Part2

2.9K 238 1
                                        

Tok~tok~tok~

Jeon Juniel mengetuk pintu bilik abangnya dengan kasar."Abang!! buka lah pintu ni, Juniel nak masuk.Kalu abang tak buka, Juniel menangis~". Ugut Juniel.

Jungkook bingkas bangun dari pembaringannya. Dia berjalan menuju ke arah pintu dan membuka pintu tersebut. Jungkook melihat muka adiknya yang kelihatan sangat ceria.

"Hahh? nak apa??". Soal Jungkook acuh tak acuh.

"Abang~~ apa kata hari ni abang teman Juniel pergi beli bunga dekat kedai Beautiful Flower Shop?". Juniel membuat suara manjanya.

Jeon Jungkook mengeluh apabila mendengar permintaan adik kesayangannya. "Kalau abang kata abang tak nak teman kamu macam mana?." Soal Jungkook.

"Juniel merajuk plus Juniel taknak cakap dengan abang sampai bila-bila. Juniel nak cakap dengan abang Junghyun jer."

Jeon Jungkook ketawa apabila mendengar kata-kata adiknya yang seakan-akan merajuk. "Yelah,abang teman kamu. So pergi bersiap cepat."

"Yeyeahhh!!!!! Juniel sayang abang. Abang tunduk kejap." pinta Juniel.

Jungkook membongkokkan sedikit badannya sambil tersenyum kearah Juniel.

" Apa?? "

Chuppp~

Jeon Juniel mencium pipi kanan abangnya. Lantas dia menuruni anak tangga sambil ketawa. Jeon Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum apabila melihat gelagat Juniel yang nakal itu.


==================

Park Seul mengangkat pasu bunga yang berada diluar ke dalam kedai dengan berhati-hati. Dia meletakkan pasu bunga tersebut di sudut kedai dan menyusunnya dengan rapi supaya kelihatan cantik.

Jung Halla berjalan perlahan-lahan kearah kawan karibnya. Dia memegang bahu Seul dengan kasar. Park Seul menoleh badannya ke belakang. Lantas dia terkejut.

" Yahhh!! kau ni kan. Mujur aku takde heart attack. Kalau tidak, dah lama im dead.". Park Seul mengurut dadanya yang berdebar-debar.

Jung Halla menanggalkan topeng hantu yang dipakainya dan ketawa kecil. " Sorry lah Seul, aku tak tahu pulak yang kau ni jenis penakut."

Park Seul mencebikkan bibirnya. " Aku bukan penakut cuma aku terkejut jer. Yelah, mari-mari terjah aku macam tu."

" Hahahaha. Cakap jer yang kau ni jenis penakut. Jangan nak tipu bagai.".

Seul mengerling tajam matanya tepat kearah Jung Halla. Halla yang memandang mata Seul yang seakan-akan mahu memakan mangsa terus diam membisu. Dia sempat melihat hidung Park Seul yang mula berdarah.

ONLY YOU [ On-Going ]Where stories live. Discover now