Hotel

6.9K 277 19

Location hotel ni kat KL.nama hotel dirahsia kan...takut orang tak pergi pulak kat sana....

Cerita ni dari pengalaman kawan aku yang pernah kerja kat hotel ni...dia cerita pengalaman first dia kerja hotel sebagai pembantu supervisor untuk room service.dia cerita masa tu dia dengan supervisor dia pergi cek bilik yang dah budak-budak housekeeping buat...dari tingkat paling atas deorang cek...sampai dah separuh tingkat deorang cek...time deorang dekat tangga nak turun,kawan aku ni dia macam terdengar benda jatuh dari tingkat atas dia buat tak tau je la...dia ingat cuma perasaan dia je..

lepas habis 1 floor deorang cek lagi floor bawah,pun sama kawan aku dengar jugak bunyi jatuh yang sama,dia tengok dari tangga,dia tengok atas nampak macam kain putih...dia biar je la,lagi 3 floor deorang nak habis kan cek...bunyi jatuh tu dah memang kuat...dia pandang atas terkejut dia nampak macam bantal peluk panjang(hantu bungkus)berguling nak ke arah deorang kawan aku ni apa lagi dia tarik tangan supervisor dia tetus lari tak pandang belakang dah...esok nya dia cerita kat bos dia...bos dia cakap kalau tak tahan...suruh staff lain sambung kerja...tapi mesti dalam 3-4 orang ikut...

Staff dekat hotel ni memang tau ada benda kat hotel tu tapi deorang tak bagi tau orang baru kerja kat situ,takut deorang dapat tau deorang berhenti,jadi deorang diam kan saja dari pengetahuan orang baru.

Kawan aku ni pulak dia masa tu shiff malam....so dia kena kemas bilik...lepas je dia dah kemas bilik guess dia pergi bilik no...... Sebab bilik tu terbukak and semak sangat dia pun kemas la.dia pulak masa tu pergi kemas sorang-sorang dia kata dia siap nyanyi-nyanyi lagi masa kemas tu...tapi dia kata ada jugak la rasa seram...lepas dia siap kemas semua dia turun la...lepas tu baru dia tanya bilik no ...... Tu ada orang ke tak?...lepas tu baru supervisor dia cakap yang bilik tu mana ada orang and dalam bilik tu baru lepas deorang simbah darah untuk pemujaan...yang kawan aku ni dah mengamuk la....dia cakap nasib dia tak jadi apa-apa masa tu...kalau tidak siapa nak bertanggungjawab kalau kena rusuk ke apa ke...

Nak dijadikan cerita bilik tu memang setiap setahun sekali kena simbah darah untuk bagi hantu yang ada dalam hotel ni tak ganggu orang-orang yang ada kat situ.deorang cakap bilik yang kawan aku ni kemas tu dulu ada sorang datuk ni cek in kat situ...lepas tu dia dijumpai mati dalam tab mandi dalam bilik tu....orang cakap dia mati sebab serangan jantung dan ada jugak yang cakap dia mati sebab kena bunuh dengan GRO yang dia bawak kat hotel tu....

P/S : kalau nak kerja satu tempat tu siasat dulu...jangan sampai kena kokak.... :p

Vote!!! Comment!!! Stay cool and awesome!!! :)

koleksi kisah seram(kisah benar)Where stories live. Discover now