Bab 10

43.4K 407 145

SEKALI lafaz sah Safiyya menjadi milik Tengku Wildan. Gemuruh dadanya saat lelaki itu berjaya menyelesaikan ijab kabulnya. Safiyya runsing. Bagaimanakah kehidupannya bersama Tengku Wildan nanti?

Saat cincin disarungkan untuk membatalkan air sembahyang, bagai mahu pecah dadanya. Bertahan sampai bilakah hubungannya dengan lelaki ini? Safiyya mengeluh sebaik Intan menyuruhnya bersalam dan mencium tangan Tengku Wildan. Mahu tidak mahu Safiyya lakukan tanpa rela. Sebaik kepalanya diangkat, dia memandang Tengku Wildan yang tersenyum ke arahnya. Pantas sahaja jantung Safiyya berdegup kencang.

Tiada pelamin untuk mereka bersanding atau jurufoto yang mengambil gambar mereka. Itu permintaan Safiyya sendiri walaupun Haryanti sudah membebel kepadanya. Hanya beberapa keping sahaja gambarnya bersama Tengku Wildan diambil atas permintaan keluarga. Itu pun dia menjarakkan tubuhnya daripada suaminya. Begitu juga dengan Tengku Wildan yang langsung tiada segaris senyuman di bibirnya.

Ah, nampak sangat mereka tidak serasi!


SELEPAS tiga hari majlis di sebelah pihak Safiyya, kini giliran kenduri di sebelah pihak Tengku Wildan pula. Selesai sahaja akad nikah dan majlis di rumahnya, terus Tengku Wildan pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. Dan dia akan ditunggu oleh Tengku Wildan di Vila Delima.

Majlis yang sederhana ini hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dan pekerja pengurusan Hotel Mahkota Royal. Tengku Wildan sendiri yang memintanya begitu. Dia tidak mahu majlis yang terlalu mewah. Dia cukup patah hati dengan sikap papanya yang telah menjodohkan dia dengan gadis yang bukan pilihannya.

Sebaik keluarganya pulang setelah selesai makan, kini Safiyya benar-benar terasa keseorangan. Tengku Wildan yang bersamanya ketika makan beradab tadi kini sudah menghilangkan diri. Terkenangkan sewaktu makan bersuap tadi, Tengku Wildan begitu romantik menyuap makanan ke dalam mulutnya. Maklumlah, suapan itu disaksikan oleh Tan Sri Tengku Hairie. Sebaik sahaja papanya beredar sempat suaminya itu membisikkan kata-kata yang menyakiti hatinya.

"Jangan nak perasan sangat ya. Aku sesekali takkan romantik dengan kau macam ni. Geli pun ada, tahu."

Kata-kata itu cukup membuat hatinya pedih. Safiyya benar-benar terasa janggal berada dalam majlis begini. Biarpun majlisnya nampak sederhana, namun dia terasa dirinya benar-benar kerdil berada dalam kalangan orang ternama.

"Selamat pengantin baru," ucap seorang gadis yang menghampirinya.

Safiyya memandang seorang gadis berbaju kebaya dengan memakai cermin mata tebal. Hadiah yang berada di tangannya dihulurkan kepada Safiyya.

"Terima kasih," ucap Safiyya.

"Sama-sama. Ermm, tak sangka pulak saya Tengku Wildan akan berkahwin dengan orang lain. Saya ingatkan dengan Bella." Sinis gadis itu berbicara dengannya.

"Maafkan saya. Awak ni siapa?" soal Safiyya. Siapa pula Bella yang dimaksudkan oleh gadis ini?

"Ops... Lupa nak kenalkan pula. My name is Kathy. Saya bekerja sebagai secretary Tengku Wildan," beritahu Khaty sambil membetulkan cermin matanya yang melorot ke bawah.

"Ooo... Maafkan saya, saya tak tahu," ujar Safiyya.

"Ermm, memang awak takkan tahu. Sebab saya dengar awak ni orang kampung, kan? Isy, macam manalah Tengku tu boleh tersangkut dengan orang macam awak," sindir Khaty lagi.

Hai, apa yang minah ni merepek tak tentu pasal? Salah ke kalau aku jadi orang kampung? Bukannya aku hadap duit kau, marah Safiyya dalam hati. Panas benar telinganya mendengar sindiran itu. Namun, ditabahkan hatinya demi menjaga maruahnya.

Isteri Untuk DiiktirafWhere stories live. Discover now