#15: Misi Menculik Diplomat Gay

Start from the beginning
                                    

"Tapi kita ada dua masalah sekarang ni, takkan kitorang boleh rileks camni!" tegas Melati.

"Betul, pasal setan bergabung dengan lanun, dan sultan di bawah kuasa abyss!" sambut Badrol.

Hadi M. Sulaiman mengangkat tangannya seraya berkata, "Sekarang ni, pendirian geng mafia adalah: musuh kita adalah Lanun Majapahit, tapi kena ingat! Kita tak bermusuhan dengan Sultan Melaka. Jadi aku cadangkan kita berperang dengan Lanun Majapahit, dan dalam masa yang sama, kita boleh gunakan sultan untuk bersekutu dengan kita dalam hal ni. Paling kurang, buat masa ni la."

"Jadi, apa yang boleh kami lakukan sekarang?" tanyaku.

"Macam ni, apa kata korang ambil kes kami yang tertunggak dan selesaikan secepat mungkin. Sebab kes Lanun Majapahit ni lagi besar daripada kes yang kami hadap tu dan aku yakin korang boleh galas tanggungjawab ni."

"Kitorang tak terlibat dalam kes lanun tu la?"

"Kitorang dah bersepakat yang kes ni terlalu besar untuk kami bergantung kepada korang macam tu je."

Kami berpandangan antara satu sama lain sebelum kami bersetuju untuk menerima apa saja kes yang diberikan oleh mereka.

"Dengar betul-betul, okey? Akan ada satu rombongan dari Temasek yang membawa 200 kepala perutusan dari Melaka yang sepatutnya perutusan itu dihantar oleh Melaka ke Temasek."

"Kepala? Maknanya... semua perutusan yang dihantar tu terkorban?"

Hadi M. Sulaiman sekali lagi mengeluh berat. "Ya. Dan mereka nak hantar balik kepala tu ke sini. Dan korang tau kan apa maksudnya?"

"Perang," jawab kami hampir serentak.

"Disebabkan hal tu, aku taknak Melaka berperang dengan dua musuh yang berbeza. Jadi aku nak korang cuba halang rombongan tu daripada sampai ke Melaka."

"Ada berapa ramai rombongan tu?"

"Ada dalam 50 orang, tapi korang tak perlu bunuh mereka semua. Korang cuma perlu bunuh ketuanya saja."

"Apa je yang kau tahu tentang rombongan tu? Ketua dan orang kuat yang ada mungkin?"

"Yang aku tahu, ketuanya adalah manusia separuh Orc, seorang pahlawan yang kuat, memang pakar dalam perang dan aku cadangkan korang jangan berlawan terus dengan dia. Mungkin bunuh masa tidur atau... apa saja cara yang korang mampu buat. Orang kanannya adalah seorang paderi yang menyembah Tuhan Kematian. Seorang lagi yang penting dalam rombongan tu adalah seorang diplomat. Dia orang biasa tapi sangat berpengaruh di Temasek. Dia ni, aku harap, jangan dibunuh. Culik dia!"

"Kerja senang!" dabik Kayu.

"Kau kena berjaga-jaga dengan diplomat tu. Dia gay," tambah Hadi, membuatkan Kayu tertelan liur mendengarnya.

"Jauh lagi ke rombongan ni nak sampai Melaka?"

"Dalam seminggu dua lagi. Kalau korang dapat kalahkan tiga orang ni, pasukan rombongan yang lain akan berpecah dan bukti perang ni akan hilang." Hadi M. Sulaiman mengorek poket seluarnya dan menghulurkan tiga botol kaca berisi cecair. "Nah, ni arsenik. Aku harap benda ni boleh bantu korang dalam setelkan kes ni."

Kemudian, turun Lili dan Hayun dari tingkat atas. Ritual untuk menghidupkan Auli sudah tamat nampaknya. Siang esok nanti, Auli peliharaan Hayun akan muncul semula.

Selepas dia melabuhkan punggungnya, Lili berkata, "Esok, korang pergi sini..." Dia menghulurkan sekeping kertas. "...dan mintak dia bukakan portal ke sana untuk korang jalankan tugasan tu."

Setelah itu, kami bertukar-tukar rancangan untuk selesaikan kes yang diberi. Dengan bantuan dan info yang diberi, kami yakin kami dapat menggalas tugas itu dengan sempurna.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now