Kelihatan mama hanya menayang sengih namun riak wajah itu serta-merta berubah garang. Matanya dibulatkan manakala tangannya sudah dicekakkan ke pinggang. Namun senyum di wajah itu tetap juga tidak dapat dibuang buat anak lelakinya itu.

"Cepatlah bersiap Isy. Mama nak hantar kamu ke sekolah ni. Tadi Ilya beritahu mama, katanya bas sampai around pukul 3:40."

"Mama tadi baru lepas berborak dengan dia kat halaman rumah tu. Ilya baru je gerak, yang kamu dok elok tercegat dalam bilik ni dari tadi buat apa anak bertuah oi?"

Anak matanya terus sahaja melirik pada jam di dinding biliknya. Jarum jam itu jelas menunjukkan angka 3 tepat. Ya, masih ada banyak masa lagi yang berbaki untuk dirinya ini bersiap. Santai lah mama, tak lari mana pun sekolahnya itu.

"Baju semua dah siap pack ke belum? Ni Isy dah mandi? Dah solat? Dah makan apa yang mama masak?"

Pertanyaan mamanya itu membuatkan dirinya serta-merta menjadi tidak keruan dua kali ganda dari sebelum ini. Semua pertanyaan itu masih belum dilakukannya sama sekali. Adakah dia bakal terlambat untuk menyertai kem perkhemahan perdana itu?

"Cepatlah siap Isy, nanti kamu tertinggal bas, kan dah susah." Sekali lagi Aunty Sherlina terpaksa menekan anaknya itu untuk segera bersiap.

Isyraf Nazran menggaru kepalanya tanda runsing. Alahai, baju pun masih tidak dikemaskannya lagi. Mandi juga apatah lagi. Solat pula jauh sekali jika hendak dilakukannya dalam keadaan tidak bersih seperti ini. Disebabkan mesej dari Ilya Nasuha itulah, ia telah berjaya membuatkan dirinya dipagut rasa lalai dan angau hingga tidak mampu berbuat apa-apa.

"Mama sayang."

"Boleh tak mama tolong angkut segala baju, seluar and underwear yang ada dalam almari Isy tu, mama masukkan dalam beg ni? Isy sumpah tak sempat nak packing barang sekarang ni sebab Isy belum mandi lagi ni."

"Make sure semuanya warna hitam tau ma. Astu ma, sweater Isy, mama letak je atas katil tu. Yang lain semua mama sumbat je please. Make sure lengkap tau!"

"Underwear Isy jangan lupa tau ma, paling penting tu ma. Risau nanti burung Isy terbang bebas."

Isyraf Nazran sudah tergelak besar saat mamanya sudah menjegilkan mata memandang dirinya. Sempat lagi dia membuat isyarat tangan berbentuk love pada mama yang seperti hendak berubah menjadi singa. Dalam mamanya hendak marah akan silap dirinya, mamanya tetap jua menuruti permintaan dirinya itu.

"Isy love you, ma.."

"Tengkayuuuuuuu mama."

"Mmuuahhhhhh."

Anak matanya dikenyitkan kepada mama berkali-kali sebelum dia terus berlari lintang-pukang menuju ke bilik air dengan pantas. Senang betul jadi anak jantan bukan? Walaupun sudah besar panjang, makan pakainya masih juga dijaga rapi oleh si mama.

"Mama lurveeeee Isy jugak."

"Welcome anak manja mama."

Perintah anaknya sebentar tadi lantas sahaja diturutinya. Baju sukan sekolah serta barang keperluan yang lain lantas dilipat lalu diisinya ke dalam beg sandang milik anaknya itu hingga sudah sedikit membuncit. Sempat lagi dia membilang apa yang cukup dan apa yang kurang akan barang yang perlu dibawa oleh anaknya itu untuk ke kem nanti.

"Ma, tolong letakkan seluar and baju t-shirt yang Isy dah siapkan atas meja tu kat atas katil ye ma!" Jeritnya lagi dari dalam bilik air dengan suara yang lantang.

"Ye mama letakkan. Isy tu mandi cepat sikit, jangan nak buat show members ke-8 BTS sudah lah." Usik si mama pada anaknya. Perilaku anaknya itu tetap juga tidak berubah dari dirinya kecil sehingga dia menginjak ke alam remaja. Anaknya itu masih orang yang kelang-kabut dan mudah leka seperti dahulu. Apa yang diarahkan oleh anaknya itu semuanya dilakukan dengan begitu cermat sekali.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now