess, rasa sakit dikhianati kepercayaan itu berbekas meski hanya di-permukaan calarnya.

FLASHBACK

"A blast if I could say." Hanis senyum. Beberapa tahun dahberlalu, duduk bersama kawan lama sambil buat throwback memang menyelongkar habis ruang memori. Meski tanpa gambar, anehnya otak mampu mengeluarkan imej bagi setiap ingatan. Benarlah, mata merupakan antara kurniaan Allah yang paling bernilai. Lihatlah dengan mata – ia merupakan lensa terbaik berbanding kamera beresolusi tinggi sekalipun kerana ia terikat dengan hati.

Rakam.

Rasa.

"Tapi tulah kau, gatal sangat pergi letak UMS dalam pilihan waktu isi UPU." Hanis mula masuk topik bila aku buat keputusan gila dulu. Kebetulan hari ni aku takde kelas.

Aku lepas gelak. "Manalah aku tahu depa akan ambil pilihan ke-lapan aku." Aku hanya letak Universiti Malaysia Sabah sebagai pelengkap waktu isi borang UPU atas talian sewaktu bersedia untuk menyambung program asasi dulu. Takfikir panjang. Takfikir apa.

To You: A Collection of Short StoriesRead this story for FREE!