Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.Chorong masih tidak bangun dari tidurnya.Jimin dan Jin bangun terlebih dahulu..
"Mana yang lain?"kata Jimin kepada Jin.
"Entahlah..tak bangun lagi kot."balas Jin.
Jimin dan Jin bersiap untuk pergi ke kerja.Hari isnin mula masuk kekerja semula.Jimin dan Jin pergi kerja pada pukul 7.30 pagi kerana memakan masa untuk memandu ketempat kerja.Masuk kerja pada puku 8.00pg.
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.Satu jam berlalu.Chorong mula sedar dari tidur.Cahaya pg menerangi jendela biliknya.Suga dan V sudah bangun terlebih dahulu.Chorong bangun lalu duduk bersila,dia masih mamai lagi.Kejadian malam tadi terngiang-ngiang difikiran Chorong.Chorong menyentuh pipinya yang sudah kembali seperti asal.Banyak persoalan yang timbul dikepala Chorong ketika itu.Tiba-tiba terdengar satu suara diluar biliknya....
"Chorong bangunlah..dah siang dah..jangan terlebih tidur.."Teriak suara itu.Tetapi Chorong sudah dapat agak suara itu milik siapa.
"Saya dah bangun dah Suga!!"teriak Chorong dari dalam bilik.Chorong berdiri lalu mencapai tualanya untuk mandi membersihkan dirinya......
~~~~~~~~~~~~Just One Day~~~~~~~~~~~
Luhan mencari segala maklumat tentang rumah yang berada di dalam hutan di komputer ribanya.Tiada rumah yang didirikan didalam hutan melainkan ditepi sahaja tentunya banglo itu berada dikawasan pedalaman.Luhan memikir semula kata-kata Chorong.
"Tapi kenapa awak tak bagi saya lapor pada polis tentang kehilangan awak?"Luhan berfikir sejenak.Dia harus menuruti permintaan Chorong itu.Mungkin juga kalau dia melaporkannya kepada polis nyawa Chorong akan melayang.Dia masih tidak berputus asa mencari rumah Banglo tersebut."Chorong saya harap awak tak apa2.."Kata Luhan kerisauan.Mana taknya gadis yang dicintainya itu tiba2 menghilang.
"Hei,Luhan!"tegur seseorang dari belakang.Luhan menoleh.
"Suho....."balas luhan dengan senyuman kecil.
"Jarang tengok kau kat pejabat ni waktu rehat,kenapa?buah hati hilang ke?"Kata Suho sambil tersengih.Berubah wajah Luhan.
"Apa maksud kau?"Luhan bertanya semula.
"Tak de apa2,Aku bertanya dan meneka sahaja."Suho masih dalam keadaan tersengih.Luhan hanya tersenyum kecil.
"Kau tengah cari apa tu?"tanya Suho lagi sambil melihat maklumat yang dicari Luhan didalam komputer riba.
"Aku tengah cari maklumat pasal rumah banglo yang ada dekat dalam hutan..kau tahu ape2 tak?"Tanya Luhan pula.Suho hanya menggeleng,walaupun dia tahu maklumat tersebut.
"Aku nak pergi makan dulu..."kata Luhan berlalu pergi meninggalkan Suho.
"Luhan mesti nak cari gadis tu,aku mesti beritahu Kris pasal ni..."Suho tersenyum jahat.
Ketika Luhan sedang berjalan menuju ke cafe.Luhan menerima mesej.Dia pantas membukanya walaupun dia tidak tahu itu nombor siapa.
'Luhan,ini saya.Chorong.Jangan risau tentang saya,ya?saya tak apa2 dan ada sebab kenapa saya dikurung.tetapi saya tak boleh nak menipu yang saya tak mahu keluar dari sini.Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari sini.Jangan lupa pesanan saya hari tu.Jangan laporkan pada polis.Nyawa awak dan saya mungkin terancam.Maafkan saya kerana tak dapat menghubungi awak.'
Luhan membaca mesej itu.Luhan bukan semakin tenteram malah semakin bimbang.Dia perlu menyelamatkan Chorong dan mesti cepat mengetahui lokasi gadis itu tanpa bantuan pihak polis.Nampaknya nyawanya juga jadi taruhan.
ESTÁS LEYENDO
V For Vampire
FantasíaCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Park Chorong yang berkerja di sebuah kedai bunga.. Pada suatu hari....dia telah diserang oleh sekumpulan lelaki...tiba2 seseorang telah datang menyelamatkannya....
