"Order Encik?" Tanya seorang pelayan lelaki restoran itu.

Mereka mula membuat pesanan masing-masing. Seperti biasa, ibu ibu dan ayah ayah bila berjumpa pasti saja akan ada cerita yang ingin dibualkan.

Nia hanya setia dengan handphonenya berbanding dengan dunia luar. Nizam pula seperti Nia, mungkin berchatting dengan kekasih hatinya.

Nia membuat muka selamba seperti tidak mengenali Ziyad. Walhal jantungnya saat itu laju seperti baru lepas lari marathon.

Apesal lah jantung ni. Kenapa setiap kali berdepan dengan mamat ni mesti jantung ni tak normal. Please jangan buat hal. Aku nak hidup lagi huaaaaaa. Nia mula merepek di dalam hatinya.

"Along. Sombong je perempuan tu." Ujar Nasrullah kepada Ziyad. Dari tadi Nas hanya memerhatikan Nia. Seperti dikenalinya.

"Tak baik lah. Biar lah dia sombong ke apa. Lagi baik bagi seorang perempuan tu sombong, daripada tergedik-gedik dengan orang." Ziyad seperti membela Nia.

"Ewah-ewah along. Cehhh. Ni tangkap cintan ke?" Tebak Nasrullah. Tak habis-habis menyakat abangnya. Annoying sungguh!

"Kau ni aku sumbat dengan gelas ni kang. Boleh diam tak? Eeii!" Ziyad yang mula geram dengan adiknya mula berang.

Nasrullah hanya ketawa dapat mengenakan abangnya. Ziyad yang mula bengang hanya bermain dengan handphonenya. Sama seperti Nia. Well teenagers.

"Hai kak." Qalisya mula menegur Nia.

Nia yang sedang leka bermain twitternya, memalingkan muka ke kiri dimana Qalisya sedang duduk di sebelahnya.

"Hai." Ujar Nia sambil tersenyum manis. Terkejut apabila ditegur oleh adik Fakhrullah Ziyad.

"Nama akak siapa?" Tanya Qalisya.

"Nama akak Nia." Sekali lagi Nia mempamerkan senyuman manisnya.

"Kak Nia cantik lah?" puji Qalisya ikhlas.

Nia yang malu terus menundukkan mukanya.

"Hahaha mana ada." Ujar Nia tersipu-sipu malu.

"Dia memang tak cantik pun. Tak payah puji." Nizam yang terdengar Qalisya memuji Nia, terus menyampuk.

"Eeii lesing jugak mamat ni. Abang bole tak jangan menyibuk." Getus Nia geram sambil menyiku abangnya.

"Haha akak ni ganas lah. Tapi comel." Qalisya yang suka dengan karenah Nia, terus berbual dengannya.

Kenapa dengan Isya dia yang baru kenal dia berbual. Dengan aku yang satu kelas ni dia tak pernah berbual pun? Pandang apatah lagi. Desis hati Ziyad.

******************************

Selesai menjamu selera, Encik Hisyam Hanafi yang dari awal bercadang untuk ke Dataran Lang mengajak keluarga Encik Ahmad Fauzi untuk sertai mereka.

Again? Pfftss aku tak sangka akan bercuti sekali dengan 'gay boy' ni. Monolog Nia sendirian.

Ketika mereka sampai di Dataran Lang, sekali lagi kaum ibu dan bapa membuat hal mereka. Dan Nia pula hanya bersama Nizam.

"Nia. Handsome lah anak pak cik Fauzi yang sulung tu." Nizam meluahkan pujian kepada Ziyad.

Nia yang terdengar terus terbeliak matanya.

"Oh My God abang! Are you gay?! Eeii sampai macam ni sekali abang gaduh dengan Kak Hana tu? Dah suka kaum sejenis dah?" Tuduh Nia melulu tanpa usul periksa.

Nizam yang geram dengan tuduhan Nia yang tidak masuk akal, menepuk bahu adiknya kuat.

"Eh! Cakap bangang kang marah! Abang puji je ada ke sampai suka? Kau ni berlapis lah sikit. Memang betul dia handsome. Adik buta ke apa?" Getus Nizam geram.

"Sakit gila! Ergh! Handsome kalau mainkan perasaan perempuan buat apa kan? Puih." Ujar Nia.

"Nia Nia. Tak habis-habis. Keras sungguh hatimu Nia." Nizam mula bermadah.

Nia yang malas hendak melayan hanya membuat hal sendiri.

Nia berjalan seorang diri bersama kamera DSLRnya, Nia mula mengambil gambar yang ada di situ.

Baru saja Nia hendak mengangkat kamera DSLRnya, Nia ternampak di hadapannya satu drama yang agak menarik.

Wow. Sweet drama. Desis hati Nia.

"Hai awak. Awak. Kawan saya sorang tu nak ambil gambar dengan awak. Boleh tak?" Ujar seorang gadis tinggi lampai yang memakai tudung kepada Ziyad.

"Ah? Eh? Takpe lah." Ziyad yang terkejut dengan permintaan gadis tadi, hanya menolak lembut.

Nasrullah yang berada di situ hanya memerhati. Tak guna punya adik! Bukan nak tolong.

"Ala boleh lah please? Satu gambar je?" Rayu gadis itu lagi.

"Takpe takpe. Ayah saya dah panggil dah tu. Sory ya?" Ujar Ziyad kemudian memanggil Nasrullah lalu beredar dari situ.

Nia yang setia menonton drama itu hanya terdiam.

"Mamat ni memang gay ke? Sampai perempuan tu ajak selfie pun dia tak layan? Dah lah lawa. Uish. Mustahil ni. Takkan betul dia gay?!" Nia bermonolog sendirian. Perasaan pelik dan tidak puas hati mula menjalar dalam hatinya.

Aku kena stalk pasal mamat ni. Desis Nia tekad.
____________________________________

Assalamualaikum. Hai guys. Sory for the late update. Ketandusan idea lah. Bukan ketandusan idea. Idea mencurah-curah je ni. Em, takde semangat nak update sbnrnya. Sob sob :(  Kalau unpublish, boleh tak? Hew hew. Haha inshaAllah saya teruskan up to date ya. :') sory kalau ad chapter yang boring. Atau jalan cerita tak menarik. Saya cuba untuk perbaiki ya :) thanks to yang sudi vote and read. Thank you so much :*  Stay vote :)

FasyaLola.

Minah BrutalWhere stories live. Discover now