Tok. Tok.

Ada orang mengetuk tingkap sebelah Ain. Amara keluar tanpa mematikan enjin kereta. Encik Radzi yang mengetuknya. Dia senyum dan berjalan kearah abah mertuanya. Dia bersalam dengan Encik Radzi dan mencium tangan tua itu.

"Sihat, abah?" Tanya Amran.

"Alhamdulillah. Asal tak kejut Ain tu. Banyak kerja lagi tu nak dibuat." Tanya Encik Radzi.

"Biarkan dululah, abah. Dia kata dia penat sangat." Balas Amran.

"Kejut saja. Dah lama dah tu tidur. Cukup rehat dah tu." Kata Encik Radzi.

Sekali lagi dia mengetuk tingkap pintu kereta Ain lebih kuat dari tadi. Tak sempat Amran nak larang. Dia tak nak Ain bangun terkejut. Ain mudah sakit kepala terutama kalau bangun dalam keadaan terkejut. Amran melihat Ain sudah bergerak menandakan tidurnya sudah diganggu.

"Ha, bangun pun. Dah, pergi matikan enjin kereta." Arah Encik Radzi dan berlalu kearah jemaah lelaki yang sedang rancak berborak.

Amran masuk ke dalam kereta semula ingin memastikan keadaan Ain. Sungguhpun Ain sudah bergerak tetapi Ain kembali memejamkan matanya. Amran mengusap lembut bahu Ain.

"Ain Nadira." Panggil Amran lembut.

"Am. Bila masuk? Ain kunci pintu dah tadi." Ain bangun terkejut bila melihat Amran disebelahnya.

Dia sudah mengerut dahinya. Pelik kerana dia ditempat duduk penumpang bukan tempat duduk pemandu.

"Kita dah sampai rumah, Ain." Kata Amran.

Lucu rasanya melihat Ain bangun terkejut macam tu. Menyedari yang kami kini sudah berada dikawasan rumah. Amran tak tahan diri dari ketawa. Ain sudah cemberut. Amran memegang dagu Ain.

"Sudah. Tak payah nak buat muka macam tu. Abah dah panggil dah. Tadi Ain macam tersedar lepas tu bila Am masuk, tengok Ain tidur semula." Kata Amran.

"Dah, jom masuk. Nanti abah datang sini lagi. Tak pasal saja nanti Ain kena marah." Kata Amran.

Dia membuka tali pinggang keselamatan yang dipakai oleh Ain. Ain pandang saja tindakan Amran itu. Amran juga memandang Ain setelah selesai kerjanya. Lama.

Ain mengambil tangan Amran dan tunduk menciumnya. Amran meletakkan tangannya keatas tangan Ain. Ditariknya Ain rapat dengannya dan mencium ubun isterinya itu.

"Dah. Jom." Ajak Ain dan segera keluar.

"Auch." Amran mengerang.

Tindakan Ain yang tiba-tiba itu telah mengakibatkan kepala Ain menolak rahang Amran. Mujur Amran tidak membuka mulut, kalau tidak, pasti lidahnya tergigit. Pastinya kesakitan itu lebih lagi.

Amran ketawa dengan kekalutan Ain yang sudah keluar dari kereta. Dia nampak muka Ain yang sudah kemerahan. Malu. Segera dia matikan enjin kereta dan cuba menyayingi langkah Ain.

"Dah sampai dah pun." Jerit orang dalam rumah. Entah suara siapa.

Amran hanya senyum dan mengangguk sedikit kepalanya kearah kumpulan wanita yang sedang memasak. Dia kenal mereka. Makcik-makciknya dan juga jiran-jiran berdekatan. Langkahnya menuju kearah kumpulan lelaki untuk bersalaman dengan mereka. Ain pula sudah ke makcik-makcik yang tengah memasak.

"Ain, naik dulu. Tukar baju tu. Ajak Am sekali. Nanti nak suruh dia kemas rumah. Rumah tak kemas lagi." Arah Mak Nah, adik Daddy.

Ain angguk dan menunggu saja Amran melintasinya. Amran pula buat tak tahu. Bukan dia tak dengar tapi saja nak Ain datang mengajaknya naik ke atas.

Ain NadiraRead this story for FREE!