Bab 1

99.3K 1.9K 60
                                    

****

Cincin perkahwinan yang tersemat dijaari manisnya dipandang lama. Hatinya sekarang bercampur baur. Mahu gembira ataupun sedih?

'Betul ke aku dah kahwin?'

'Kahwin dengan Zhafiq?'

'Sepupu jauh yang aku suka?'

Ya, Humaira. Semuanya ya. Hati Humaira berbicara. Bunyi pintu dibuka dari luar menyentakan lamunan Humaira. Zhafiq yang telah menjadi suaminya masuk ke dalam bilik mereka. Lalu, dia melabuhkan punggungnya disebelah Humaira.

"Ell, I'm sorry." Ucap Zhafiq tiba-tiba. Humaira memandang Zhafiq pelik.

"Kenapa abang minta maaf dengan Ell pula?" Soal Humaira.

Zhafiq meraupkan mukanya tanda kesal, "Abang sepatutnya selesaikan masalah ni sendiri. Abang tak sepaututnya bawa Ell masuk ke dalam masalah abang. I have no choice waktu tu Ell. Ibu desak abang sangat untuk cari pengganti arwah Arina. I'm sorry." Ujar Zhafiq penuh tanda kesal. Humaira tersentak sedikit.

'I have no choice.'

"Takpalah, abang. Mungkin kita memang ditakdirkan berjodoh? Siapa tahu?" Humaira berloyar buruk. Ketawa juga Zhafiq walaupun gayanya mahu tidak mahu.

"Tapi abang tak sepatutnya kahwin dengan Ell pun." Kata Zhafiq cukup membuatkan Humaira terasa ke dalam lubuk hatinya.

Humaira tersengih sinis.

'Tak sepatutnya kahwin.' Nonsense.

"Oh maknanya abang menyesal kahwin dengan Ell lah sekarang ni? Macam tu ke abang?" Soal Humaira. Bergetar suaranya tanda tahan menangis. Hatinya cukup tergores.

"Ya, Ell. Abang menyesal sangat. Abang tak-sukakan Ell pun."

"Abang..mainkan perasaan Ell.." Tangisan Humaira jatuh. Hatinya sakit dengan kata kata Zhafiq. Dasar lelaki. Humaira terima lagi kalau Zhafiq akan belajar mencintainya tapi ini Zhafiq terlalu jujur sehinggakan Humaira terasa!

"Itulah abang menyesal. Abang terdesak tahu tak? Kalau tak Ibu nak kahwinkan abang dengan Tiara. Like, who want? Abang cintakan Arina, thats it." Tutur Zhafiq penuh geram. Walaupun Arina tinggalkan kitorang dah empat tahun, kasih sayang Zhafiq tidak pernah pudar buat isterinya itu.

"Hanya dengan mulut abang dan kesalahan abang. Abanglah punca perkahwinan ini terjadi." Humaira mendengus lalu keluar dari bilik mereka. Zhafiq meraup mukanya dan mengusutkan rambutnya tanda geram.

HUMAIRA melangkah ke dapur untuk membasahkan tekaknya kerana menahan tangisannya tadi. Airmatanya dilapkan. Sambil itu juga dia beristighfar.

"Mama." Hujung baju Humaira ditarik oleh seorang budak perempuan berumur empat tahun. Humaira melemparkan senyuman pada anak kecil itu.

"Sayang." Humaira mendukung badan kecil Zahra. Anak sulung kepada Zhafiq bersama arwah isterinya dahulu. Zahra memaut tangan kecilnya pada leher Humaira.

"Mama. Papa mana? Rara nak papa. Rara mengantuk." Zahra mengadu. Humaira menepuk-nepuk belakang Zahra.

"Papa kat atas, sayang. Rara nak pergi tempat papa?"

mrs. isteri | ✓Where stories live. Discover now