'Erk aku ingat dia akan jatuh bila aku tolak dia. Ah biarlah.'

"Kau ni memang dasar.." Belum sempat kau sambung ayat terakhir kau ada seorang perempuan memegang lengan kau dan menutup mulut kau.

"Maafkan dia. Dia tidak sengaja." Perempuan tersebut menarik kau jauh daripada lelaki tersebut sambil meminta maaf kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut memberi pandangan yang tajam terhadap kau kemudian dia pergi.

Selepas itu perempuan yang kelihatan seperti sebaya dengan kau melepaskan tangannya daripada menutup mulut kau dan memandang kau dengan risau.

"Kenapa dengan kau?" Kau memandang perempuan tersebut dengan marah.

"Kau tahu tak kau cakap dengan siapa tadi?" Kata perempuan yang menutup mulut kau menggunakan tangannya tadi.

"Aku tak kesahlah dia anak Datuk ke, anak perdana menteri ke .. tapi dia telah melanggar aku lepastu bukannya nak minta maaf." Kata kau dengan marah dan berasa tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut.

"Kalau aku jumpa dia nanti, nahaslah dia." Kau mengepalkan penumbuk kau. Bila kau terbayangkan lelaki itu, kau rasa mahu menumbuk wajah handsomenya itu.

Mereka semua yang berada di situ semua terkejut dengan apa yang kau katakan itu.

"Kau dah gila ke? Kau tahu tak? Dia lelaki paling pelik dekat sekolah ni. Dekat sekolah ni tidak ada siapa yang berani tegur dia atau eye contact dengan dia tau." Kata perempuan berambut perang itu kepada kau dengan perlahan kerana khuatir lelaki itu mendengarnya. Seperti dia boleh dengar apa yang kau cakap dari jauh.

"Kenapa pulak?" Kau tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

"Itu nanti aku bagitahu. Dekat sini aku tak boleh cerita. Semua orang tahu pasal dia dan dekat sini ada peraturan dan kau kena patuhi peraturan itu." Tambahnya lagi.

"Peliknya.. Peraturan apa?" Kau malas dengan drama di sekolah ni.

"Jangan sesekali menegur dia dan memandang mata dia lama²." Kata perempuan tersebut.

Kau rasa semua benda itu tidak masuk akal dan kau mengiakannya.

"Nae.. Aku akan ingat peraturan tu. Btw y/n imnida." Kau menghulurkan tangan kau untuk berjabat tangan dengan dia. Kau tak kesah dengan peraturan itu.

"Im Yuri imnida." Dia tersenyum lalu berjabat tangan dengan kau.

"Aku dari gred 4 dan sekarang aku kena pergi pejabat sebab nak uruskan pendaftaran aku." Kata kau sambil melihat orang yang berada di sekeliling kau masih memerhatikan kau lagi dan ada yang telah pergi.

"Oh! Aku pun dari gred 4 juga! Kebetulan, sebenarnya aku pun nak pergi pejabat sebab nak hantar fail. Kaja aku tunjukkan kau pejabat." Katanya dengan ramah lalu menarik tangan kau dan pergi ke pejabat.

Pada waktu itulah kau berkenalan dengan Im Yuri dan dia merupakan kawan pertama kau di sekolah itu. Kau berasa senang dengannya kerana dia kelihatan amat peramah dan prihatin walaupun pertama kali kau bekenalan dengan dia kau rasakan yang dia ni annoying.

"Aku minta maaf tau sebab aku termarah kau tadi. Mianhae. Aku cuma rasa marah sebab dia kurang ajar dan main langgar aku je." Kata kau kepada Im Yuri.

"Gwaenchana. Takpa. Kalau aku dekat tempat kau pun aku akan marah. Kalau kau terserempak dengan dia kau jangan tegur dia tau. Dia tu pelik." Kata im yuri.

"Kenapa kau kata dia pelik? Pelik aku jadinya." Tanya kau dengan perasaan ingin tahu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Entahlah. Tapi ramai yang kata dia pelik. Dia tak ada kawan lepastu dia selalu duduk sorang². Dia tak bercakap dengan orang dan dia tak suka bergaul dengan orang. Di dalam kelas, dia duduk paling belakang sekali dan dia duduk sorang2. Takda siapa yang berani nak duduk bersama dia. Dalam kelas dia takda siapa yang berkawan atau tegur dia. Semua orang tak suka dia dan kenal dia tu pelik. Kadang² dia oernah cakap sorang²." Terang Im Yuri dengan lebar panjangnya.

Tiba² kau berasa kasihan dengannya tetapi dalam pada waktu yang sama kau masih memarahi lelaki tersebut.

"Dia tu sombong. Kawan aku kata, appa dan eomma dia pun pelik juga. Muka dorang nampak pucat gila dan nampak menakutkan. Aku dengar eomma dan appa dia mengamalkan ilmu hitam. Tapi aku tak tahu kesahihan dia. Tapi aku rasa betul. Tengoklah betapa peliknya lelaki tu." Sambung Im Yuri lagi.

"Oh lagi satu aku nak bagitahu kau, tolong jangan pandang mata dia ataupun eyecontact sekalipun dengan dia." Kata Yuri yang lebih pendek daripada kau itu. Pada kau Yuri kelihatan comel.

"Wae?" Kau memandang Yuri.

"Sebab ada orang kata dia boleh baca fikiran orang dan bila kau pandang mata dia lama2 kau akan jadi lemah seperti semangat kau ditarik."

'Tapi aku ada terpandang mata dia tapi takda pape pun. Ahh merepeklah dorang ni. Mengarut je dia tahu.'

"Siapa nama lelaki tu?" Tanya kau sambil berjalan menuju ke pejabat.

"Kim Taehyung." Jawab Im Yuri.

_________________

Ini ialah cerita pertama saya tentang BTS dan ia 100% daripada saya. Saya dapat ilham mahu membuat cerita ni daripada dalam mimpi saya sendiri dan juga imaginasi saya. Saya akan buat yang terbaik untuk cerita ini. Semoga tiada siapa yang memplagiat cerita saya atau mengambil cerita saya lalu mengubah jalan ceritanya kerana ia 100% dari saya. Terima Kasih kerana membaca cerita saya :D

Take note: Plagiarism is a crime. Copycat is not allowed here. Please understand and respect writer's writing. If you are trying to copy my story, imagine if someone else do the same to you. You will never rest in peace.

@Taehyung_mole

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!