Part 1

8.2K 604 23

Kau ialah anak tunggal dan kau tinggal bersama ayah kau sahaja. Sejak kecil lagi kau telah dibesarkan oleh ayah kau dan ayah kau kata ibu kau sudah meninggal dunia semasa melahirkan kau.

Kau baru sahaja berpindah di Seoul dan hari ini merupakan hari pertama persekolahan kau di sekolah baru. Kau berasa sangat risau jika kau tidak mempunyai ramai rakan kerana di sekolah sebelumnya kau tidak mempunyai ramai kawan oleh kerana kau selalu berpindah sekolah. Ayah kau bekerja sebagai usahawan dan kau selalu sahaja berpindah rumah dan sekolah. Pada tahun ini sudah empat kali kau berpindah sekolah dan ia membuatkan kau berasa sangat stress dan muak kerana asyik berpindah sekolah sahaja.

Kau menaiki kereta mercedes yang dipandu ayah kau untuk ke sekolah baru sambil termenung di tempat duduk belakang . Kau melihat ke luar cermin kereta sambil mendengar lagu exo.

"Sayang, today you will go to the new school and I hope you will like it." Kata ayah kau sambil memandu dan melihat kau dari pandangan cermin belakang. Kau seperti biasa apabila berpindah ke sekolah baru kau akan kelihatan tidak gembira.

"Ye appa. Saya tahu." Kau mengeluh.

"Janganlah muram. Malam nanti appa akan balik awal dan kita boleh makan bersama²." Pujuk ayah kau.

"Itupun kalau appa tak sibuk." Kata kau tanpa minat.

Ayah kau selalu sibuk dan ayah kau tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa dengan kau. Kau rindu dengan ayah kau yang dulu yang selalu meluangkan masa bersama kau. Ayah kau sekarang seorang usahawan yang berjaya dan ayah kau begitu sibuk sekali.

"Okay kita dah sampai. Kamu jaga diri baik² tau. Jangan nakal." Ayah kau menggosok kepala kau sambil memberhentikan kereta di hadapan sekolah.

"Appa, saya bukan budak kecil lagi. Ye saya takkan nakal punya. Appa jangan risau. Saya akan jaga diri." Kau membetulkan rambut kau semula.

"Maafkan appa sebab tak dapat temankan kamu ke pejabat sekolah harini dan uruskan pendaftaran kamu."

"Appa... Saya bukan budak kecil lagi. Saya boleh uruskan sendiri. Lagipun saya bukannya kali pertama uruskan pendaftaran hari pertama saya di sekolah baru, appa." Kau memakai beg sandang kau.

"Okay, bagus anak appa pandai berdikari. Nah duit belanja kamu." Ayah kau memberi duit belanja pada kau.

"Gomawo appa." Kau bersalam lalu kau mencium pipi ayah kau kemudian kau keluar dari kereta.

Kau melihat jam di tangan kau. "Ada masa lagi." Kau berjalan masuk ke dalam sekolah baru kau.

Kau melihat sekeliling dan sekolah itu amat besar sekali dan cantik.

'Mana pejabat?' Kata kau sendirian sambil melihat sekeliling.

Tiba2 kau terlanggar dengan seorang lelaki dan mengakibatkan kau terjatuh.

"Aduh." Kau memandang ke atas untuk melihat siapa yang telah melanggar kau dan kau melihat ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapan kau sambil memandang kau tanpa berbuat apa2.

Matanya yang tiada sebarang reaksi dan kelihatan bersahaja itu memandang tepat pada mata kau dengan lama sambil kedua2 tangannya berada di dalam poket seluarnya. Kemudian dia berlalu pergi tanpa menghiraukan kau.

'Muka handsome tapi sombong.' Kau memberi jelingan tajam kepada lelaki tersebut.

'Bukannya nak tolong aku bangun.' Kau bangun mengibas skirt kau yang kotor dek habuk itu kemudian kau pergi ke arah lelaki tersebut dan menjerit, "Woi tak reti nak minta maaf ke?"

Semua murid yang berada di situ berasa terkejut dengan kau kemudian mereka berbisik².

"Woi kau pekak ke?" Kau menolak belakang lelaki tersebut kemudian lelaki tersebut berhenti dan menoleh ke belakang dan memandang kau dengan tajam.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!