Rantau Abang Lah !

97 4 5
                                    

         6pagi dan aku masih dengan mata kuyu yang ngantuk. Tapi kami ada perjalan yang perlu di teruskan. Aku mengejutkan mereka yang sedang lena dibuai mimpi. Satu-satu dengan karenah masing-masing yang liat untuk bangun. Aku pun liat juga,tapi hari itu ada sesuatu,sesuatu yang tak dapat dijelaskan yang membuat aku terjaga dan resah. Itu semua aku tolak tepi kerana yang aku mahu ketika ini hanya enjoy.

            Aku turun ke bawah setelah selesai mandi. Kretek yang dari tadinya menemani bibir aku kemas rapi dalam kucupan. Sementara menunggu yang lain siap,aku membasuh keteta Roy yang telah kotor akibat melalui jalan Perlabuhan Gebeng yang sememangnya bertanah. Yang lain mempersiapkan diri. Selesai membasuh aku naik semula,Daus dan Fami telah siap dan sibuk mengemas barang. Yang tinggal hanya Roy. Kenapa mesti Roy? Seperti biasa,memang Roy. Roy je yang akan lambat.

Aku mendapat idea gila untuk mengenakan roomservice. Aku mengajak Daus dan Fami membalut cadar di bilik menjadi seperti mayat yang dibaluti kain kafan. Sementara Roy tengah mandi,kami berharap Roy akan terkejut melihatnya,malangnya belum siap kami buat Roy dah keluar. Tapi takpe,harap-harap roomservice alan terperanjat. Kami membuat video Roy keluar dari bilik mandi dan dia teperanjat. Tapi video itu menjadi video lawak gila kerana Roy punya reaksi teperanjat seakan pondan dikejar anjing. Salah satu kenangan yang tak akan kami lupakan detik itu.

Setelah semua selesai. Kami pun pergi meninggalkan Cherating dengan kenangan yang amat melucukan. Bergerak ke arah utara tanpa arah tuju.
"Weyh,kalau da sampai Terengganu ni,tak sah kalau tak tengok penyu"
Roy bersuara selepas sahaja kami melintasi sempadan Pahang-Terengganu.
"Rantau Abang lah"
Fami memberi cadangan.
"Aku okeyy je"
Aku dan daus serentak.

Maka bermulalah perjalan ke Rantau Abang di mana menjadi kebiasaan bagi penyu-penyu mendarat. Laluan tepi pantai yang satu masa dahulu menjadi penghubung pantai timur tidak semeriah seperti zaman kegemilangannya. Selepas terbinanya lebuhraya pantai timur yang lebih efektif dan lebih pendek perjalanannya. Laluan tepi pantai itu menemani kami yang tidak berhenti bernyanyi dan bergelak tertawa. Sehingga tidak perasan yang kami telah terlepas Rantau Abang.

          Aku yang dari tadinya memandu curiga dengan jalan di lalui. Macam sudah terlampau jauh kami bergerak,tapi masih tidak jumpa Rantau Abang. Aku berhenti di stesen minyak hadapan. Rehat seketika dan bertanya orang di situ. Sememangnya kami telah terlepas dalam 10km.
           "So,korang macam mana?"
Aku menyoal
          "Patah balik ah,Rantau Abang kita mesti singgah"
Fami bersuara
          "Aku on je"
Daus dan Roy
Maka kami pun berpatah balik menuju selatan,menuju ke Rantau Abang.

          Perjalanan agak panjang dan meletihkan ini memaksa kami untuk berehat di pondok tepi Pantai Rantau Abang. Pantai yang airnya jernih dan suasana yang semula jadi itu mungkin faktor untuk penyu-penyu mendarat di situ. Tapi,sejak dari tiba lagi kami tak tahu di mana sebenarnya tempat penyu-penyu tu. Yang ada cuma pasir yang kuning,ombak bergulung yang jernih dan angin yang bertiup kencang sepertinya ingin terbangkan kami ke alam yang satu lagi. Rantau Abang lah sangat. Apa pun,kami dah sampai,korang?

Travelog KamiWhere stories live. Discover now