Lif

7.2K 207 22

Location : blok 11,san peng flat

Cerita ni pulak pasal lif rumah aku,cerita ni aku dapat tau dari mak aku....yang diceritakan sendiri dari uncle yang kena ganguan ni.cerita ni dah lama sangat aku rasa mungkin dah 20 tahun lebih.

Masa tu uncle ni naik lif sorang,waktu malam,biasa la baru balik kerja.uncle ni tungu lif dari tingkat G nak naik rumah dia tingkat 13...lif pun dah sampai dia naik la...sorang.lif pun naik dalam tingkat berapa tu lif berhenti masuk sorang perempuan ni,uncle tu pelik la dia pandang perempuan tu dari rambut,pakaian sampai kaki berlumpur...(macam orang yang dah kena tanam bangun balik) dalam hati dia dah agak perempuan ni bukan orang ni.nak kata nampak muka...uncle tu tak perasaan sebab masa perempuan tu masuk dia terus membelakang kan uncle tu dia pandang arah pintu lif....

Sampai saja tingkat 13,dia keluar lah dari lif tu.ada jugak dia pandang belakang tengok kenapa perempuan ni tak keluar sedangkan masa perempuan tu masuk lif tadi dia tak tekan mana-mana butang yang dia nak naik.uncle tu dah rasa lain macam,dia jalan ke arah rumah dia...tiba-tiba kaki dia tak boleh nak gerak.esok nya uncle tu demam lama jugak la dia tak pergi kerja demam duduk rumah...

____________________________________

Cerita ni pulak mesti korang semua tahu...tahun lepas punya cerita...siap masuk berita tv lagi...pasal perempuan india mati jatuh lif...(hahaha seram tak)
Yang mati ni aunty india.dia ni kira macam tukang sapu la kat flat aku ni.pagi tu dia ni nak pergi la buat kerja dia....dia ni duduk tingkat 14 dia tunggu lif nak turun bawah,time lif fah sampai tingat 14 dia ni pergi la masuk,aku dengar masa dia nak masuk tu dia tengah tengok fon dia dia pun masuk...tanpa tengok lif tu...lif tu masa sampai tingkat 14 tu kotak lif tu tak ada kat situ....so aunty tu masuk dia jatuh dari atas sampai bawah tingkat G.

Semua orang kat flat aku ni tak tau yang ada orang mati bawah lif...sampai lah ada bau busuk dekat lif tu,terpaksa tahan gak lah hidung bau...orang-orang sini ingat macam tikus ke ape ke mati kan...dah lama macam dalam 2minggu gitu bau kuat sangat dah tak boleh nak tahan dah...

Dah berapa hari tu masa aku baru balik dari kerja tengok bomba orang ramai semua dah kerumun depan lif...aku tak kesah lah sebab dah penat sangat malas aku nak pergi tengok...aku naik lif sebelah...esok nye heboh 1 flat pasal aunty india mati bawah lif...tu pon tau dari mak cik x2 kepoh a.k.a radio bergerak kat bawah...

Lif yang aunty india tu mati lama jugak la kena tutup...boleh kata dalam 6-7 bulan gitu...baru la dibukak balik lif tu....haaa ni aku nak cerita ni...masa lif tu nak bukak balik...2orang abang mantenance ni datang repair lif,cek apa semua yang patut...deorang 2 ni tengah sembang-sembang la sambil nak keluarkan alat repair...tiba-tiba ada asap keluar dari dalam lif...deorang ingat mungkin ada benda terbakar ke apa ke...deorang bukak dari luar...terbukak je lif tu asap banyak keluar dari lif tu,deorang ni pelik la,deorang pon pergi tengok dekat-dekat...nak tau apa deorang nampak?perempuan rambut panjang tutup muka sambil duduk mencangkung...deorang apa lagi lari tak cukup tanah la abis semua barang-barang deorang tinggal kat situ sebab takut punya pasal.esok nya abang-abang tu datang ramai-ramai...betul kan lif...

Aku pon ada jugak pernah dengar gelak dalam lif aunty tu mati.masa tu lagi la,aku ni tunggu lif nak pergi kerja la kata kan,sampai je lif tak ada orang pon...aku ni disebab kan lambat
naik jugak la.pintu sikit lagi nak tutup...tiba-tiba dengar macam perempuan ketawa tapi bunyi ketawa dia sayup...aku pon apa lagi tawakal je la...dalam hati ada gak la fikir kalau lif ni buat nya berhenti keluar pulak cik han mahu aku terkencing terberak kat situ...bacaan surah apa semua aku dah tak ingat dah...nasib rumah aku tingkat 5 nak turun tingakt G...nasib rumah aku bukan atas lagi....fuhhhhh

Memang sampai sekarang lif tu berfungsi la...orang india flat aku ni kalau tak ada orang masuk...dia memang tak masuk...ada jugak aku pernah jumpa macam limau and barang sembayang deorang dalam lif...kepercayaan orang india ni kalau orang tu mati macam tak rela deorang akan sembayang untuk si mati supaya dia dapat jumpa jalan nak pergi syurga deorang.sebab sekarang ni si mati tengah mencari-cari arah nak pergi ke mana....sebab tu la nampak macam-macam tu....

P/S : korang kalu naik lif tu hati-hati sikit mana la tau ada orang teman kan kat sebelah.kalau jumpa kirim salam je la kat dia ye....:)

koleksi kisah seram(kisah benar)Where stories live. Discover now