Kisah 1

506 14 2
                                    

Lampu terpadam.

"Apehal pulak ni, time balik nk rehat la bru elektrik putus" rungut Syidah.
Seharian bekerja di pusat beli belah Kip Mart Kota Tinggi membuatkan hatinya tambah berang dengan situasi.
Pintu yg ingin dibuka terkuak sendiri. Syidah terdiam.
Satu tangan kaku keluar menyambutnya.

"Kak, lilin kt mne"
"Check dlm laci tu, smua bnda nk tye aku"
"Nnti kau nk mndi pakai lilin jgk, jomlah tman aq pgi dapur cari"
"Ahhh"
Hanya bunyi tapak kaki mengisi sunyi malam itu. Beberapa batang lilin diambil, satu dinyalakan utk diletak dlm blik mndi. Pancuran air melegakan Syidah. Rasa dingin titis2 lembut menyentuh kepala, menyegarkan jiwa. Teringat pula mak dan ayah.
Sejak pulang ke kampung pagi tadi takde langsung khabar berita, hanya nota di kabinet dapur sebagai pemberitahuan.

Tinggal Syidah dan adik bongsu nye, Zaki. Kalau nak ikutkan penakut Zaki, penakut lagi Syidah. Tahun lepas masa cuti semestar, hari2 Syidah melayan tv, kalau dkt UiTM Jasin dlu, Running Man sbgai penghilang kebosanan. Jam dah mnnjukkn 3 pagi, tapi cerita Love Rosie bru smpi klimaks, setengah jam lagi tamat lah cerita ni.

Pat..pat..pat...pat
Bunyi tapak kaki di syiling rumah. Apartment Bakawali memang begitu, rumah kos rendah yang tidak kedap bunyi. Orang berdengkur pon barangkali boleh dengar sampai blok sebelah.
"Haishh, anak orang atas ni tak tidur lagi ke" rungut hati Syidah.

Patpatpatpatpatpatpatpatpatpatpat...
hentakan kaki makin laju seperti berlari mengelilingi ruang tamu.
Dengan tak sengaja, Syidah terlepas kata "hoi, bisinglah!!"

PATPATPATPATPATPATPATPATPATPATPATPATPATPATPAT

Syidah tak pikir panjang, dia berlari ke bilik Zaki yang paling hampir dengan ruang tamu. Zaki yang tengah tidur nyenyak terjaga dek kerana tangannya dipegang kuat oleh Syidah. Syidah takut dan terkejut, bukan kerana hanya bunyi hentakan kaki yang makin kuat. Tapi pemilik bunyi kaki itu seperti berada di ruang tamu rumahnya, berlari daripada hujung ruang tamu ke dirinya. Ditambah dengan tv yang terpadam dengan tiba2.
Satu malam dia tidur dengan Zaki, tak berani dia keluar daripada blik malam itu.

"Eh. Senyap je. Zaki keluar ke?"teringat Syidah akan adiknya.
Syidah tutup pili air. Sunyi.
"Dekat bilik kot"
Dengan tuala di badan, Syidah ke dapur, hanya lilin menerangi ruang memasak itu. Syidah basuh bekas makanan tengahari tadi, nasib baik mak masak sebelum balik ke kampung. Kalau tak, terpaksa keluarkan duit poket beli makanan tengahari.

Rasa sesuatu..
Selalu Syidah rasa macam tu. Perasaan diperhatikan.
Syidah pandang belakang, kosong, tiada sesiapa.
"Zaki! Zaki!"
Tidak berjawab.
"Tido ke budak ni" Syidah mula berkerut.
2, 3 kali Syidah pandang belakang.
Tak sedap perasaan ni..

Syidah tahu kat dunia ni, bkn makhluk manusia sahaja yang hidup, makhluk yg tak dapat dilihat pun hidup di sekeliling kita. Mak selalu pesan "rajin solat dan mengaji, jangan tinggalkn fardhu ain. InshaAllah takde ape yang nak ditakutkan"
Tapi, insan bernama manusia, carta iman tak pernah stabil, ade turun naiknya.
Perangai Syidah, dah lme habis period, tapi suka melambatkan mandi wajib, masuk hari ni dah 9 hari. Tapi period dah lama kering.

Syidah tak sedap hati, Zaki diam dari tadi, jam da pukul 11.21 malam. Mungkin tidur, tapi dengan keadaan mcm ni, bahang udara,
"Ishhh, sepatutnya dia teman aku kat luar blik air" rungutnya.
Perlahan lahan Syidah melangkah, gelap gelita menyukarkan pandangannya. Alangkah terkejutnya Syidah, hampir luluh jantung dengan bunyi ringtone telefon bimbitnya di ruang tamu, sebelum berlari ke arah deringan itu, sempat dia melalui bilik Zaki, terlihat Zaki baring berselubung di atas katil. Agaknya kepenatan lepas main bola sepak petang tadi. Rutin harian Zaki.

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, ade ape mak?"
"Akak baru balik kerja ke, dah makan?"
"Dah, Syidah bekal lauk mak pagi tadi, kenapa mak? Syidah penat la. Dah la tak ade elektrik, panas pulak tu"
"Laa, yekew, mak balik besok, mak dekat kampung ni.."
"Dah, syidah baca nota mak kat dapur"
"Owh, Zaki demam teruk, mak bawak dia pergi berubat dekat Tok Mad, mengigil satu badan, dia.."
"Haa, ape mak cakap ni!!!"

Pat..Pat..Pat..Pat..Pat..Pat..

Kali ni pemilik derapan kaki tu betul2 di belakangnya. Datang dari arah bilik Zaki.

Satu MalamWhere stories live. Discover now