September, 7

10K 686 38
                                    

"Apa kamu nak buat..letak pisau tu!"

Namun kata-kata lelaki itu diendahkan. Sebaliknya dia terus melangkah..selangkah demi selangkah..

"letak pisau tu!"

Pedulikan apa yang dia katakan. Bunuh!

~~~

Jin terjaga dari tidur kerana telefonnya berdering. Nafasnya turun naik. Mimpi apa tadi tu? Dia terlelap di depan tv, mungkin terlalu penat kerana mengemas rumah. Jin baru sahaja berpindah ke satu kawasan perumahan yang agak jauh daripada kebingitan bandar.

Jin mengangkat telefon,

"hyung..tolong.."

Jin melihat pada skrin telefonnya. V?
V menelefonnya meminta bantuan.

"kau dekat mana?" soal Jin panik.

"arraso.."

Jin lantas bangun dari sofa, mencapai kunci kereta yang diletak di atas meja.

"Jin, kamu nak mana?" soal Puan Joo.

"Saya nak keluar kejap omma, ada hal.." kata Jin lalu bergegas keluar dari rumah. Enjin dihidupkan, pedal minyak ditekan.

***

Jin tiba di lokasi yang dinyatakan V.
Pelik, tempat itu agak terpencil. Di dalam hutan.

"V ada dekat sini ke?" desis hatinya.
Jin mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Cuba menelefon nombor tadi. Tapi line tak ada.

"aishh.." Jin mengeluh. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk terus masuk ke dalam hutan itu seorang diri. Mencari kawannya itu.

"Kenapa V telefon aku tadi ada line, sekarang takde pulak?" rungut hatinya.

Hampir 15 minit dia mencari V, namun takde petunjuk di mana V berada. Kelihatan, hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam hutan itu.

Tiba-tiba, seekor rama-rama muncul di hadapannya. Rama-rama itu terbang ke satu arah, sepertinya ingin menunjukkan jalan kepada namja itu.

Jin mengekori serangga itu..

Sehinggalah..dia terdengar suara seperti sekumpulan orang yang sedang ketawa dan bermain keriangan.

Jin jadi cuak, dia takut itu mungkin suara penjahat atau perompak yg sdg berseronok. Dia memalingkan badannya.

Memang niatnya ingin berpatah balik..namun ada satu perasaan yang menyangkal perbuatannya itu.

"Mungkin dorang tengah meraikan kejayaan dorang merompak. Baik aku pergi ambil kamera," Jin berpatah balik ke arah keretanya. Dia mengambil kamera jenis Canon yang disimpannya di dalam dashboard kereta.

***

"Yah, wae geurae?" Rapmon mengejutkan V yang disangkanya sedang tidur di atas tilam lama di tengah-tengah satu kawasan lapang.

"Eo? Korang.." V bingkas bangun. Senyuman tercalit di wajahnya.

"korang datang?" soal V.

"Eung, mestilah. Kita kan chingu," balas Suga lalu merangkul bahu V.

"Kau ni kenapa? Sedih je.." soal Rapmon lantas menggeletek V. V mengekek.

"hahaha! gelilah..hahahah,"

"Jom bergambar," ajak Jimin. Dia mengeluarkan instant camera berwarna pink.

"Eo..Jin hyung-ida!" Jungkook menunding jari ke arah Jin yg sdg memerhati mereka dari jauh. Di tangannya ada sebuah kamera.

***

Jin kemudiannya mengikut arah suara itu. Rama-rama yang muncul tadi entah ke mana. Dia berjalan, sambil merakam keadaan hutan trsebut.

"hahaha! gelilah..hahahah,"

"suara tu..aku kenal suara tu.." desis hati Jin.

Kemudian perlahan-lahan dia melangkah ke arah punca suara itu. Hampir dekat...dan..

Bibir Jin mengukir senyuman, dia hanya mendiamkan diri dan terus merakam aksi kawan-kawannya itu. Sampailah Jungkook menundingkan jari ke arahnya. Jin menuju ke arah mereka.

"hyung.." V terus memeluk Jin.

"Gwenchana? Asal kau telefon aku tadi?" soal Jin. Pelukan dileraikan.

V berpaling ke arah member lain, "Yeahh Jin hyung datang!"

Jin pelik. Kenapa V tidak menjawab soalannya? Kenapa dia menukar topik perbualan?

"korang semua pun ada?" soal Jin.

"Eo, hyung..nah kamera kau..aku lupa nak bagi dekat kau," Jimin menghulurkan instant camera tadi kepada Jin.

"Tangkap gambar kitorang hyung!" jerit Rapmon.

Kemudian, mereka menghabiskan masa mereka dgn bermain pelbagai permainan. Gembira. Sangat gembira. Merakam pelbagai moment, menangkap gambar..sebagai kenangan..

"Esok..kita luangkan masa bersama lagi nak?" soal Jhope sambio tersenyum kecil.

Jin menoleh ke arah V yg sedang berjalan di atas dinding batu. Kameranya merakam saat itu.

"Hyung.." panggil Jungkook. Jin menoleh, semua memandangnya.

"Esok kita luangkan masa bersama ya?" kata Jimin.

Jin mengangguk, "Eo. Kita akan selalu luangkan masa bersama. Selagi kita masih bernyawa, takde apa yang akan pisahkan kita."

Kecuali, maut.

***

Jin pulang ke rumah, sejak pagi dia keluar sekarang baru balik. Ni confirm kena bebel dengan mak dia ni.

Pintu rumah dikuak.

"Kamu ke mana Jin? Risau omma tahu tak?" soal Puan Joo dengan muka gelisah.

"saya keluar dgn chingu-chingu saya omma.." Jin trsenyum.

"Chingu?" dahi Puan Joo berkerut.

"Ne. Waeyo?"

"Sudahlah..mari kita makan," ajak Puan Joo.

TBC~

7 Days. |bts| [COMPLETED-EDITED]Where stories live. Discover now